Cara Guna Google Forms (Online Questionnaire/Survey)

Cara Guna Google Forms (Online Questionnaire/Survey)
Assalamualaikum dan Hi!

Berbekalkan pengalaman semasa internship dulu, disebabkan beberapa kekangan yang tak dapat dielakkan, nak distribute survey pun jadi paayoohhh benar. So, jangan risau sebab syarikat google sangat membantu beb! Terima kasih Google Forms sebab mudahkan Nurrul untuk respondent jawab survey. Simple aje step untuk buat google forms ini, harap bermanfaat dan korunk dapat sesuatu dari sini :)

Sila type Google Forms di carian google anda atau terus ke Google Forms link. Kalau mana yang belum log in tu, sila lah log in dulu ya. Lepas dah masuk tu, boleh lah mulakan step berikutnya.
1. Click simbol plus +

2. Sila isi tajuk research anda dan nyatakan description mengenai survey anda.

3. Next, click simbol "Tt" untuk buat atau tambah sub heading setiap section.

4. Tekan simbol tambah "+" pulak untuk tambah soalan korunk. dekat dalam ini ada tulis multiple choice answer. Jadi untuk tukar jenis pilihan soalan korunk tu boleh click perkataan multiple choice tu. nanti pop up keluar mcm dalam gambar.

5. Pada bahagian soalan juga terdapat perkataan required, sila tick bahagian tersebut (untuk memastikan repsondent korunk tak skipp satu soalan pun) dan gunakan setting duplicate untuk dapatkan setting yang sama macam soalan yg sebelum ni. (Tak adalah setiap kali tambah satu soalan nak setting satu2.. sis tak rajin. hokkey)

Oh yaa sebelum terlupa, sila ulang semula step 3 dan 4 sehingga semua soalan survey anda lengkap. :)

Google Forms (Online Questionnaire/Survey)
 6. Lepas dah lengkapkan semua tu, bolehlah tukar warna theme survey korunk tu, click aje simbol icon color.

7. Lepas tu tekan "eye" simbol untuk preview hasil yang korunk dok copy paste soalan QA tadi.
Maka terhasillah preview survey online anda.

8. Kalau dah sangat berpuas hati dengan segala edit anda, tekan Send.

9. Terhasillah satu pop up table send form. Dekat situ, korunk terus larik ke simbol yang macam "clip paper" tu , kemudian tick shorten url.

10. Url tersbut bolehlah dicopy dan dihantar kepada respondent yang berkenan dihati...
Taraaaa Siap dah ada online Survey, happy lah tu.. tinggal tunggu jawapan dari respondent ajee... :P Tapi kena selalu juga usha-usha taw dah berapa orang yang jawap. kang tak cukup 70% matilah nak oiiiiiiiiit.
Cara Guna Google Forms (Online Questionnaire/Survey)
Cara Save file Jawapan dari Repondent. 
1. Buka survey yang korunk buat google form.
2. Click responses
3. Click download responses
4. Lepas download, extract file tersebut.
5. Taraaa............ semua jawapan respondent ada dalam excell.
6. Boleh sambung run terus dalam SPSS. copy paste jak. 
Cara Guna Google Forms (Online Questionnaire/Survey)

Setel masalah.. hihi, senang aje kan buat survey guna online, paperless, time consuming pun kurang kalau internet laju.. hehe :P Apa2 pun moga dapat sesuatu dari apa yang Nurrul share kan ini ya. Terima kasih.

Google Form Online Survey. 


7 comments

  1. pernah isi form je, x pernah buat

    ReplyDelete
  2. thanks sis utk perkongsian..:)..help me a lot..

    ReplyDelete
  3. thanks very usefull! :)

    ReplyDelete
  4. asslm sis, blh bantu? dalam google form boleh create table tak, contoh soalan perbandingan mesti nak guna table..macamana nak buat tu..? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. kalau untuk table sy rasa tak ada. sebab mostly questionnaire by words. :)

      Delete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan