Assalamualikum dan Hi, dengan izin Allah, hari ini aku gagahkan diri menaip untuk kongsikan pengalaman aku mengenai ujian kesuburan atau dikenali sebagai "infertility test".
Aku menamatkan zaman bujang aku pada (2019) dan sehingga kini (2022) masih belum dikurniakan cahaya mata. Ya, aku merupakan salah seorang Si Pejuang Dua Line seperti pasangan lain berkahwin yang sedang mencuba untuk hamil atau lebih dikenali dengan terms "trying to conceive" (TTC). Seusia aku sudah pun meniti buku merah sijil Degree/Master (hahaha) dalam menimang cahaya mata, sedangkan aku masih struggle untuk merasai bagaimana perasaan memiliki buku merah tersebut.
Tipulah kalau tiada rasa sedih lebih-lebih lagi apabila ada yang bertanyakan "belum ada ke?, "masih berdua?", "dah berapa dah anaknya?" dan lain-lain lagi. Untuk usia tahun pertama dan ke2 perkahwinan, pengharapan yang tiada jawapan itu amatlah sakit, tiap-tiap bulan berdoa agar aku dapat solat tanpa cuti,namun sentiasa kecundang. (dulu masa bujang risau kalau tak datang period bulan-bulan, dah kawin terbalik pulak hahaha).
Namun, tetap kena kuat untuk bangun menempuh setiap saat sehingga sekarang. Sentiasa pujuk hati Bersangka baik dengan Allah SWT kerana Allah memberi hambaNya apa yang hambaNya perlu, Bukan apa yang hambaNya mahu tepat tidak lewat walaupun sesaat. Yakin itu!
Okey, cukup bebelan. Sebelum korunk nak buat ujian kesuburan di Hospital Kerajaan, ada kriteria yang perlu diikuti :-
Umur 25 > - 3 tahun perkahwinan
Umur 30 = - 6 bulan perkahwinan
***kalau tidak tak akan dilayan, kalau Swasta bila-bila boleh saja buat. Cuma tapau duit biar lebih hehehe (-,-)
Kalau layak seperti di atas, plus, korunk willing nak buat saringan ujian kesuburan bagi mengetahui ada masalah atau tidak (salah satu cara kita berusaha dan Allah SWT nampak usaha kita). Bolehlah pergi ke klinik kesihatan(KK) kerajaan yang berdekatan dengan kawasan rumah, di kaunter pendaftaran cakap aje korunk nak buat rawatan kesuburan (infertility test).
PROSESS MENDAPATKAN REFFERAL LETTER (KE HOSPITAL)
25.03.2022 Pengalaman di KK, aku pergi dengan suami, lepas tu Dr pelik sebab yang akan di check perempuan saja dulu. Macam biasalah Nurse akan check berat badan dan tinggi kita (BMI penting) lepastu tunggu giliran nak masuk jumpa dokter. Dalam bilik Dr akan tanya background kita.
Contohnya : - Period bulan teratur ke, last period tarikh, pad tukar berapa kali sehari, sejarah perkahwinan, penah gugur, suami merokok tak, latar belakang penyakit ibu bapa, bilangan adik-beradik, bd berapa kali seminggu, ada sakit tak bila bersama, pernah buat seks sebelum kahwin tak, pemakanan, gaya hidup etc.
28.03.2022 Ambil darah hari Isnin pagi pukul 8. Just pergi sana letak IC terus tunggu giliran nak ambil darah dan sambung masuk kerja. Itu dulu pengalaman aku dengan KK kali pertama untuk ujian kesuburan. Biasalah berurusan dengan kerajaan perlukan kesabaran sebab menunggu giliran nak masuk bilik dokter aje boleh tahan lamanya. Inikan pulak untuk melalui prosedur seterusnya.
Prosess ini memang akan memakan masa yang lama. Tapi sekurang-kurangnya kita berusaha berbuat sesuatu untuk kita mengetahui masalah kita. Jika tiada, tidak ada apa yang perlu dilakukan, jika ada masalah boleh kita usaha mencari solusinya. Semoga Allah sentiasa memberikan kelapangan kepada pasangan yang bersama menjadi pejuang dunia line!
Kisah Si Pejuang Dua Line bermula