Assalamualaikum dan Hi Semua,
Hello to September!
Pagi Isnin tu, aku siaplah nak pergi kerja macam biasa. Sekali macam perasan ada bintik-bintik macam ruam kecik dekat muka aku ni. Rasa biasa lagi kita ingat dia jerawat. Eh perasan plak ada dekatt tangan. Aku dah start rasa lain. Masih teruskan perjalanan ke opis . (Masa nih dah start merenyam gatal). Dalam pukul 10pagi aku keluar opis dan pergi klinik panel. After consult, Dr diagnose - CHICKEN POX!!! Serta merta dapat mc 3 hari dan Dr suruh duduk umah kuarentin. Hoho. Sebelum balik tu beli barang2 keperluan untuk merawat chicken pox.
Gejala yang menunjukkan anda terkena chciken pox. |
Okey , here some tips Penjagaan Semasa Chicken Pox yang Nurrul buat sepanjang kena kuarentin tuh :
1. SAPU UBAT
Biasa lepas saja dari klinik Dr akan bagi ubat tahan gatal, paracentamol, ubat antiviral dan calamine. Boleh cuba perubatan moden sebab ini benda pertama yang anda akan dapat dari Dr. If nak cuba perubatan tradisional sambung bacaan anda ke isi seterusnya.
2. AIR KELAPA PURE
Instead makan ubat yang doktor bagi tu, boleh cuba air kelapa. Khasiat air kelapa memang tak ada tandingannya, natural remedies untuk kebanyakan penyakit terutama panas badan dan demam. Air kelapa ni orang kata boleh buat semua virus-virus chicken pox ni keluar dengan lebih cepat.
3. KERAPKAN MANDI
Mandi tanpa mengunakan bahan kimia seperti syampoo or sabun. Untuk elakkan badan rasa belengas, boleh jaa mandi dengan air suam yang ada perahan lemon/limau nipis/limau kasturi. Lepastu, kulit limau tu, boleh pelan-pelan gosok dekat badan or tempat yg ada cacar air tu. (Masa ni jelah boleh garu, yang penting bukan guna kuku yar)
4. MINUM AIR YANG BANYAK
Air, air dan air lagi. Kenapa? Kerapkan minum air untuk kurangkan panas dalam badan kita dan dehidrasi. Tak apa lah kalau kerap ke toilet, yang penting kena pastikan badan kita kurang panas. Ingat, badan yang panas adalah pemangkin kepada penambahan cacar air dianggota badan kita. Kalau jaga yg ini, In Sha Allah, kurang yang timbul.
Ini antara barang-barang yang boleh ada untuk rawat semasa chicken pox. :) |
5. COOLING POWDER SNAKE BRAND
Bedak ini popular jenamanya dekat Thailand. Bedak ini sangat sejuk dan boleh hilangkan sikit gatal pada badan. Mana nak dapatkan bedak cooling Snake Brand ni ? Boleh dapatkannya di My Pharmacy (Besaq camni dalam RM11. Nurrul beli dekat situ lepas jek Dr Diagnose ada chicken pox, itu pun atas saranan officemate.
6. DAUD SEMAMBU / NEEM LEAF
Daun semambu ini khasiatnya sangat banyak dan top list bila dengan chicken pox. Antaranya boleh menghilangkan kegatalan, mempercepatkan luka untuk kering, mencegah jerawat dan boleh menghilangkan parut. Mana nak dapat daun ini ? Kalau ada jiran Indian, mesti akan tanam tumbuhan ini. Jika susah nak cari, beli saja online. Nurrul beli dekat Shoppee yang serbuk 250g RM42. Hihi. Lagi mudah, sebab kalau cari daun pun mesti nak kena tumbuk dulu.
Cara pemakaiannya mudah, sapukan daun semambu yang ditumbuk/serbuk yang dibancuh dengan air suam ke atas cacar air yang timbul. Kalau nak lomo satu badan pun boleh, sebab daun ini sangat tidak berbahaya. Biarkan hingga kering dan bilas. Baunya sedap ajee, yelah bau daun. Boleh lakukan sekerap yang mungkin. Kalau pure daun semambu tu boleh juga anda buat mandi dengan air suam. Di Samping itu, boleh lapikkan daun semambu diatas kain batik semasa tidur. Comfirm tak merenyam badan tuh. :P
7. BERAS
Kalau susah nak jumpa daun semambu juga. Boleh gunakan beras yang ada dekat dapur tu. Anda hancurkan lumat-lumat. Skrub badan dengan beras, sapu dan ratakan ke seluruh badan. Biarkan sampai kering. Guna untuk semasa mandi pun boleh, leasptu bilas degan air suam. Beras juga khasiatnya bagus dimana fungsinya dapat mengeringkan luka, menghilangkan parut. Bila lepas mandi nanti, anda akan rasa kulit tuh lembut aja bak kulit bayi. Tapi kena buat kerap kali lah. Yes, beauty is priceless.
8. SABAR
Ini tips paling penting diantara semua tips diatas. Hanya yang mengalami sahaja yang tahu betapa gatalnya dia punya miang tuh. Sampai satu tahap tuh, korunk bukan garu pun, just tersentuhkan kulit ke kulit pun dia punya magnet gatal tuh, Pherrghhh!! Memang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Jadi banyakanlah bersabar. Kalau nak garu tuh fikir lah 2 3 4 kali. Sama ada nak cepat rebakkan lagi cacar air itu atau bersabar. JANGAN GARU / PECAHKAN AIR CACAR. Nanti lukanya macam kawah bulan, buruk satu badan berparut
Orang banyak pesan pantang makan makanan yang boleh membawa kepada kegatalan seperti ayam, seafood. Selain itu, tahan dari makan kicap sebab kicap boleh membuatkan luka anda menjadi hitam seterusnya membuatkan anggota badan yang terjangkiti kelihatan jelek. (Yang ini aje aku langgar sikit, kecuali yang kicap tuh. Lain aku bedal :P )
So, harap sedikit sebanyak info dan tips ini boleh diguna pakai untuk hangpa yang belum pernah kena chicken pox. Oh ya, orang kata chicken pox ni kena seumur hidup sekali saja. Alhamdulillah lah kena sebelum majlis or kahwin nih. Kalau tak bahaya. Malu pun hado. -_-
CHICKEN POX DAN RAWATANNYA
Sis mcmne rutin penjagaan after kne chickenpox? Sis pkai skincare mcm biasa ke?
ReplyDeleteLepas dah betul2 okey semua, dah kering betul2 boleh pakai skincare.
DeleteSy pakai air basuhan beras nak lagi cepat tanggal kulit kering tu. Then boleh proceed ikut rutin harian biasa utk skincare. :)
assalam. awak. daun semambu letak macam mana and bila? masa dah kering atau baru pecah?
ReplyDeleteWassalam Hye Awak. Boleh letak masa baru lepas pecah. cuma pedih lah sikit tahan aje. tapi lama2 daun semambu tu akan keringkan luka chicken pox tu ada.
DeleteHi dear, nk tnya soalan ya. Air kelapa pure tu dear minum during chicken pox atau after chicken pox? Atau mandi air kelapa pure itu slpas chicken pox? Thank you.
ReplyDeleteSemasa kena, sebab masa kena badan memang akan rasa panas aje, so air kelapa bagus untuk sejukkan badan dan buang panas badan.
Delete