Assalamualaikum dan Hi,
Hari ini nak share tentang pengalaman berharga, mungkin satu hari nanti bila rindu nak baca boleh belek-belek semula dekat blog ini dan mungkin juga untuk pengetahuan dan guideline kepada sesiapa yang bakal pergi interview, maybe one day....
Actually Nurrul tak dapat mana-mana lagi tempat internship sedangkan tarikh internship dah dekat, ya Allah risau tu hanya Tuhan yang tahu. Yes, banyak dah apply tapi satu company pun tak hantar feedback sampailah satu tahap kerisauan tu. Argghh, tak tahu nak cakap, sebab perasaannya bercampur baur lagi dengan bila dengar kawan-kawan dah dapat tempat intership. Sebelum nak dekat raya itu, Nurrul ambil initiative untuk cari company lain lagi dan lagi sampailah dalam carian google taip "Top Glove". Aku terus call nombor HQ TG.
Alhamdulillah, masa itu pic cakap masih ada kekosongan untuk internship dibawah department Human Resource, terus Nurrul ke Website Top Glove dan apply online untuk internship program. Selepas 2 hari aku dapat feedback yang menyenangkan sedikit hati kerana dipanggil untuk interview di syarikat Top Glove dan mereka bagi email untuk interview invitation. Pada 6 July 2017 aku pun pergi interview.
Muka lega lepas interview Top Glove Session |
Sebelum interview, applicant diberikan satu set soalan yang dipanggil sebagai "Assessment Test" dalam masa 35minit dimana test tersebut adalah untuk test Math (15minit), test IQ (15minit) dan test Value about My Career (5minit). Selain itu, bersesuaian dengan trademarks dan cultural dalam organisasi Top Glove, company ini sangat mementingkan kesihatan diri kita. Applicant akan dibawa untuk test BMI dahulu. Selepas itu baru, satu per satu applicant dipanggil untuk interview.
Masa itu Nerves jugaklah, sebab ini merupakan pengalaman interview aku yang kali ke3, selepas interview dengan SPA dan jadi teacher tadika Little Caliph. Betul lah orang cakap, pengalaman tak mampu dibeli, kita kena laluinya sendiri baru tahu macam mana. Setiap interview yang Nurrul pergi ni Nurrul letakkan expectation sangat tinggi so, practices practices dan practices.
Semasa interview, panel interview tanyalah soalan basic dalam interview, kemudian ceritakan sedikit sebanyak pasal job skop mengenai department Admin dan Human Resource, apa janji kita kepada company kalau dapat peluang dekat sini. Selain itu, panel interview ada menyatakan "Awak bertuah kerana satu kaki awak dah berada dalam company Top Glove ini. Kalau awak diterima, tunjuk kebolehan awak dan perform awak kemungkinan boleh diserap masuk ke dalam company ini" Seronok sangat dengar dan masa tu berharap dapat buat internship dekat Top Glove ini. hampir dalam 25 minit jugak lah interview session itu berlangsung. Kemudian The End.
Pada 7 July 2017, Alhamdulillah, aku menerima email daripada Top Glove yang menyatakan aku diterima untuk intern/industrial Trainee dengan company Top Glove pada 12 tengah hari. Masa ini, rasa sebak semua ada. Aku bersyukur sangat-sangat, akhirnya ada company yang sudi menerima aku untuk internship. Berakhir sudah penantian dan penyeksaan untuk mencari tempat internship ini.
Alhamdulillah. Terima Kasih Allah untuk khabar yang baik pada hari Jumaat ini. Aku akan mula start buat praktikal di Top Glove pada 1 Ogos 2017. Didoakan aku dapat menimba ilmu dan pengalaman bekerja di tempat kerja yang sebenar. Aku tahu ianya bakal menjadi lebih mencabar tapi aku yakin, in sha Allah aku Boleh!! Itu saja cerita pengalaman interview di Top Glove. Terima kasih kepada yang sudi membacanya :)
Welcome to Internship Experiences!