Bertiga Je

Cuti semester dah nak habis !!! Dah dekat sebulan juga duduk dirumah tanpa berjumpa dengan sahabat kesayangan hamba.. Hmmphh , waktu cuti ni lah aku nak jumpa dengan besties kesayangan, tapi malangnya masing-masing cuti tak sama. Jadi mana yang sempat aja lah yang boleh jumpa...
Alhamdulillah dapat juga jumpa walaupun hanya bertiga. Aku, Priya dan Zahidah. ^^
Masa keluar ini di limit kan memandangkan Priya nie ayahnya garang, mujur dapat bagi kiteowang kelaur, jadi keluar dekat kawasan yang dekat-dekat tapi dapat borang panjang-panjang. Pada mula-mulanya nak ajak mereka pergi Tg.Balau tapi disebabkan tak lama lagi aku belajar dan duduk rumah sewa dekat Bandar Sri Alam Masai, jadi aku angkut mereka ke rumah sewa aku.. hehehe 
Lepas tuh, bawa mereka makan dekat Marry Brown yang ada dekat Bandar Penawar. Kan best kalau kita dapat pergi tengok wayang sama-sama. tapi disebabkan kekangan itu wistlist hari lain kah kan.. kalau umur panjang, aku ajak kita berenam pergi Mall berjalan , makan dan tengok wayang..


Hehe , buat onar dalam MB nie.. takpelah kan sekali sekala... huhuhu bukan senang nak jumpa korang... Payah sangat payah... ni dapat jumpa pun kira bersyukur sangat. yang lagi 3 orang tuh Suhana, Faezah dan Rabiah... bila nak jumpa korank ??? Aku dah nak naik semester nie !! Cuti dah nak habis.. Tinggal Seminggu aja... :( Balik lah sini korank.... Love you " PHZSFR " , Ukhwah Fillah Abada Abadan
Friendship Forever, Friendship Till The End....


Bertemu Di Majlis Sambutan Hari Guru SMKBM

16 May merupakan tarikh penting buat pelajar untuk mengingatinya setiap tahun. Tarikh ini diberikan kepada seluruh Guru-guru sebagai tanda penghormatan mendidik dan mengajar anak murid/pelajar sehingga murid/pelajar berjaya. Sempena sambutan hari guru 2014 yang dilaksanakan pada hari Ahad 18 May (untuk negeri Johor dan yang sama dengannya sebab Jumaat sekolah di Johor cuti) aku dan  sebilangan ex-classmate 5 Amanah bercadang untuk turut serta menyambutnya.. :D
Kelainan yang kami lihat pada sambutan hari guru kali ini ialah, cikgu-cikgu berpakat untuk memakai baju yang sama sebagai pakaian tema iaitu Retro Zaman Persekolahan.
Inilah baju pengawas sekolah SMKBM yang dulu selalu aku pakai.. Haaa See ? Comelkan dan kacak cikgu-cikgu aku pakai baju pengawas ?

Barisan cikgu-cikgu yang memakai baju bertemakan Pink dan Biru...

Dan inilah kami sebilang exclassmate 5amanh/2012 yang sama-sama memeriahkan majlis hari guru 2014. Kami berjumpa dengan semua cikgu dan yang lebih utama kami bertemu serta memberikan hadiah Hari Guru kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar kami.
Sempat kami bergambar dengan Tuan Pengetua SMKBM... :") Tak sangka pengetua ini suka bergambar.. hehehe
Dikesempatan ini, aku nak ucapkan " Terima kasih kepada semua cikgu " yang pernah mengajar aku secara langsung atau tidak langsung.. Ajaran, didikan , nasihat dan kata-kata semngat cikgu-cikgu tidak akan saya lupakan. Tanpa guru , siapalah saya sekarang. tidaklah saya dapat sambung ke menara gading untuk mencapai cita-cita saya..
Terima Kasih Cikgu !!!


Final Exam Sem 2

Keptusan Final Exam UiTM Sem 2 buat aku dah keluar pada 9 May 2014. Kali ini memang betul-betul dupp dappp dupp dapp menunggu keputusan.. Terlebih awal aku menunggu dekat depan laptop.. Hehe Dalam pukul 9 pagi baru boleh tengok dan ini hasilnya...
Alhamdulillah, itu aja yang mampu ucapkan bila tak ada kena repeat mana-mana paper. walaupun ada subjek yang memang cuckup-cukup makan aja lulusnya... Guest what ? Target untuk dapat Dean List Every Semester tak kesampaian.. Okey itu sangat menyedihkan.. Memang aku dah agak sangat-sangat result untu ELC (Reading ) akan dapat Gred C, memandangkan carry mark aku sangat rendah.. Aku sangat risau dan kerisauan itu telah dibuktikan dengan gred C... :(
Sem 3 yang akan datang lagi mencabar, lagi-lagi subjek ELC (Writing)... Dah  lama tinggalkan mengarang dalam English selepas SPM 2012 yang lalu.. Komfirm tonggang terbalik Grammar , sentences bla bla bla..... Ada siapa-siapa yang nak ajar kan aku ? Macam nak kena ambil kelas tuisyen balik aja nie.... 


Raikan Cinta Areh & Aien

Barakau Allahulakuma Wabarakah... ^^ Selamat Pengantin Baru buat Abangku Harrith bersama isterinya Kakak Noraini yang telah selamat diijab kabulkan pada 2 May 2014.. Semoga ikatan nikah serta kasih sayang yang terbina kekal hingga ke Jannah.. Amin.. >_<
Bertambah besar keluarga aku... Welcome to our family Moh Reh.. :)
Gambar hantaran yang kami buat, upload nanti lah... tak masuk dalam laptop lagi.. hewhew..