20 Rahsia Serasi FOREVER :)

Bimbang cinta yang telah terbina kiranya dibiarkan terlalu lama tanpa ada sebarang ikatan yang sah , ia akan pudar.Samaada si Dia akan berubah atupun disambar orang...

Mari ikuti tips Serasi Forever ! :)
  1. Adalah sesuatu yang menyeronokkan apabila kamu menyatakan bahawa hanya dia seorang sahaja yang kamu cintai untuk selamanya dan tidak ada duanya .. ^_^
  2. Paling menarik apabila kamu sekali sekala mengirimkan kad ucapan yang dibuat sendiri.Jangan tunggu sehingga hari jadinya atau pada hari kekasih hari-hari biasa juga kamu boleh meluahkan perasaan cintamu padanya.
  3. Setiap saat kamu harus mengingatinya dalam sebarang pekerjaan yang kamu lakukan.Percayalah apabila kamu mengingatinya si Dia juga pasti mengingatimu.. :)
  4. Sentiasa berkongsi rahsia dengannya. Si Dia akan merasakan dirinya amat penting dalam hidup kamu kerana semua hal kamu tidak pernah berahsia dengannya.
  5. Setiap kali si Dia melakukan kesilapan , jangan sesekali merendah-rendahkannya. Tugas kamu ialah memberikan sokongan padanya agar bangkit memperbaiki kesilapan bukan membuatkan dia berasa lebih rendah diri..
  6. Jangan malu berikan mesej atau ucapkan padanya sendiri kamu rindukan dia terutama apabila si Dia tiada di sampingmu walaupun hanya sesaat.
  7. Jangan terlampau berdandan sehingga membuatkan si dia bosan denganmu.
  8. Lelaki juga sukakan hadiah tetapi mereka tidak menunjuk jadi apa kata kamu yang perempuan memberikan si Dia hadiah sekali sekala walaupun hari jadinya lambat lagi. :*
  9. Janganlah rasa terlalu kecewa sekiranya si Dia terlupa untuk melakukan sesuatu yang kecil kepadamu..
  10. Jangan bandingkan dirinya dengan sesiapa kerana si Dia akan menganggap kamu lebih suka orang lain daripadanya.. _FAKTA !_ 
  11. Raikan hari jadinya dan lakukan kejutan dengan sambutan yang berlainan pada setiap tahun.
  12. Belajarlah membuat keputusan sendiri. Jangan sekadar menyerahkan kepadanya bulat-bulat untuk membuat keputusan.
  13. Jangan menganggap si Dia mampu membaca semua yang ada dalam hatimu.. Belajarlah berterus-terang.
  14. Setiap malam telefonlah si Dia untuk mengucapkan SELAMAT MALAM :)
  15. Jika dia membayar tiket wayang. Apalah salahnya kamu pula yang membeli makanan dan minuman ringan.
  16. Hargailah 'privacy' nya jangan sesekali menceroboh membaca diarynya.
  17. Sekiranya ada kelapangan ajaklah si Dia bercuti.
  18. Jika kamu mempunyai lesen memandu jangan biarkan  Si Dia sahaja yang memandu. Tawarkan diri untuk membantunya memandu. Tidaklah si Dia rasa seperti pemandu......
  19. Berikan nama gelaran yang mesra tetapi hanya kamu berdua sahaja yang tahu...
  20. Apabila berlaku perkara-perkara yang memalukan pada dirinya, berpura-puralah kamu tidak mengetahuinya... ::


2 comments

  1. hye akq , bulee ta na copy paste kt blog sye ? rhsia niew brgune la :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan