Dos Ke2 & Aku Positif COV19

 Assalamualikum dan Hi,

Masing-masing semua dah lengkap 2 dos vaksin, aku masih menanti tarikh dos ke2 iaitu pada 18/9/21. Pada hari yang dinanti, datang pulak eksited ke? hhaa, biasa aje, berbekalkan baju cardigen hitam labuh ke punggung, bercelana coklat dan berbaju blouse lengan pendek serta bertudung bunga-bunga kekuningan. Aku pun pergilah cucuk buat kali ke2. Masa tu pergi dalam tengahari, padahal appoinment petang, so lenggang teramat, tak perlu tunggu que yang panjang untuk sampai giliran aku. Procedure dos pertama dan ke2 berbeza sebab kecepatan dos ke2 tu lagi berdesuppp... Zasss Zasss Zasss!! dah siap! Alhamdulillah.


Orang kata pengangan dos pertama dan ke2 effect dia berbeza. Okey sepanjang siang, tak ada apa perubahan pada diri. sampailah masuk waktu malam lepas aje isyak, badan aku dah start lepak dan aku merasa mengantuk mengantuk mengantuk dan tidur aje. Berbaringlah aku dalam bilik meninggalkan hubby yang sibuk main game dekat hall tv. Tiba-tiba aku rasa menggigil teramat, walau dah sarung stokingg dan diselubungi selimut, rasa masih sejuk! ahh sudah! Effect vaksin dah maiiii...

Keesokkannya, aku dan hubby demam badan kami panas selsema, dan mula lah batuk. diikuti pula apabila nak makan tu, kau tak ada rasa dan bau apa makanan yang disumbat ke dalam mulut. Paling sadis, ada satu pagi tu aku teringin benar nak makan nasi putih, telur goreng kicap! Weyhh itu merupakan makanan paling sedapp dan nikmat untuk aku dan hubby. Apa yang sedih? Sedihnya bila kau hanya merasa pedas kicap yang datang dari botol licap Mahsuri.. Tak ada rasa kicap, tak ada rasa telur goreng. Fuhh... Sadis sungguh! 


Hari berganti hari, Khamis, Jumaat, Sabtu... Pada Hari Ahad Hubby decided untuk buat swab test dekat KPJ Klang, memandangkan dia ada extra simptom baru iaitu lepas makan aje akan muntah keluar lendir-lendir dan berbuih... sebabkan itu, swab test dijalankan.... Semasa di KPJ Klang, Dr buat konsultasi check suhu badan yang cecah 39 darjah celsius dan kadar penurunan oksigen dalam darah. Dr terus cakap comfirm awak ada Cov19 ni, Hubby pun swab test jugakk..


Result pada keesokkan paginya diterima dalam pukul 9 pagi dengan panggilan DR dari KPJ menyatakan yang hubby positive. Aku tak swab terus buat kuarentin kendiri bersama dirumah selasa 14 hari...




1 comment

  1. Get well soon, nurrul :( I hope you're doing okay

    ain | ainsoofiyah.com

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan