Kerjaya Pertama Nurrul

Assalamualaikum dan Hi Semua,

Kerjaya Pertama Nurrul Selepas Tamat Belajar Ijazah | Nurrul menerima panggilan interview pada 28/2/2018 di Johor. Masa dapat panggilan itu Nurrul dekat Kuantan rumah kakak, keadaan kesihatan tak berapa mengizinkan, demam, batuk dan selsema. 27hb tu terus drive pulang ke Johor untuk interview keesokkan harinya. Alhamdulillah, perjalanan interview semuanya dipermudahkan Allah. Keesokkan hari selepas interview aku menerima panggilan yang menyatakan aku lulus interview dan diterima kerja. Perasaan happy tuh hanya Allah yang tahu.

Start kerja pada 5/3/2018 di bawah department Human Resource & Admin(HRA) sebagai assistant. Berbekalkan prinsip jangan memilih kerja, sapu aje apa yang dapat dulu. Aku tekad untuk start kerjaya dari bawah hingga ke level yang atas memandangkan aku tidak mempunyai pengalaman kerja selain pengalaman internship di top glove 4 bulan dulu. Biasanya hari pertama masuk tak dak lah officemate terus bagi kerja. Terkejut hang nanti. ^_< 
Kerjaya Pertama Nurrul
Apa job scope kerja sebagai seorang assistant HRA di London Biscuits Berhad ni? 
Job scope kerja mengenai worker's welfare dan kerja-kerja admin. tak sepenuhnya 8 jam duduk  menghadap laptop. Dalam seminggu mesti aku akan bawa worker untuk berurusan dengan bank etc dan ikut servis2 dalam office setiap department. Nak cerita dekat sini memang tak habislah. HAHA. Apa-apa pun kerja ni sama dengan tempat lama internship di top glove, Alhamdulillah jadi tak adalah merasa kekok malah sangat-sangat bersyukur kerja ini dekat dengan diri dan paling best dekat juga dengan family. :)
Cuma mula-mula tu aku macam takut2, bukan takut apa pun, untuk jawap call dan cakap dengan orang on call aje. HAHA. *That so funny maybe.. untuk orang "introvert" macam aku ni memang rasa susah mula-mula tuh.. Tapi lama-lama benda tu ok bila kita dah serasi dengan staffs dan suppliers. Yang aku tak awkward awal2 tuh adalah untuk membebel pada foreign workers aje.. HAHA... -_- Nasib lah awok2. 
Kerjaya Pertama Nurrul
inilah keadaan hari first masuk kerja, no choice. tetap kena jaga hygiene. :)
Kehidupan selepas tamat belajar degree ni memang lain, takkan sama dengan kehidupan seorang pelajar, jadi kepada awak-awak yang sedang belajar tu, just enjoy your life, enjoy2 juga tapi within your limit lah, jangan sampai pelajaran terabai. Ingat mak ayah dikampung tuh. Kepada yang start bekerja/lama bekerja tuh, selamat bekerja! Didoakan Allah permudahkan segala urusan kita seharian dan sentiasa diberkatiNya. Amin. 
Kalau nak tahu best ke tak best kerja dekat London Biscuits Berhad ni, benefit company ni try lah apply diri anda di sini. Rasai sendiri sebab lain orang lain pengalamannya, takkan sesekali sama. Alhamdulillah dalam officemate yang awesome semuanya. Sempoi2 saja. Keep climbing pelan-pelan dan juga Nurrul berharap akan terus konsisten dalam dunia blogging.
Kehidupan seorang Pekerja


4 comments

  1. Bestnyaaa, murah rezeki awak Nurrul.

    ReplyDelete
  2. ramai sebenarnya graduan yang masih belum dapat kerja tapi bukan sebab memilih kerja.. tapi masih adda suara2 sumbang yg kata graduan sekarang memilih kerja.. hmm.. sakit hati kan? hehehe

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah rezeki terus dapat kerja. kerja baik2 na =D

    ReplyDelete
  4. assalam. saya nak tanya bagaimana proses temuduga itu ya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan