Hasta La Vista

Hasta La Vista
Assalamualaikum dan Hi!
Setiap permulaan mestilah ada pengakhiran. Seiring juga dengan program yang wajib bagi pelajar Hures (Human Resource UITM) tahun akhir yang merupakan acara wajib fasa akhir praktikal iaitu Hasta La Vista. 

‘Hasta La Vista’ berasal daripada perkataan Sepanyol yang bermaksud selamat tinggal.

Program Asta La Vista adalah bertujuan untuk :
  • Meraikan pelajar semester akhir setelah berpenat lelah menelaah sehingga ke peringkat akhir ini. 
  • Selain itu, semuanya diuruskan oleh ahli jawatan kuasa pelajar semester akhir yang dilantik bagi menjayakan program ini secara tidak langsung meningkatkan kemahiran dalam menguruskan sesebuah program. 
  • Di samping itu,bakal graduan bersama-sama kembali setelah habis menjalani latihan praktikal untuk sama-sama berkongsi pengalaman, menilai dan melihat kembali perjalanan sepanjang bergelar pelajar UiTM. 
Pelajar tahun akhir HR UiTM Kampus Bandaraya Melaka mengadakan program dikenali sebagai ‘Hasta La Vista Seniorita Excursion 2017’ selama dua hari satu malam di Eagle Ranch Resort Port Dickson. 2hb-3hb November 2017.
Wasiat kepada ahli kelas
Pagi2 tu Nurrul dan rakan huressian berkumpul di auditorium UiTM kampus Bandaraya Melaka untuk mendengar sesi taklimat kerjaya bersama Dr. Azman. Sementara tu dapat tugasan kena buat wasiat kepada semua member kelas korunk. Jadi ceramah yang diberikan tu fokus tak fokus dah kiteowg dibuatnya. HAHA, yelah dah 4 bulan menghadap kerja ehh tertiba kena dengar ceramah balik macam student (acah-acah dah jadi alumni semuanya) ~~ Hihihi. Then habis ceramah semua berpusu-pusu naik bas untuk ke Port Dickson.

Petang itu kami sampai di Eagle Ranch Resort, dapat bilik masing-masing dan bersiap untuk first aktiviti iaitu Explorace. Aktiviti ini disediakan oleh pihak resort. Fuhh, main cari-cari barang yang ada dekat resort berdasarkan gambar yg diberikan. Pengsan~~  Aktiviti yang paling dinanti-nantikan adalah aktiviti makan malam. kiki, semuanya kemain..  Western food menu nya. 
Keesokkan paginya, ada aktiviti senam aerobik dan sukaneka. Program ini menutup tirai dengan makan tengahari dan penyampaian hadiah untuk setiap aktiviti berkumpulan. Kami pulang ke Melaka dengan menutup mata sebaik saja mendapat kerusi masing-masing dalam bas.. HAHA, itu yang paling lawak... Rasanya aktiviti tak ada teruks sangat, tapi bab balas dendam nak tidur tu win.. kohkohkoh..
7poyos, Adakah muka kami cukup poyo?? HAHA
Special thanks untuk gegadis yang tertera di atas ini, walaupun Nurrul hanya kenal korunk dalam 2 sem, 1 sem dalam kelas, satu lagi dah praktikal.. terima kasih kerana sudi berkawan dengan Nurrul. Mungkin perkenalan kita ini hanya sekejap, didoakan ukhwahnya berpanjangan amin. Thanks Nuratiqah Ismail, Nor Hanis Tajulruddin, Nurul Hidayah Zolkefli, Puteri Azleeya, Nuraqilah Zainuddin dan Nurul Ain. Moga korunk sentiasa dilimpahi rezeki dan semoga kita akan berjumpa lagi kelak. 
BYE DEGREE LIFE


3 comments

  1. bahasa sepanyol rupanya...patut lah tak pernah dengar..

    ReplyDelete
  2. seronoknya zaman universiti.. teringat dulu2 kalo ada events mesti meriah..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan