Assalamualaikum dan Hi,
Alhamdulillah, ya Allah sekali lagi kau berikan aku peluang untuk mencuba ceburi bidang yang benar2 dekat dengan jiwa hambaMu ini. Walaupun tak berkesempatan untuk menjadi graduan dalam bidang pendidikan. Ternampak iklan Guru DG41 Cos 2021 rentetan dari pengumuman KPM pengambilan 18K one off guru untuk isian lambakan kekosongan guru di sekolah. Aku orang yang paling gembira dan tak nak lepaskan peluang ini.
Step untuk sampai ke interview macam dekat atas :
First screening , kena duduki ujian UKGC, Temuduga atas talian dan akhir menunggu Keputusan Temuduga, Lulus/ Gagal. Lulus , Penempatan?
Bila lepas aje semakan EUKGC Lulus, bercucuran air mata. Ya Allah. Tak terungkap rasanya setelah bertahun-tahun apply, tahun 2021 ini aku dapat jawaban macam ini (Baru aje nak pergi interview, tapi sebaknya Allahu.)
Jadi sebab aku ini merupakan calon bukan dalam bidang pendidikan. Lepas aje dapat tarikh untuk temuduga Guru Kontrak COS DG41 terus buat persediaan rapi. Kalut amat.
Sebelum Interview ;
Bersiap sedia hadapi temuduga. Masa berlalu tu sangat lah pantas, memang kena bijak uruskan waktu untuk kumpulkan fakta-fakta tentang KPM, Subjek Pendidikan dan Bahan Bantu Mengajar/Alat Bantu Mengajar sebab masa interview ada
Sediakan BBM/ABM yang nak dibuat Mock Teaching.
Praktis buat Mock Teaching. Rehearsel sebab ada 7 minit aje waktu diperuntukkan untuk Mock Teaching. Semua dah diberi dalam guideline. Last minit Nurrul masih rehearsel sementara tunggu ahli panel masuk utk interview DG 41 COS 8/11/21. 11:30am - 12:45pm. Video Rehearsal Mock Teaching (Boleh jadikan panduan cara #MockTeaching cuma saya tak buat penutup jak )😂 BBM/ABM ada. Tapi ini sebab sementara menunggu panel. 💪🏻🤲🏻
Terus ke point kita :- Semasa Interview
Masa hari kejadian itu, normal kalau gugup tu, cuma kita kena bijak kawal agar ianya tak ketara.Ini adalah sangat penting untuk pastikan sebutan dan kita yakin semasa menjawab soalan.
Secara talian temuduga dilakukan ada 6 calon dalam satu sesi berserta 2 panel temuduga. Kami menjawab soalan secara bergilir-gilir (Ikut turn).
1. Pengenalan Diri : Nama, Umur, Asal, Pendidikan, Pencapaian Tertinggi, Kelebihan/Pengalaman.
2. Hasrat kenapa nak jadi Cikgu ? Yang ini jangan jawab secara cliche. (Sebab minat pastu berhenti) Bagi lah minat dan dekat dengan jiwa yang suka membimbing ka, mendidik kaa dan dapat membentuk kemenjadian anak didik selaras dengan FPK.................
3. Apa yang anda boleh lakukan untuk bekerjasama dengan komuniti bagi membantu pelajar berkeperluan khas. (yang ini soalan KBAT, pandai hangpa jawab susun ayat leklok. soalan 1 & 2 memang boleh sediakan. soalan ketiga ini kena fikir dan jawab on the spot. Moga Allah mudahkan urusan kalian)
Alhamdulillah, lepas dah rasa makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena dan segala macam rasa selagi interview tak dilepaskan waktu kejadiannya.
Lain sesi lain soalan yang ditanya taw, Yang ini panel tanya soalan bukan fakta, ada calon sesi lain kena soal jawab tentang fakta mengenai KPM, Falsafah pendidikan, KBSM, KSSR semua yang terkait dengan bidang kita boleh ditanyakan. Alhamdulillah Allah mudahkan perjalan temuduga diriku.
Sekarang sudah hampir 6 bulan menanti keputusan temuduga COS21 yang masih tak keluar. Doakan kami semua calon-calon COS21 yang dari hari ke hari masih belum ada kata putus dari keputusan temuduga yang telah dijalankan Oct 21 yang lalu. moga rakan-rakan calon COS21 lulus dengan jayanya. dan salah satu calon yang tersenarai itu adalah Nurrul Hazieqah Binti Rohmanan. Amin ~~~
Doakan saya yar jadi pendidik.
Nurrul.