KLIA & KLIA 2 Apa Aje Ada??

Assalamualaikum dan Hi semua,

KLIA dan KLIA2 merupakan antara lapangan terbang yang terpenting di Malaysia. Ia diselenggara oleh Malaysia Airport Holdings Berhad. Terdapat pelbagai penerbangan yang berpusat di sini baik domestik mahupun antarabangsa. Kedua-dua lapangan terbang ini adalah sangat mesra pengguna. Hal ini kerana terdapat pelbagai jenis kemudahan dan servis yang disediakan bagi memudahkan urusan para pengguna.

Jom baca info dibawah apa kemudahan yang diberikan ;-

Kemudahan Asas
Terdapat pelbagai kemudahan asas yang disediakan di kedua-dua lapangan terbang ini. Dan ia sangat mudah diekses oleh para pengguna.
  1. Restoran –  Terdapat pelbagai jenis restoran yang ada di sini. Pusing kiri kanan saja dah jumpa. Kalau korunk  dah check in dan berasa lapar bolehlah makan dulu, beberapa jenis restoran juga ada disediakan di balai perlepasan.
  2. Tandas – Tidak susah untuk mencari tandas di kedua-dua lapangan terbang ini termasuklah di balai perlepasan. 
  3. ATM – Beberapa jenis mesin ATM disediakan di lapangan terbang ini. Sekiranya tidak jumpa, boleh saja anda tanya dengan kaunter khidmat pelanggan.
  4. Surau – Bagi Muslim, surau penting untuk menunaikan kewajipan. Ia juga disediakan di ruang balai perlepasan. Jadi pengguna boleh solat sebelum menaiki flight walaupun sudah check in. 
  5. Bilik Bayi – Untuk ibu-ibu yang menyusukan anak dan mahu menukarkan lampin anak, bilik bayi juga disediakan bagi memberi keselesaan untuk ibu dan anak.

Airport Transfer Servis
Jika korunk memilih untuk tidak parking kereta disini, beberapa servis ditawarkan oleh KLIA untuk memudahkan pergerakkan ke lapangan terbang. 
  1. KLIA Express dan KLIA Transit – Kedua-duannya ini mempunyai laluan yang sama Yang membezakannya ialah KLIA Transit akan berhenti di beberapa tempat. Terdapat beberapa KLIA Express promo deals yang korunk boleh dapatkan selain daripada membelinya di kaunter. Harga tiket yang lebih murah korunk boleh dapat sekiranya korunk beli melalui Trevaloka.  
  2. Airport Taxi – KLIA juga menyediakan airport taxi sebagai transport to KLIA. Ianya sangat sesuai buat mereka yang berjalan dalam kumpulan ramai dan masa ketibaan atau perlepasan luar daripada masa servis KLIA Express.
  3. Bas – KLIA juga ada menyediakan beberapa servis bas yang direct ke KLIA. Ia sangat sesuai untuk mereka yang nak ke lapangan terbang dengan kos yang paling murah.
Ruangan Menunggu
Di KLIA dan KLIA2, ruang menunggu terlalu banyak. Jadi tidak risaulah untuk berehat sementara menunggu masa untuk check in. Airport wifi juga disediakan yang membolehkan pengguna untuk mengakses internet dengan mudah dan percuma.

Hotel
Terdapat beberapa hotel yang berdekatan dengan kedua-dua lapangan terbang ini. Jadi sekiranya ada penerbangan yang memerlukan transit yang agak lama, pelanggan boleh memilih hotel-hotel ini sebagai tempat untuk beristirehat sementara menunggu flight yang seterusnya. Antara hotelnya adalah :
  • Tune Hotel
  • Sama-sama Hotel
  • Sama-sama Express Hotel di KLIA2
Kiosk Tiket
Ia terdapat di ruang balai perlepasan bagi memudahkan pelanggan untuk print tiket penerbangan mereka sendiri. Hal ini dapat menjimatkan masa mereka daripada beratur panjang di kaunter tiket. Kiosk-kiosk ini sangat banyak dan sangat mudah digunakan. Sekiranya pelanggan tidak pernah menggunakannya, mereka boleh meminta bantuan daripada staff yang berdekatan dengan mereka.

Self Check-In
Apabila wujudnya self-check in Luggage ni, perlanggan tidak perlu lagi beratur lama dengan kaunter yang buka hanya 2 atau 3 untuk check in luggage mereka. Staff yang bertugas akan berada berdekatan untuk membantu pelanggan-pelanggan yang memerlukan.

Kedai Serbaneka
Terdapat beberapa kedai serbaneka yang disediakan di KLIA dan KLIA2. Ia sangat memudahkan pelanggan yang ingin mendapatkan makanan ringan dan sebagainya sementara menunggu. Kedai Serbaneka ini juga ada terdapat di dalam ruang balai berlepas.
KLIA dan KLIA2 sangatlah selesa dariapada pelbagai aspek. Selain daripada kemudahan yang disenaraikan di atas, ia juga sangat mesra kepada OKU dan warga emas kerana perkhidmatan buggy servis disediakan di balai berlepas dan balai ketibaan. Bagi mereka yang merokok juga, kedua-dua lapangan terbang ini menyediakan ruangan khas untuk digunakan. Sekiranya, ada masalah yang berlaku, staff-staff di sini akan sedia membantu kita nanti. Jadi jangan malu bertanya ya sebab malu bertanya sesat jalan.




TIPS | Chicken Pox & Aku

Assalamualaikum dan Hi Semua,

Hello to September!
Mc Chicken Pox
Dapat Mc 3 hari awal-awal tuh. Lepas 3 hari masih berair, so kita pergi klinik kerajaan. Dapatlah lagi additional 5 hari untuk rawatan chicken pox. Tapi bukan senang-senang terus dapat 5 hari taw. Dr akan check SELURUH anggota badan yang ada chicken poc tuh dulu. >_<
Starting Sept with a shocking news! Btw, Selamat Hari Kebangsaan dan Salam Maal Hijrah. Malam ambang kemerdekaan tu aku ada join Merdeka Night Run dengan classmate batch 95 anjuran KEJORA dekat Tg.Balau. Sambutan amacam? Krik krik krik. Lepas tu balik lah kan tidur. Esoknya badan aku panas. Ahh sudah domam den nih, kena selama 2 hari tu. Meriah kan sakit waktu cuti yg sangat function macam tu. Yang lain macam demamnya tuh dengan otot-otot badan kaki aku sama2 sakit. (tak expect mana lah mcm ni kita assume standard lah sakit lepas lari). Ahad malam, perasan ada macam jerawat muncul dekat belakang badan. Tangan aku jenis  mcm tak boleh nak picit jerawat, then selamba aje lah picit kan. Kilikiki
Pagi Isnin tu, aku siaplah nak pergi kerja macam biasa. Sekali macam perasan ada bintik-bintik macam ruam kecik dekat muka aku ni. Rasa biasa lagi kita ingat dia jerawat. Eh perasan plak ada dekatt tangan. Aku dah start rasa lain. Masih teruskan perjalanan ke opis . (Masa nih dah start merenyam gatal).  Dalam pukul 10pagi aku keluar opis dan pergi klinik panel. After consult, Dr diagnose - CHICKEN POX!!! Serta merta dapat mc 3 hari dan Dr suruh duduk umah kuarentin. Hoho. Sebelum balik tu beli barang2 keperluan untuk merawat chicken pox.

Ciri-ciri chicken pox
Gejala yang menunjukkan anda terkena chciken pox. 
Okey , here some tips Penjagaan Semasa Chicken Pox yang Nurrul buat sepanjang kena kuarentin tuh : 

1. SAPU UBAT 
Biasa lepas saja dari klinik Dr akan bagi ubat tahan gatal, paracentamol, ubat antiviral dan calamine. Boleh cuba perubatan moden sebab ini benda pertama yang anda akan dapat dari Dr. If nak cuba perubatan tradisional sambung bacaan anda ke isi seterusnya.

2. AIR KELAPA PURE
Instead makan ubat yang doktor bagi tu, boleh cuba air kelapa. Khasiat air kelapa memang tak ada tandingannya, natural remedies untuk kebanyakan penyakit terutama panas badan dan demam. Air kelapa ni orang kata boleh buat semua virus-virus chicken pox ni keluar dengan lebih cepat.

3. KERAPKAN MANDI 
Mandi tanpa mengunakan bahan kimia seperti syampoo or sabun. Untuk elakkan badan rasa belengas, boleh jaa mandi dengan air suam yang ada perahan lemon/limau nipis/limau kasturi. Lepastu, kulit limau tu, boleh pelan-pelan gosok dekat badan or tempat yg ada cacar air tu. (Masa ni jelah boleh garu, yang penting bukan guna kuku yar)

4. MINUM AIR YANG BANYAK
Air, air dan air lagi. Kenapa? Kerapkan minum air untuk kurangkan panas dalam badan kita dan dehidrasi. Tak apa lah kalau kerap ke toilet, yang penting kena pastikan badan kita kurang panas. Ingat, badan yang panas adalah pemangkin kepada penambahan cacar air dianggota badan kita. Kalau jaga yg ini, In Sha Allah, kurang yang timbul. 
Ini antara barang-barang yang boleh ada untuk rawat semasa chicken pox. :)

5. COOLING POWDER SNAKE BRAND
Bedak ini popular jenamanya dekat Thailand. Bedak ini sangat sejuk dan boleh hilangkan sikit gatal pada badan.  Mana nak dapatkan bedak cooling Snake Brand ni ? Boleh dapatkannya di My Pharmacy (Besaq camni dalam RM11. Nurrul beli dekat situ lepas jek Dr Diagnose ada chicken pox, itu pun atas saranan officemate.

6. DAUD SEMAMBU / NEEM LEAF
Daun semambu ini khasiatnya sangat banyak dan top list bila dengan chicken pox. Antaranya boleh menghilangkan kegatalan, mempercepatkan luka untuk kering, mencegah jerawat dan boleh menghilangkan parut. Mana nak dapat daun ini ? Kalau ada jiran Indian, mesti akan tanam tumbuhan ini. Jika susah nak cari, beli saja online. Nurrul beli dekat Shoppee yang serbuk 250g RM42. Hihi. Lagi mudah, sebab kalau cari daun pun mesti nak kena tumbuk dulu. 
Cara pemakaiannya mudah, sapukan daun semambu yang ditumbuk/serbuk yang dibancuh dengan air suam ke atas cacar air yang timbul. Kalau nak lomo satu badan pun boleh, sebab daun ini sangat tidak berbahaya. Biarkan hingga kering dan bilas. Baunya sedap ajee, yelah bau daun. Boleh lakukan sekerap yang mungkin. Kalau pure daun semambu tu boleh juga anda buat mandi dengan air suam. Di Samping itu, boleh lapikkan daun semambu diatas kain batik semasa tidur. Comfirm tak merenyam badan tuh. :P
7. BERAS
Kalau susah nak jumpa daun semambu juga. Boleh gunakan beras yang ada dekat dapur tu. Anda hancurkan lumat-lumat. Skrub badan dengan beras, sapu dan ratakan ke seluruh badan. Biarkan sampai kering. Guna untuk semasa mandi pun boleh, leasptu bilas degan air suam. Beras juga khasiatnya bagus dimana fungsinya dapat mengeringkan luka, menghilangkan parut. Bila lepas mandi nanti, anda akan rasa kulit tuh lembut aja bak kulit bayi. Tapi kena buat kerap kali lah. Yes, beauty is priceless.

8. SABAR
Ini tips paling penting diantara semua tips diatas. Hanya yang mengalami sahaja yang tahu betapa gatalnya dia punya miang tuh. Sampai satu tahap tuh, korunk bukan garu pun, just tersentuhkan kulit ke kulit pun dia punya magnet gatal tuh, Pherrghhh!! Memang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Jadi banyakanlah bersabar. Kalau nak garu tuh fikir lah 2 3 4 kali. Sama ada nak cepat rebakkan lagi cacar air itu atau bersabar.  JANGAN GARU / PECAHKAN AIR CACAR. Nanti lukanya macam kawah bulan, buruk satu badan berparut

Muka Sebelum (pink) dan Selepas(Merah) tenyeh dengan daun semambu/beras. Masa apply tuh memang adik-beradik tengok,"Eh, mak kau muka hijau! "Macam Hulk dah aku tengok" dll. Tapi percayalah hasilnya sangat puas hati. Sampai pergi kerja pun staff semua tegur, eh macam tak kena chicken pox aje, elok aje muka. Kalau aku tunjuk, haaa baru taw. :P
9. PANTANG MAKAN
Orang banyak pesan pantang makan makanan yang boleh membawa kepada kegatalan seperti ayam, seafood. Selain itu, tahan dari makan kicap sebab kicap boleh membuatkan luka anda menjadi hitam seterusnya membuatkan anggota badan yang terjangkiti kelihatan jelek. (Yang ini aje aku langgar sikit, kecuali yang kicap tuh. Lain aku bedal :P )

So, harap sedikit sebanyak info dan tips ini boleh diguna pakai untuk hangpa yang belum pernah kena chicken pox. Oh ya, orang kata chicken pox ni kena seumur hidup sekali saja. Alhamdulillah lah kena sebelum majlis or kahwin nih. Kalau tak bahaya. Malu pun hado. -_-

CHICKEN POX DAN RAWATANNYA