Pengalaman Vaksin COVID -19 Sinovace Dose Pertama

Assalamualaikum dan Hi semua.

Siapa dah cucuk? Haaa, jangan lupa update dan daftar untuk dapatkan vaksin. Kita wajib menyelamatkan nyawa kita dan semua orang. Vaksin memang bukan auto terus virus COVID19 ini hilang, tapi ianya adalah satu cara kita berusaha untuk mengekang wabak ini. Vaksin ini berfungsi untuk meningkatkan sistem imunisasi badan kita supaya bila virus ini ada masuk dekat badan kita, sistem badan dah alert dan kuat untuk fight back this virus!

Kalau masih tak dapat tarikh temujanji tu, korunk refresh profile mysejahtera tu banyak kali dengan cara update profile korunk. Macam dekat bawah ini , caranya korunk pergi dekat COVID19 Status, jawab semua soalan then pergi dekat profile klik refresh. 



Okey, aku nak share siket suasana masa pergi cucuk tu. Alhamdulillah,Everything smooth walaupun ramai orang, oh ya jangan lupa double mask okey. :)

Perjalanannya bermula dari awal lagi korunk sampai lepas park kereta, pergi dekat pintu masuk hotel, dah ada 2 jalan satu HCA dengan HCB. Jadi aku lalu lah dekat laluan aku. First check point korunk akan diminta untuk tunggu giliran dengan duduk macam dekat gambar atas ini dan kena update mysejahtera profile yang paling latest, 2nd check point pendaftaran, akan dapat borang untuk diisi dan disemak oleh para medic. kena tunjuk IC dan status mysejahtera untuk vaksin. 

3rd checkpoint pula korunk akan dikonsultasi oleh doktor dan masa ini Dr akan bagitahu vaksin yang dicucuk kepada korunk tu jenis faizal ke, sibek or aschaaa. 4th check point terus tunggu giliran untuk masuk dalam bilik vaksin untuk divaksin. Gambar check point ke 4 tak ada sebab aku malas nak pegang hp dah time nurse nak sibuk cucuk. haha


Check point ke 5 yang terakhir adalah pemerhatian dan untuk dapat date dos kedua. Dekat sini korunk akan diminta tunggu giliran selama 15 minit selepas disuntik. Nak tengok badan terima dose tu macam mana. kot2 tiba2 terus pergi tanpa pemerhatian, jadi lain kaa, pengsan kaa kan susah. Bersabarlah korunk tunggu 15 minit tu, aku tunggu sambil tengok big screen dekat depan yang depa siarkan mengenai info2 kobid dan simtops yang mungkin terjadi kepada korunk selepas disuntik.

APA KESAN SAMPINGAN SELEPAS DISUNTIK SINOVAC ?
Vaksin ini adalah selamat dan kesan sampingan yang telah dilaporkan adalah ringan dan bersifat sementara. Kesan sampingan ringan yang kerap dilaporkan adalah seperti berikut:

• Sakit di tempat suntikan                              • Pembengkakan di tempat suntikan
• Keletihan (tiredness)                                 • Sakit kepala
• Sakit otot                                                     • Menggigil
• Sakit sendi                                                   • Demam
• Hilang selera makan                                    • Sakit perut
• Kemerahan di tempat suntikan                    • Loya
• Sakit tekak                                                   • Berasa tidak sihat
• Cirit birit                                                    • Pembengkakan kelenjar limfa
• Kesan-kesan sampingan yang  mungkin akan dilaporkan dari semasa ke semasa.

Walaupun sangat jarang berlaku, ada kemungkinan vaksin COVID-19 CoronaVac boleh menyebabkan  reaksi alahan yang teruk. Gejala alahan yang teruk biasanya berlaku dalam tempoh beberapa minit hingga satu jam setelah menerima vaksin COVID-19 CoronaVac.

Aku dapat symptops yang aku bold kan tu sampai hari ini masih rasa lagi (2/08/2021), asyik rasa nak membuang angin dan sekali nak poooppp, hahaha. 

Okey, sekian aja coretan yang tak seberapa untuk tayangan dan cerita yang mungkin akan dibaca atau lupa tentang pengalaman ini, boleh tengok baaca balik... Oh gittew cerita dia... hhihihi

VAKSIN SINOVAC.



No comments

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan