UiTM Digital Campus Apps

UiTM Digital Campus Apps
Assalamualaikum dan Hi,

14 Februari yang lalu email dari Uitm yang idnya dikenali sebagai SIM@UITMSALAM telah masuk ke dalam email, benda yang korunk kena tahu adalah menjadi satu kefobiaan bila mana Email "SALAM" terjah masuk. Sebabnya email itu adalah untuk memberitahu tentang keputusan peperiksaan akhir setiap sem. Samaada salam terakhir atau salam sejahtera keputusan exam korunk tu. Okey, berderau kejap~~ HAHA. Sekali baca, bukan. Fuhhh! Lega rasanya. haha
Email itu untuk memberi maklumat bahawanya Uitm telah melancarkan UiTM Digital Campus Apps, sama macam UiTM Student portal punya konsep, cumanya kita boleh menggunakan mobile phone saja untuk aksess. Tak perlu lagi ke laman web untuk log in ke UiTM student portal. Yehhaaa, satu kemajuan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak UiTM kepada seluruh pelajar dan staff UiTM. Terima kasih UiTM!
Apps ini hanya available untuk Android users, untuk iphone user stay tune, apps korunk akan dinaiktarafkan dari semasa ke semama. So, simple step untuk install apps ini dengan google play store --> search and choose UiTM Digital Campus.  Selepas install apps tersebut, sila open dan log in menggunakan id student dan password korunk. Tekan navigation bar yang ada dalam apps tersebut, sampai korunk jumpa macam tertera dekat bawah ini :
Kandungan UiTM Digital Campus Apps
Tadaa ~ ~ ~ Inilah Apps yang ada dalam UiTM Digital Campus Apps. Ini adalah paparan untuk seorang pelajar. Kalau staff punya lain pulak, tapi kita fokus dekat pelajar punya jelah.  Cuma yang tak bestnya adalah bagi setiap items dalam apps tu korunk kena upload satu persatu apps berlainan untuk korunk dapat aksess. Tabahlah sikit nya dengan data internet korunk tu. kiki
*Setakat ini, hanya apps i-student sahaja yang boleh aksess memandangkan perkhidmatan apps ini baru dilancarkan pada 14 Februari yang lalu. Dari masa kes semasa akan diupdate, jadi berseronoklah pelajar UiTM sebab dapat tersenyum lebar sebab UiTM dah mudahkan korunk untuk dapatkan semak jadual, examination result, lecturer notes etc hanya dengan menggunakan Apps ini.
Nurrul pun dah guna sebelum nak tunggu SALAM datang bagi jawapan mengenai keputusan semester akhir degree, Nurrul pun dengan terujanya guna apps ini untuk menyemak keputusan peperiksaan pada 15 Februari 2018. ^_6 Tak merasa sangat lah guna apps ini sebab dah habis belajar. hihi.

UITM DIGITAL APPS 


5 comments

  1. hahaha
    teringat dapat email dari UiTM pasal result exam
    nervous gila
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki, cuak kan, boleh jadi malam tu tak lena nak tiduq.. >_<

      Delete
    2. hahaha...yes....macam dulu saya akan mula rasa resah gelisah tak berapa selera nak makan masa malam sebelum result keluar...hahaha...pukul 12 ke 1 pagi dok refresh2...hahaha

      Delete
  2. ahahaha ok lawak part salam tu.. neves berderau ya hihi..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan