Tangan Patah

Malang memang tak berbau , kalau berbau comfirm aku pasti akan mencegahnya , bukan setakat aku mesti korunk semua pun akan sama-sama mencegah .. Yela , siapa yang suka kalau accident then patah sana sini .. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat ? ? Hmm ,Tapi kalau benda dah nak jadi elak macam mana pun pasti kena juga.. Terima ajeelah , pasti ada hikmah yang Allah berikan disebalik kejadian ini.. 
Haaa , nampak tak jawapan last : Simen .. Itu pada aku menunjukkan perkara paling dahsyat setakat ini dalam hidup aku.. Bagaimana accident boleh berlaku ? Langgar sama siapa ? Dekat mana blaa blaa blaa ...... setiap kali nampak anduh di tangan tok tampung kesakitan tuh , setiap kali tuh juga orang akan bertanya , naik jenuh nak bagi jawapan .. heehee. Hmm .. semuanya bermula pada ....
Satu pagi Isnin yang indah sekitar 9.30 pagi , waktu tuh aku sedang berada di Institut Memandu Prolifik Penawar untuk belajar motor.. Maklumlah Aku nak test minggu depan.. kena lah practise.. Aku datang awal dengan Faezah , Sahabat lama sekolah aku , Hani , Aida , Wana , Najwa , Syafik , Naqib dll baru sampai ketika aku sedang menunggang.. Then , kawan-kawan aku pun menunggang sambil aku menunggu di tempat duduk yang disediakan.. 
Nak dijadikan cerita , Hani nie baru pandai bawa motor jadi dia mesti kena pusing-pusing dalam litar dulu sebelum buat bahagian II & III dalam ujian motor.. Dalam 1 lap , okey , 2 lap senyum jer aku tengok budak niee . Sekali aku pusing toleh ke arah litar tuk tengok lap yang ke-3 ehh , Hani dah tersadai dekat bahagian titi , menjerit aku sambil berlari.. terperanjat, tengok motor sangkut atas penghadang jalan Hani berada di atas titi.. Hmm , dalam 10 minit dia duduk dekat situh sambil gerakkan jari-jemari dia , masa ini aku dan yang lain-lain hanya bersangka baik bahawa tangan dia hanya terseliuh .. 
camnie lah gambaran nyer.. dar jalan besar.. lompat naik divider dan melayang ke atas titi.. :P
Najwa kata Telefon agent yang bawa kita , Cik Rahman, Seterusnya Aku temankan Hani ke Klinik Bandar Penawar. Hampir 1 jam lebih tunggu giliran kami rawatan yang diberikan hanya memakaikan anduh..Geram tak geram !!! Haihh  aku pulak yang panas.. dan tangan Hani perlu di X-ray . Kemudian ke Balai Polis Bandar Penawar tuk buat report kejadian ini untuk tuntut Insurans . Lepas report pergi ke Poliklinik Bandar Penawar di Kota Tinggi untuk X-ray , bila dah disahkan tangan Hani memang patah 1 tulang pada bahagian siku , terus ke Hospital Kota Tinggi dan tangan Hani pun di simen...Dah siap pergi Balai Polis Kota Tinggi untuk buat statement dengan orang atasan.. * tak sangka begitu rumit hal yang kecil ini kan ? ? ingat biasa-biasa ajee * 
Haa , inilah muka budak bertuah sangat tuh :P HAHA , Ingat , Lepas ini jangan cuba-cuba nak pulas minyak masa sedang membelok.. kalau tidak ginilah jadinya.. :) Pesanan ini ikhlas dari aku untuk penunggang-penunggang motosikal yang baru belajar.. :P
Nampaknya kena tunggu baik baru dapat belajar Motor dan Kereta semula.. Kes ini merupakan kes pertama di Institut Memandu Prolifik Penawar , buat sejarah lah hani nie.. hehe.. Hani , ouhh Hani.. Semoga kau cepat sembuh.. next check Up 18 March . Harap semuanya kembali normal.. Amin.. ~ cepat-cepat buka simen sebelum ambil result 20 Macrh nie.. hehe ~ Fuhh , Tiring Day dengan menunggu ajee , tak sangka banyak destinasi yang aku , Hani dan Mak Hani tuju.. hehe.. Apa-apa pun sayang dekat kau lah kawan ! :D Jangan notty2 lagi.. ^^



6 comments

  1. Syafakillah. semoga tabah dgn dugaan Allah insyaAllah . :)

    ReplyDelete
  2. Adess ambik lesen ek ni? Saya ambik lesen kereta, takut nak bawak moto huhu. Semoga cepat sembuh!

    ReplyDelete
  3. ada insurans ringan sikit beban. hehe

    ReplyDelete
  4. adoi, ingtkan nurul yg patah tgn td, hehe naseb baik xteruk ya..kelakarlah pic nak tunjuk keadaaan mase tu, hani terbaring cmtu yek, haha :p

    ReplyDelete
  5. @lynndamya HAHA , MMG lawak pun gambo tuh.. nak bagi real kan.. gambar senang org paham.. cuma tulah. tak berapa nak seni sgt tangan nie mcm kak Damya.. :D

    ReplyDelete
  6. saya pernah gak eksiden gak bawak motor. eksiden tahun lepas, haha. tapi takde patah patah, huhu. sampai sekarang serik nak bawak motor. takut :( semoga kawan nurrul cepat sembuh ye :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan