KLIA & KLIA 2 Apa Aje Ada??

Assalamualaikum dan Hi semua,

KLIA dan KLIA2 merupakan antara lapangan terbang yang terpenting di Malaysia. Ia diselenggara oleh Malaysia Airport Holdings Berhad. Terdapat pelbagai penerbangan yang berpusat di sini baik domestik mahupun antarabangsa. Kedua-dua lapangan terbang ini adalah sangat mesra pengguna. Hal ini kerana terdapat pelbagai jenis kemudahan dan servis yang disediakan bagi memudahkan urusan para pengguna.

Jom baca info dibawah apa kemudahan yang diberikan ;-

Kemudahan Asas
Terdapat pelbagai kemudahan asas yang disediakan di kedua-dua lapangan terbang ini. Dan ia sangat mudah diekses oleh para pengguna.
  1. Restoran –  Terdapat pelbagai jenis restoran yang ada di sini. Pusing kiri kanan saja dah jumpa. Kalau korunk  dah check in dan berasa lapar bolehlah makan dulu, beberapa jenis restoran juga ada disediakan di balai perlepasan.
  2. Tandas – Tidak susah untuk mencari tandas di kedua-dua lapangan terbang ini termasuklah di balai perlepasan. 
  3. ATM – Beberapa jenis mesin ATM disediakan di lapangan terbang ini. Sekiranya tidak jumpa, boleh saja anda tanya dengan kaunter khidmat pelanggan.
  4. Surau – Bagi Muslim, surau penting untuk menunaikan kewajipan. Ia juga disediakan di ruang balai perlepasan. Jadi pengguna boleh solat sebelum menaiki flight walaupun sudah check in. 
  5. Bilik Bayi – Untuk ibu-ibu yang menyusukan anak dan mahu menukarkan lampin anak, bilik bayi juga disediakan bagi memberi keselesaan untuk ibu dan anak.

Airport Transfer Servis
Jika korunk memilih untuk tidak parking kereta disini, beberapa servis ditawarkan oleh KLIA untuk memudahkan pergerakkan ke lapangan terbang. 
  1. KLIA Express dan KLIA Transit – Kedua-duannya ini mempunyai laluan yang sama Yang membezakannya ialah KLIA Transit akan berhenti di beberapa tempat. Terdapat beberapa KLIA Express promo deals yang korunk boleh dapatkan selain daripada membelinya di kaunter. Harga tiket yang lebih murah korunk boleh dapat sekiranya korunk beli melalui Trevaloka.  
  2. Airport Taxi – KLIA juga menyediakan airport taxi sebagai transport to KLIA. Ianya sangat sesuai buat mereka yang berjalan dalam kumpulan ramai dan masa ketibaan atau perlepasan luar daripada masa servis KLIA Express.
  3. Bas – KLIA juga ada menyediakan beberapa servis bas yang direct ke KLIA. Ia sangat sesuai untuk mereka yang nak ke lapangan terbang dengan kos yang paling murah.
Ruangan Menunggu
Di KLIA dan KLIA2, ruang menunggu terlalu banyak. Jadi tidak risaulah untuk berehat sementara menunggu masa untuk check in. Airport wifi juga disediakan yang membolehkan pengguna untuk mengakses internet dengan mudah dan percuma.

Hotel
Terdapat beberapa hotel yang berdekatan dengan kedua-dua lapangan terbang ini. Jadi sekiranya ada penerbangan yang memerlukan transit yang agak lama, pelanggan boleh memilih hotel-hotel ini sebagai tempat untuk beristirehat sementara menunggu flight yang seterusnya. Antara hotelnya adalah :
  • Tune Hotel
  • Sama-sama Hotel
  • Sama-sama Express Hotel di KLIA2
Kiosk Tiket
Ia terdapat di ruang balai perlepasan bagi memudahkan pelanggan untuk print tiket penerbangan mereka sendiri. Hal ini dapat menjimatkan masa mereka daripada beratur panjang di kaunter tiket. Kiosk-kiosk ini sangat banyak dan sangat mudah digunakan. Sekiranya pelanggan tidak pernah menggunakannya, mereka boleh meminta bantuan daripada staff yang berdekatan dengan mereka.

Self Check-In
Apabila wujudnya self-check in Luggage ni, perlanggan tidak perlu lagi beratur lama dengan kaunter yang buka hanya 2 atau 3 untuk check in luggage mereka. Staff yang bertugas akan berada berdekatan untuk membantu pelanggan-pelanggan yang memerlukan.

Kedai Serbaneka
Terdapat beberapa kedai serbaneka yang disediakan di KLIA dan KLIA2. Ia sangat memudahkan pelanggan yang ingin mendapatkan makanan ringan dan sebagainya sementara menunggu. Kedai Serbaneka ini juga ada terdapat di dalam ruang balai berlepas.
KLIA dan KLIA2 sangatlah selesa dariapada pelbagai aspek. Selain daripada kemudahan yang disenaraikan di atas, ia juga sangat mesra kepada OKU dan warga emas kerana perkhidmatan buggy servis disediakan di balai berlepas dan balai ketibaan. Bagi mereka yang merokok juga, kedua-dua lapangan terbang ini menyediakan ruangan khas untuk digunakan. Sekiranya, ada masalah yang berlaku, staff-staff di sini akan sedia membantu kita nanti. Jadi jangan malu bertanya ya sebab malu bertanya sesat jalan.




No comments

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan