Apa ! Gaya tidur melamnbangkan keperibadian ? Mungkin ada juga kebenarannya ! Jadi apa kata korunk baca dan nilai sendiri , mungkin ada kena-mengena dengan korunk ! :D
1. TIDUR TERLENTANG DENGAN KEDUA-DUA TANGAN DILETAKKAN DIBELAKANG KEPALA
Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh orang lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidupmu dan menjaganya sebaik mungkin ! tapi kamu sukar untuk bercinta kerana mungkin kamu seorang yang memilih......
2. SELUBUNG SELURUH BADAN DENGAN SELIMUT
Kamu sering berketrampilan macho di hadapan orang ramai namun jauh di dalam diri kamu itu , kamu seorang yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah kamu lebih gemar memendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain.Tidak hairanlah kalau kamu sering meracau ketika tidur..
3. TIDUR DENGAN KEDUA-DUA TANGAN DILETAKKAN DI BELAKANG KEPALA DAN KAKI BERSILANG
Terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar menerima perubahan dalam diri. Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang ada dalam diri kamu harus dipuji.
4. TIDUR MERINGKUK
Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerama masa silam sering menghantui diri kamu, Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasanganmu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hiidupmu
5. TIDUR MENGIRING DAN MERINGKUK
Pentingkan diri sendiri,cemburu,pendendam adalah perkataan yang mampu menjejaskan personaliti mu. Individu yang berada di sekelilingmu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri kamu kerana kamu dengan mudah akan meradang terhadap individu itu.
6. TIDUR MENGIRING DENGAN SALAH SATU KAKI DIBENGKOKKAN
kamu adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. 'Si Gemuruh' itu adalah nama kedua untuk diri kamu. Kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. Hakikatnya kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya kamu harus belajar bertenang.....
7. TIDUR MENGIRING DENGAN BERALASKAN LENGAN TANGAN DI KEPALA
kamu adalah individu yang berani,bersopan santun,lebih jujur dan penyayang. Walaubagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini, Justeru, kamu perlu membina kenyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikan semua ini , kegembiraan akan menjadi milik mu abadi :D
8. TIDUR MERINGKUK DI SATU ARAH
Melambangkan kamu seorang individu yang yakin pada diri sendiri Kamu akan melihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu lakukan. Kamu akan berusaha untuk merealisaikan sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanan dan meletakkan tangan kananya di kepala , memiliki masa depan yang cerah :)
9. TIDUR TERLENTANG DENGAN KAKI DAN TANGAN SEDIKIT TERBUKA
Gaya tidur seperti ini melambangkan identiti kamu yang sebenara.Kamu yang cintakan kebebasan,keselesaan dan kecantikan.Selain itu kamu juga tergolong dalam golongan pemboros namun kamu beruntung dengan pendapatan kamu miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu... jadi siapa pula orang yang kamu maksudkan dengan cerita rekaan mu baru-baru ini ??
10. TIDUR MENIARAP
sekiranya kamu tidur dengan gaya meniarap sepanjang malam , kamu adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran kamu selalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi keinginan dir kamu sendiri.Kamu juga adalah individu yang lali dan tidak teratur! jadi , sudah tiba masanya untuk kamu berubah ..... apa kata kamu ubah cara tidur kamu dulu :))