Tips | Perkara yang Pelajar mesti TAHU untuk SEWA RUMAH

Alhamdulillah, diberikan kesempatan oleh Allah untuk meneruskan menaip di blog kesayangan hamba ini. Hello September ! :)

Okey, hari ini Nurrul nak ceritakan serba sedikit dan info mengenai rumah sewa. Yeah, as student yang kalau memang tak ada pengalaman menyewa rumah. ANDA lah yang WAJIB membaca post ini. Kalau yang dah tahu, nak baca lagi pun takpe, tak salah kita tambah ilmu, tak rugi tak. ^_^

Ini merupakan pengalaman Nurrul sendiri yang dari 0 pengalaman tentang rumah sewa. Bukan senang nak senang, tapi tak susah nak senang. Nasib ada pengalaman berharga ini masa diploma dekat Bandar Seri Alam,Masai dulu. Sekarang apply dekat Melaka plak, alhamdulillah esok nak masuk rumah sewa ['-']
ADAB MENYEWA
Please Please Please ! Ambil SERIOUS jika anda ingin menyewa sebuah rumah.



1. DEPOSIT RUMAH
Sila paham dengan sefaham-fahamnya bahawa deposit rumah adalah duit pendahuluan yang akan dipegang oleh pemilik rumah, Tahu tak kenapa tuan rumah nak duit deposit ?
Deposit untuk menyewa rumah juga (biasanya, bayaran sewa untuk 2 bulan dan utiliti) akan dinyatakan untuk menjaga hak tuan rumah sekiranya penyewa‘melarikan diri’ atau merosakkan harta benda di dalam rumah terbabit. Wang deposit ini akan dipulangkan kembali kepada penyewa apabila tempoh penyewaan sudah berakhir dan rumah ini ditinggalkan dalam keadaan baik dan terjaga.
Ini benda biasa, jangan nak buat2 tak tahu bila next month nak bayar sewa, kata" eh , bukan kita dah bayar ke 3 bulan in advance?" yes, memang bayar, tapi duit tu DEPOSIT. Let example bagi faham lah, sewa rumah sebulan harga RM500. Deposit sewa 2 bulan + api air Rm300, so kiraanya macam ini :
Contoh kiraan deposit rumah

Apa tu Refundable ? Baca balik note dalam quote atas tu :)

2. BAYAR PADA WAKTUNYA
Ekau dah sedap-sedap duduk rumah 'tumpang', tak nak pulak bayor.. Ekhh, tak malu ek ? Jangan jadi oranglah kalau tak malu gituh. Malu den jadi spesies kau!
Perjanjian ini perlu menyatakan sewa bulanan yang perlu dibayar oleh penyewa. Bayaran untuk sewa bulanan akan ditetapkan pada tarikh tertentu (contohnya 1hb bagi setiap bulan) untuk memudahkan tuan rumah memantau kelewatan pembayaran. Akaun untuk pembayaran juga dinyatakan dalam Perjanjian Penyewaan untuk rujukan dan memudahkan kedua-dua pihak.
Sila hormat Owner ya, kalau dalam bab share2 macam student plak, SILA HORMAT! orang yang kena kutip duit sewa rumah untuk dibayar kepada owner. Bila waktu nak membayar, PLEASE NO EXCUSE ALLOWED ! Same goes untuk bayar utilities, kalau macam Nurrul, kena tegas! Siapa nak bayar kalau excuse ni, Dahulukan duit kita ? Oh jangan pernah sesekali benarkan. Faham ke faham ?

3. JAGA RUMAH MACAM RUMAH SENDIRI
Rumah sewa plak banyak jenis package yang owner bagi:
(i) Sewa rumah kosong - sewa rumah tanpa ada apa-apa kemudahan yang disediakan
(ii) Partially furnished  - ada kemudahan yang asas dalam rumah, peti ais, dapur memasak, mesin basuh.
(iii) Fully furnished - Semua dah tersedia ada, tinggal masuk aje, lalah macam homestay tuhh..
So,jika berlaku kerosakan kepada barang-barang terbabit (dalam kes ini, penyewa yang merosakkan secara sengaja), tuan rumah berhak meminta ganti rugi. Walaubagaimanapun, terpulang kepada budi bicara tuan rumah kerana mungkin barang-barang itu sudah lama digunakan dan kerosakan tidak dapat dielakkan. 
4. SEBARANG MASALAH RUMAH SEWA RUJUK KEPADA YG BERKENAAN
Siapakah yang berkenaan? bukan siapa yang berkenan eh, jangan gedik. HAHA. ini lebih khusus kepada student yang share duit sewa rumah. Benda ni paling penting ! Siapakah dia? Orang yang berkenaan itu adalah orang yang buat kontrak dengan owner rumah, Tak paham lagi, haa, orang yang mula-mula kau cari, kau contact dan kau deal nak duduk rumah sewa tu. 

Sebab apa ini penting ? Untuk elakkan salah faham dari kedua pihak yang membuat kontrak. Contohnya Dila (org yg berurusan dgn owner), Tangki bocor, kau terus direct bagitahu owner tanpa bagitahu Dila. Pulak nanti owner akan tanya dekat Dila plak, Dila kata tangki okey aje. Haa Nampak tak dekat sini camner situasinya ? Kau ingat bulat2 owner nak percaya kau ?! Again respect plisss! :)

5. PASTIKAN RUMAH SENTIASA BERSIH
Rumah kena bersih, cantik dan teratur. Lagi-lagilah kalau kau tu perempuan, jangan buat malu kaum boleh tak ? (Nanti Nurrul kupas lagi pasal ini dekat post lain eh.) Dan lagi-lagilah bila kau nak keluar dari rumah tuh, kalau kau sewa kosong rumah tu, so masa keluar pun silalah kosongkan.

Kau ingat owner rumah tu cleaner nak bersihkan sampah or barang-barang yang kau tinggalkan??? Ingat dia ada masa nak kemas semua tu ??? Sebab tuh kena jaga macam harta yang ada dekat rumah sendiri. Kalau tak duit refund tu dapat half aje, nak ke ??? HAHAHA
Okey, itu aje share buat harini, banyak dah Nurrul bebel, lama tak taip ni. sedap pulak bebel.. hihi, harap korunk dapat sesuatu, kalau ada apa2 nak tanya, pliss jangan malu jangan segan.. sis memang niat nak membantu . *Cewahh ! Drop komen boleh, nak fast respond inbox dekat page sis okey ? ^_^
STUDENT, MESTI TAHU PASAL SEWA RUMAH !


6 comments

  1. Sebagai seorang penyewa rumah sewa yg sejati sejak diploma hingga degree, saya setuju!!! hahaha.

    ReplyDelete
  2. nice share.. saya dulu dari 1st year sampai final year nasib baik dapat duk kat hostel.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)

    ReplyDelete
  4. hye saya nak tnya boleh . kalau deposit dibayar oleh kawan saya (siti) dan dia tinggal di rumah tersebut hnya selama 5 sem berbaki 1 sem. kalau ikut contrat 6 sem total. lagi 1 sem kawan yg lain (imah) yg duduk. jadi adakah perlu imah byr semula wang deposit tersebut kepada siti ? kerana bulan terakhir penghuni rumah seea ini tidak lg dikenakan byrn sbb dh tolak deposit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul. sebab duit yg kena tolak deposit tu adalah duit siti.

      Ke Imah tu duduk free jek 1 sem tuh? >_<

      Delete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan