Entry Auto-publish !
Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera ! :)
Nurrul Hazieqah,
No.21 kedudukan meja ,
JD 021 A021 pusat peperiksaan,
Kota Tinggi , Johor
_____________________________________________________________________________
Kepada :
Mr Kacak dan Mrs Cantik ,
Dok lalu-lalang dekat Land Nurrul ,
Ehh .., kamu lah orang tuh ,
Tolong lah perasan ! :>
STATUS PELAJAR SEKOLAH AKAN DITAMATKAN.
Dengan suka lagi rasa cinta perkara diatas diura-urakan agar menjadi perhatian kepada saya dan mereka.Saya akan menduduki peperiksaan percubaan SPM 2012 pada bulan September dan SPM pada bulan November sebelum tamat belajar di sebuah Sekolah Menengah.
2.Butiran mengenai calon Peperiksaan SPM 2012 ini,
- Nama Calon : Nurrul Hazieqah
- Angka Giliran : JD 021 A021
- Aliran : Sains Tertulen
- Tarikh Peperiksaan Percubaan : mula paper 3/09/2012 hingga last paper 19/09/2012.
- Tarikh Peperikasaan SPM : pada ______ sehingga ____ .
3.Oleh demikian , sempena Hari Raya yang sangat bermakna kepada Mr.Kacak dan Mrs Cantik dengan penuh rendah diri saya meminta maaf zahir dan batin sekiranya sepanjang kamu mengenali saya , ada salah dan silapp yang tidak disengajakan atau sengaja dari saya.
4.Diharapkan juga Mr.Kacak dan Mrs.Cantik mendoakan keselamatan dan ketenangan jiwa saya semasa berada di dalam dewan peperikasaan agar dapat mengeluarkan idea-idea yang bombastik bagi memperolehi keputusan yang cemerlang.
5.Sekali lagi,saya memohon maaf atas segala khilaf yang telah saya lakukan sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri.Segala kebaikan kamu diucapkan dengan ribuan terima kasih melalui serbuan dari lebah-lebah yang akan membawa madu kepada kamu :)
Mangsa Peperikasaan Awan 2012,
Nurrul Hazieqah,
Merapu kan ? haha whatever :P Thanks kepada yang selalu support Nurrul :) Really thanks and a flying kiss for you ! Muaargghhh ! :P Insya'Allah ada masa kita coott-chhett lagi taw .
Have A Nice Day With A big Smile! :D

















