Tips Belajar Cara Nurrul

Tips Belajar Cara Nurrul
Assalamualaikum dan Hi,

Hari ini Nurrul nak share sikit cara Nurrul belajar dekat IPTA dulu macam mana. Sometimes ada orang cakap Nurrul ini pelajar yang skema, tapi its okey lah sebabnya lain orang lain caranya. Mungkin daripada tips belajar yang Nurrul buat ni seragam dengan diri korunk, tak salah kalau nak ikut pun :) Tips ini sangat sesuai bagi mereka yang nak maintain kan pointer masing2. So jom kita baca.

1 | Jangan Skip sarapan pagi 
Kita belajar menggunakan tenaga taw, jangan ingat kita duduk saja aje, tenaga yg digunakan pulak dekat otak. berfikir menganalisa. Orang boleh bekerja lagi kalau fizikal dia penat, tapi kalau minda (otak penat) nak buat apa2 pun tak boleh. Jadi sarapan sangat penting untuk seorang pelajar sebelum belajar. Kalau paling teruks sangat, minum air kosong atau bancuh air teh dengan 2 keping biskut pun dah okey.

2 | Solat Jangan Tinggal + Doa
Senjata yang penting adalah solat dan doa harian kita. Doa mesti bersungguh-sungguh dan mesti ikhlas kerana Allah supaya Allah lapangkan dada kita, terangkan hati agar Allah memberi keizinan untuk kita menuntut ilmu KalamNya yang sebesar zarah tu. Baru ilmu sampai, kita cepat faham dan ingat untuk diamalkan. 

Lazimi Diri baca Yasin sehari sekali
Selain badan kita memerlukan makanan zahir untuk kekal aktif, tubuh kita juga memerlukan makanan batin, yeah! makanan batin tubuh adalah dengan membaca  Al-Quran. Tapi tips Nurrul yang paling korunk mudah nak amalkan adalah dengan membaca surah Yasin sehari sekali selepas solat magrib smenetara tunggu solat isyak.

4 Tidur awal dan Cukup
Tidur juga merupakan element penting untuk tubuh badan seseorang, ianya menentukan untuk seseorang sama ada cukup rehat atau pun tidak. Mengendalikan waktu tidur dengan baik adalah amat penting. Untuk seorang pelajar, waktu tidur sepatutnya adalah pukul 11 malam yang paling lewat. Sebab nanti pukul 2pagi nak bangun belajar 2jam, lepastu tidur balik. Waktu jam rehat yang sesuai untuk seorang pelajar min adalah 6/7 jam. Jangan amalkan last minute punya belajar ya!

5 Bijak Mengatur Masa
Masa amat berharga dalam pembelajaran yang berkesan. Jadi seimbangi waktu untuk belajar, membuat latihan, beriadah dan lain-lain. Selain itu juga, jangan suka menangguh kerja. Kerana orang yang suka menangguh kerja adalah pencuri masanya sendiri. Percayalah sikap bertangguh ini boleh memakan diri sendiri. Jadi belajarlah menangatur masa dengan bijak.

6 | Niat Belajar kerana Allah
Setiap kali nak menuntut ilmu, ikhlaskan hati dan niatkan yang belajar itu kerana Allah S.W.T. Jangan rasa stress jika kelas bermula pada awal pagi hari dan berkakhir pada petang hari. Fikirlah bahawa dalam prosess pembelajaran itu, malaikat bersama korunk untuk mendoakan orang yang menuntut ilmu. Jangan lupa baca doa belajar setiap kali bermulanya sesi pembelajaran ya!

7 | Buat Nota bukan Toyol
Buat nota selepas sesi pembelajaran di kelas untuk pemahaman dan ulangkaji kita kelak. Setiap apa yang kita belajar mesti kena catit isi-isi penting. Kita bukan komputer boleh rekod segala macam apa yang lecturer ajar. Biasalah manusia dengan sikap pelupanya tu biasa. Nota kecik ni juga boleh diguanakan untuk study last minute bila nak dekat dengan minggu exam nanti. Tak adalah kelam kabut nak buka buku yang beratus-ratus muka surat tu. Tapi bukan buat nota tu sebagai toyol taw! AWAS!
Tips Belajar Cara Nurrul

8 | Buat Mind Map Size A4
Pernah buat mind map? Kalau tak pernah, latih-latihlah diri dari sekarang untuk buat mind map. Buat yang simple pun tak pe yang penting korunk faham. Highlighted keywords, isi yang penting, huraian dan contoh atau buat akronim untuk subtopik yang ada dalam setiap chapter. Ianya sangat membantu korunk untuk memahami apa sebeanrnya setiap satu chapter itu tentang apa. Dengan mind maps, kita boleh nampak overview chapter tersebut. Jangan ingat masa sekolah aje taw buat.

9 | Baca Nota sebelum tidur
Salah satu tips yang memang orang akan cakap Nurrul ni gila. Korunk tahu tak bahawa otak yang fresh adalah di stage mana??? Otak boleh menangkap apa yg kita baca dan mengingatnya  sebelum kita nak tidur. Ini tips memang dari zaman sekolah lagi aku guna. Ya, sebelum tidur baca nota dan bangun tidur baca semula nota tanpa melihat nota. Tak perlu baca banyak2 sebelum tidur, cukup sampai mana yang korunk baca dan tertidur. Comfirm tidur lena..HAHA

10 | Buat latihan
Ilmu tanpa amal tak ada guna, ibarat pokok yang tinggi menjalar tak ada buah, patut ke simpan? Jadi, bila dah dapat ilmu tu, kena lah amalkan. Kenapa kena amal? Supaya benda tu kita tak lupa. Sama juga macam kita belajar dalam satu subjek tu terutamanya subjek pengiraan. Dah belajar, kena lah buat latih tubi. Latihan penting untuk memastikan korunk mahir menjawab soalan tersebut. Tak adalah nanti terkial-kial, terkuis-kuis kertas jawapan. Tunggu jawapan dari langit memang tak akan ada lah!

11 | Jangan Datang Lambat Ke Kelas
Ini pantang larang Nurrul, kita nak sesuatu tu berkat, jangan kita sakiti orang yang memberi ilmu dan orang yang sedang menuntut ilmu, paham ke paham? Maksud aku adalah, kita kena hormati para guru kita. Macam mana ilmu itu nak berkat kalau kita sendiri datang lambat ke kelas, ibarat macam terpaksa or tak ready untuk belajar. Lagi satu bila kita datang lamnat, ianya akan mengganggu fokus orang yang sedang belajar.

12 | Rekodkan suara 
Kalau nak guna tips ini make sure korunk kena minta izin dari pendidik korunk dulu ya. Nurrul buat cara ini jika rasa subjek yang dipelajari tu memerlukan sedikit masa untuk catch up atau pun kita ni dah blur tapi still kena fokus untuk tangkap apa yang disampaikan. Mostly Nurrul guna cara ini masa belajar micro or macroeconomy dulu. Hehe. Dalam kelas still fokus, balik bilik/rumah kita kukuhkan lagi pemahaman kita dengan mendengar semula apa yang telah diterangkan oleh pendidik kita.

13 | Jaga Carry Mark
Benda yang paling famous dekat IPTA adalah carry mark, yeah, inilah yang membantu korunk untuk mendapatkan keputusan cemerlang ataupun so so. Selalunya, pelajar akan pulun untuk kumpul carry mark dari assignment individu groups, presentation, test yang membawa markah ke final. Bagus untuk kekalkan carry mark yang tinggi sebab korunk nanti dah boleh target berapa markah lagi untuk lulus. Tapi AWAS! ada juga yang carry mark tinggi tapi dekat final exam dia tewas dan akhirnya kecundang. Jangan terlalu yakin dengan carry mark yang tinggi. Korunk kena maintain lah. Carry mark dan jawab final exam PERFORM! Baru meletup!

14 | Mesti ada fokus + GOAL
Kurang-kurangkanlah berangan ketika belajar, tumpukan sepenuh perhatian semasa prosess pembelajaran, kalau penat minta take rest dengan effektif. Selain itu, korunk mesti clearkan korunk punya target. Targetlah untuk senariakan nama dalam dean list 3.8 setiap semester. Target biar tinggi, result biar naik ataupun maintain jangan jatuh.

15 | Elakkan Gangguan Teknologi
Komputer riba, telefon pintar dan internet merupakan gangguan utama seorang pelajar. Jadi silalah mendisiplinkan diri untuk menyimpan semua alat teknologi ini semasa belajar. Gunakan masa belajar sepenuhnya, dan selepas itu baru menyambung aktiviti di laman sosial tu. Disiplin sikit!

16 | Tanya Diri Sendiri
Apa yang aku tak faham lagi ek? Semua part ni aku dah boleh jawab dengan yakin ke? Jangan malu untuk bertanya pada pensyarah atau kawan-kawan kita tentang subjek yang kita rasa ada sedikit blur. Sebab orang yang tak tahu dan malu bertanya ini selalunya akan sesat. So, jangan jadi bodoh sombong. Okey? ^_^

17 | Belajar Individu atau Group?
Kedua-dua approach ini tak ada yang lagi bagus ke apa. Cuma pada pendapat Nurrul, kalau nak belajar secara grouping, memadailah dalam group tu ada 2 3 orang saja. sebab kalau ramai-ramai dia tak akan jadi group belajar, lebih kepada group ngeteh menyembangggg kesudahnya belajar ke laut. Nurrul sendiri lebih selesa belajar secara individu, sebab aku lebih fokus belajar secara individu. Kalau tak faham satu tu, cepat-cepat tanya dalam group "klik". Selesai. HAHA
Okey, setakat ini dulu tips belajar cara Nurrul sepanjang bergelar seorang mahasiswa IPTA ini. Rasa banyak lagi, tapi kalau korunk rasa ada lagi tips yang perlu ditambah, bagitahu Nurrul ya. Sebab ini adalah perkongsian ilmu. Tak ada betul atau salah. Yang ada ngam tak ngam aje dengan kita untuk ikut cara diatas.
Daa.. sampai ketemu lagi.. All the Best semua!
Cara Belajar yang Efektif!


3 comments

  1. Wahhh terima kasihhh. Perlukan ini untuk masuk sem 1 isnin nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama.. Moga membantu untuk belajar secara efektif.. :)

      Delete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan