Nuffnang | CPUV 6 - Libresse Long Term Phase ...


Korunk pernah cuba pakai Libresse ?? 
Kalau belum cubalah dan rasa kan perbezaan serta tahap kenyakinan diri yang lebih tinggi !! ^^


Terima kasih Nuffnang !! :)



Che Mek Molek

Yummy Yummy !!  Sejak pandai buat Che Mek Molek nie kerjanya nak buat saja. Tak pelah. Sendiri nak makan... Apa salahnya?? Lepas hari itu blogwalking dekat sebuah blogger tentang kuih nie teringat masa zaman budak-budak dulu Mak suka sangat masakan kuih ini. Dengan idak semena-menanya suruh mak buatkan.. Dapat extra, bukan setakat Mak buatkan, Mak ajarkan sekali cara-caranya :D
Ehem2, ada siapa-siapa nak makan kuih Che Mek Molek.. Cara membuatnya sangatlah mudah..
Bahan-bahan yang diperlukan : Ubi Keledek, Tepung dan Gula. :D

Cara-caranya :
Mula-mula mestilah rebus dulu ubi keledek (ikutlah berapa kuantiti yang dikehendaki). Lepas dah siap rebus
1. Kupas kulit ubi keledek yang telah direbus.

2. Sediakan bekas yang besar untuk memudahkan kerja yang seterusnya.

3. Menggunakan cawan plastik (lebih mudah) untuk melenyekkan ubi keledek tadi. Lenyek semua ubi keledek. Jangan tinggal ubi keledek pada bentuk yang asalnya walaupun sedikit.

4. Selepas itu, uli ubi keledek dengan tepung.
Sila masukkan tepung sedikit demi sedikit  ke dalam ubi keledek untuk memastikan tepung sebati bersama ubi keledek / Proses ini sangat memerlukan kekuatan tangan sebab nanti korang akan berasa lenguhhh :) /
TIDAK PERLU DICAMPURKAN BERSAMA AIR ! Uli sehingga ubi keledek tidak terlalu melekat di tangan kita.

5. Cubitkan sedikit-sedikit campuran tadi untuk dibuat bentuk bulat.  Kemudian, buat lekukkan sedikit di bulatan.

6. Masukkan gula di dalamnya kemudian balut semula. ( Pastikan balutan betul-betul tertutup dengan kemas untuk megelakkan gula tumpah sewaktu menggoreng)

7. Goreng dengan api panas. :)

Selamat mencuba !! 
Sedap, Si Danish makan sampai kekenyangan. Hehe.. Punya selera dia makan kuih nie.. Suka sangat ! >_< Lagipun kuih ini sangat mengenyangkan.. ^^


PETUA MENGHALAU NYAMUK CARA SEMULAJADI

Sekarang banyak kes denggi yang meningkat di negara kita.. Jom sama-sama kita elakkan dari gigitan nyamuk aedes pemusnah dengan cara yang paling ekonomi..
CARA A :  Bahan dapur sebagai alternatif kepada ubat nyamuk komersial.
Untuk Perlindungan Badan
1. Beberapa butir bunga cengkih
2. Sebatang serai dengan daun yang dipotong-potong halus
3. Satu biji limau purut atau limau nipis atau lemon atau setangkai pudina
4. Sediakan setekoh air suam
5. Perah limau ke dalam tekoh dan masukkan yang lain
6. Tutup tekoh dan biarkan beberapa jam sehingga air berbau wangi.
7. Sebelum tidur, sapukan pada bahagian badan, tangan, kaki yang mudah diserang nyamuk.
8. Tapis air tersebut dan simpan dalam botol kaca dalam fridge. Boleh guna 2 atau 3 hari.

Untuk Halau Nyamuk Di Ruangan Rumah
Guna cebisan kain yang dikoyak panjang dalam 1 kaki atau kurang. Titiskan minyak kayu putih atau minyak cap kapak ( sebab ada eucalyptus ) pada kain tersebut. Gantungkan di ruang atau bilik yang tak mahu nyamuk datang. Bila nak tidur, letak lagi minyak sikit lagi.

CARA B:  Minyak-minyak Essential Oil dari kedai Aromatherapy atau supermarket.
Untuk Perlindungan Badan
1. Minyak Serai Wangi ( Lemongrass ), Minyak Eucaplyptus ( Kayu Putih ) dan Minyak Peppermint ( Pudina ).
2. Titiskan minyak ini dalam 5 atau 6 titis setiap satu jenis ke dalam air suam setekoh dan goncang.
3. Sapukan ke bahagian badan yang tak mau digigit nyamuk.
AWAS : ELAKKAN DARIPADA TERKENA MATA, KENING dan BAWAH MATA.

Untuk Halau Nyamuk Di Ruangan Rumah
1. Titiskan minyak-minyak tersebut ke cebisan kain dalam 1 kaki atau kurang. Gantung di ruang yang tak mau ada gangguan nyamuk. ATAU
2. Bakar Lilin Serai Wangi dan Pudina di ruangan tersebut.

KURANGKAN NYAMUK DI HALAMAN RUMAH
Jangan ada air bertakung.
Kalau ada kolam jugak, belalah ikan atau gerakkan air tersebut dengan pump.

Bersihkan halaman rumah dari daun-daun, dahan-dahan jatuh dan pendekkan rumput serta rimbunan. Sila ketahui, nyamuk betina setelah bersenyawa dengan jantannya, akan cari tempat relax semalaman di celah rumput panjang atau bawah daun jatuh. Esoknya barulah ia menyerang manusia untuk dapatkan darah agar boleh bertelur dalam air. Nyamuk betina memang jahat.

Kalau kawasan tu ada burung layang-layang atau kelawar, populasi nyamuk akan berkurangan. Kedua-dua haiwan ini suka makan nyamuk. Tapi tak payahlah kita bela mereka ini kerana banyak najis. Sebagai ganti, kita tanam saja serai wangi di tempat strategik atau pokok nyamuk ( bau macam serai wangi dan dijual di nurseri ).

Jika halaman rumah kita bersih dan berbau serai wangi tapi jiran kita dok usahatani nyamuk, parah kita nanti. Kesannya berkurangan. Nasihatkan mereka baik-baik. Jika mereka degil sangat, barulah kita bela burung layang-layang kat tepi pagar menghala halaman mereka ( kalau larat lah ).

CARA C : Cucukkan cengkih pada limau nipis.
Cara nak buat senang jer. Limau dipotong dua kemudian cucuklah cengkih seberapa banyak yang suka. Kalau dah kecut limau, buat lagilah yang baru.

Sumber : Google & FB

Jika kurang berjaya, maafkan saya kerana mungkin spesis nyamuk kita berbeza atau nyamuk dah jadi mutant. Jadinya cubalah tambah dan tukar bahan-bahan sendiri untuk lihat keberkesanannya. Hanya jangan berganjak dari bahan induk, iaitu eucalyptus ( kayu putih ) dan lemon grass ( serai atau serai wangi ).
Hidup Bebas Tanpa Gigitan Nyamuk !! :D


Netball BBM






Kad Kahwin Abang

Hai awak semua !! Lamanya tak menaip, rindu teramat sangat dengan blog nie... Huk3...Baru sekarang berkesempatan untuk menaip.. Walaupun mood berblogg kejap ada kejap tak ada, disebabkan rindu aku gagahkan juga untuk menaip.. :)
Sekarang baru start cuti sem.. Kalau nak cerita pasal sem 2 macam macam ada.. memang nak cerita tapi kalau ada masa nak menaip lah cuti ini baru boleh cerita.. Maklumlah, abang nak kahwin bulan 5 ni, jadi kena siapkan segala persiapan buat abang.. Eiiihhh , lagi berapa hari saja lagi abang aku akan jadi suami orang... Tak percayanya aku.....
Semalam dapat siapkan kad kahwin Abang untuk MajlisSambut Menantu di rumah kami... Huishhh , semakin digodeh, semakin menyeronokkan... 100% buatan sendiri dengan bantuan beberapa software bagi menyiapkan kad kahwin buatan sendiri.. Dan inilah hasilnya.. ( Print View )
Cover Depan Kad Kahwin
Cover Belakang Kad Kahwin

Kad dah siap buat tapi print nya belum lagi.. Asal nak pergi print tak buka kedai. Hmm, korunk pernah buat kad kahwin design sendiri.. Amacam rasa ?? Share lah pengalaman.. :D

Jimat Kos Kenduri Kahwin dengan Buat Kad Kahwin Sendiri !


Fakta Kunyit dan Kulit Muka

Kunyit selalunya digunakan bagi menlazatkan pelbagai jenis makanan, namun tahukah anda bahawa kunyit sebenarnya mempunyai kebaikkan dalam penjagaan kulit wajah. 
Di sini beberapa kebaikan kunyit yang boleh merawat dan mencerahkan kulit wajah agar tampak berseri.

Membuat kulit bersinar
Kunyit dapat membuatkan kulit kita tampak lebih bersinar dan licin dari dalam kulit.

Menghaluskan kulit
Kunyit membantu meringankan segala macam masalah kulit dan membuat kulit menjadi halus dan mulus.

Menghilangkan kerutan/garis halus di wajah
Masalah ini juga sering kali yang menjadi perhatian dari banyak wanita iaitu masalah penuaan. Yang terutama adalah kerutan di wajah. Untuk mengatasinya, anda boleh menggunakan manfaat kunyit yang akn dapat menyamarkan tanda-tanda penuaaan. Kulit anda akan kelihatan lebih tegang dan muda.

Mengatasi masalah jeragat/bintik hitam
Kunyit juga dapat membantu menghilangkan jeragat/bintik hitam di wajah dengan khasiat nye yang berkesan.

Menghilangkan jerawat
Manfaat kunyit juga mampu menghilangkan jerawat dengan melawan kuma jerawat supaya jerawat dapat diatasi tanpa meninggalkan kesan.


Apa salahnya kita guna rawatan semula jadi berbanding alat kosmetik ?? Nampak janggal. tapi tidak mustahil kerana setiap ciptaan Allah ada kelebihannya yang kita sendiri tak tahu.. :D