Assalamualaikum dan Hi Semua,
Apa khabar? Harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Sejak posting Hasta La Vista tempoh hari yang lalu, maka tamatlah kehidupan seorang pelajar degree buat seketul Nurrul. Alhamdulillah, unofficially graduated from BBA (Human Resource). Tunggu bulan 10 kita konvo.
So sepanjang tempoh nak tunggu result keluar buat apa uolls? Ada sebilangan kawan2 Nurrul yang dulu internship terus diserap masuk bekerja. Tahniah, kita yang tak dapat lagi ini janganlah berputus asa, teruskan usaha kita mencari kerja kerana lain orang lain rezekinya. In sha Allah ada untuk kita, cuma cepat atau lambat sahaja. :) (itu yang Nurrul kata dekat diri sendiri dulu, rasa jeles tu memang adalah, tapi jangan terus putus asa. ye dak?)
Sementara tunggu result keluar, Nurrul pun apply kerja di website top pilihan ni :
Website pertama yang Nurrul akan apply selepas tamat saja pembelajaran dari SPM sampai ijazah. hehe. SPA ini adalah bagi siapa2 yang teringin nak kerja kerjaan lah. Memang mostly kena apply menggunakan SPA. Cuma cara pengambilannya tu mungkin mengambil masa yang agak lama. Tak salah kan kita apply, mana tahu untung sabun timbul ye dak? Perlu diingatkan untuk update permohonan pekerjaan 6 bulan sekali ya sebab jika tiada kekosongan selama kita apply sehingga 6 bulan, permohonan kita akan dibuang. itu memang automatik.
Jobstreet.Com
Hanya buka akaun dan update bioadata dan pengalaman kerja di dalam website ini, akan terhasil resume kita sendiri tanpa kita menulisnya. Tapi kalau nak masukkan resume yang kita dah buat pun lagi better. :) Jobstreet juga boleh menganggarkan purata gaji yang kita idam-idamkan dengan kekosongan kerja yang ada. Di sini jugalah Nurrul selalu update dan apply jawatan yang ada sebab boleh set notification kerja kosong yang diiklankan oleh majikan. Email korunk boleh penuh dengan gadis iklan jawatan kosong bernama "Lina" . hehe.
MauKerja.my
Laman web yang menarik dengan warna theme merah menampakkan yang kita "lapar" untuk memenuhi kekosongan jawatan yang ada dan ianya user friendly. Terdapat banyak jawatan kosong untuk graduan baru atau yang berpengalaman. Laman web ini sama juga seperti jobstreet dan memudahkan kita untuk fokus dengan kawasan bandar yang kita ingin kerja bukan sekadar negeri semata-mata.
LinkedIn
Laman web ni lebih nampak professional dan menolong penggunanya untuk memohon jawatan kosong. Tidak ramai orang cuba sosial media ini tetapi banyak juga jawatan kosong yang di tawarkan kepada orang ramai di sini. Disebabkan tidak ramai pengguna menggunakannya maka tidak ramai juga majikan cuba untuk mendapat pekerja melalui medium ini tetapi tidak dinafikan juga ini merupakan laman web yang dapat beri peluang unutk orang ramai berkerjaya.
So far 4 website ni lah yang membantu Nurrul, ada juga try apply jadi cikgu ganti, tapi yang tu ikut negeri tak sama caranya. Selain tu juga, Nurrul ada mohon SPAJ, fokus dalam negeri Johor saja. Korunk ada laman web kerja kosong terbaik yang lain, sharelah juga sama-sama ya.
Sepanjang cuti ini, memang Nurrul duk belek2 aje lah website dekat atas ni, mana tahu kot2 ada yang sangkut. kita tak tahu kan rezeki kita bila dia nak mai. Bila ada sapu saja. Jangan nak memilih sangat lani punya trend. lagi2 lah jenis Nurrul fresh grad tak ada banyak skill dan zero pengalaman kerja. Moga ada rezeki :)
MISI KERJAYA PERTAMA NURRUL