Assalamualaikum dan Hi semua,
Betullah, malang tidak berbau. Siapa saja yang suka dapat malang? Betul tak, seboleh-bolehnya perkara ini yang kita nak hindari sejauh mungkin. Tapi kita hanya merancang, Allah jualah yang sebaik-baik perangcang. "Barangkali sesuatu perkara yang engkau suka itu buruk untukmu, barangkali juga sesuatu perakara yang engkau tidak suka itu baik buatmu, Sesungguhnya Allah Maha mengetathui setiap apa yang terbaik buat hambaNya"
Selama 2 minggu, aku dan suami tercinta diuji dugaan kesihatan dimana kesihatan kami ditarik buat seketika. Ketika pandemik COVID ini sedang rancak melebarkan sayapnya. Kami juga salah satu yang terjangkiti. Datang dari mana? Wallahualam, kami tak nak salahkan menunding jari kepada sesiapa, cumanya harap ianya menjadi asbab dan pelajaran kepada yang lain.
Tempoh hari Nurrul ada buat posting mengenai Lengkap Vaksin Kedua COvid dan positif. Yes, situ Nurrul cerita. dan kali ini nak cerita apa yang kami lalui sepanjang pemulihan. Selepas Hubby disahkan positif pada hari Ahad tu, bermulalah tempoh kuarentin kami selama 10 hari. Ramai sedara mara sebelah hubby bising, bab membawang dan buat orang gelabah no1. :-
- tanya kenapa tak pi CLCC?
- Kenapa Isteri tak buat Swab Test?
- Kenapa Tak declare ?
- Tulah, berjalan lagi pi pasar semua. Kan dah kena.
- Tak pakai gelang ka?
Well dengan keadaan tak sihat dengan soalan-soalan yang menyebalkan, buatkan Nurrul geram dan kami tak buat apa yang dikatakan sebab :
- Dr yg swab hubby pesan supaya kuarentin aje dekat rumah, Isteri tak kerja dan tak kemana2, jadi tak perlu swab.
- Dah banyak kali kami tanya CLCC depa kata tak payah, just update info yang diminta dalam mySejahtera saja selama 10 hari kaurentin.
- Tidak, kes ini kena masa dekat rumah, kami tak pi mana2 selain rumah disekliling kami (rumah makcik pakcik hubby)
- Dah CLCC ckp memnag prosedur baru kuarentin, Selagi tak teruk sesak nafas, golongan berisiko tinggi atau mnegandung. Stay kuarentin di rumah.
Actually, nak cakap lah, bila seseorang tu tengah ditarik nikmat sihat, depa tengah dalam keadaan tak selesa. Can korunk yang sihat have HUMAN SENSE siket?Jangan nak gelabah sgt dan buat kami ni macam orang yang tak bertanggungjawab boleh dak? (kan dah rasa nak start bebel HAHA)
Okey, sepanjang tempoh kuarentin tu, My Papa In Law yang sediakan makanan kami, Alhamdulillah dapat pak mertua yang suka masak dan baik hati ini satu rezeki. Terima kasih ya Rabb diatas kasih sayang ini.
Apa yang kami lalui :-
- Memang tak ada selera nak makan,
- Plus memang tak ada deria rasa dan bau.
- Badan punya suhu on off on off,. Kadang rasa dah macam sihat sangat tapi lepas magrib menggigil rebah kesejukan.
- Badan sentiasa rasa lelah penat, rasa nak tidur aje. Buat kerja siket aje dah semput. Yes, virus ini jahat, dia akan masuk dari sistem pernafasan kita melalui hidung atau mulut --> duduk dekat tekak (trackea) --> sehingga lah bermastautin dan membiak di dalam sel paru-paru. Jadi korunk memang akan rasa semput dan selalu batuk.
- Rasa nak batuk tu, batuk pulak kalau boleh tak mau henti. Plus, tak rasa pun tekak tu gatal ke apa. tapi memang nak batuk. Jadi kena betul-betul tahu cara nak tahan batuk supaya diaphrm korunk tak sakit bila batuk tu menarik.
HAAA , orang cakap kalau dah kehilangan sesuatu baru kita menghargaikan? Nak tahu apa yang paling sebak? Kami nak dirikan solat untuk baca Al-Fatihah 1 ayat 1 nafas pun cukup susah, terpaksa sambung-sambung. Masatu memang doa sangat2 supaya Allah rezeki kan Nurrul untuk habis laksanakan perintah sebagai hambaNya. Memang syahdu sgt2.Lepas tempoh 10 hari kuarentin. Alhamdulillah kami beransur okey, cuma biasalah ada post long term effect bila dah kena Virus ini. Selepas tu, kami dapat berita, keluarga di Johor pulak kena. Allahu, sebaknya.
Ya Allah ya Tuhan Kami. Jika ada diantara kami sedang dalam kesulitan, maka Lapangkan kesulitannya. Jika ada diantara kami yang diuji kesihatannya, maka kurniakanlah Syifa', Jika ada diantara kami sedang dalam kesedihan, maka kurniakanlah ketabahan setiap ujianmu. Kurniakanlah mereka rezeki yang halal lagi berkah, Sesungguhnya kami serahkan seluruh hidup kami kepada agamaMu dan kepada Allah Azzajawallah yang satu. Amin ~~~~