20 Tip Kulit cantik dan sihat


1 Segar ! mulakan pagimmu dengan sgelas jus buah-buahan segar ! pastikan setiap hari berlainan perisa.. nikmatilah... :)


2 Sayangi diri Elakkan daripada berada di ruang perokok. Adalah lebih baik habiskan masa bersama kawan-kawan yang gemarkan aktiviti riadah..

3 Enaknya Salad buah ! ciptakan salad buah-buahan serat dan punyai antioksida yang tinggi. Misalnya anggur, bluberries , Campurkannya dengan perahan madu atau lemon.. Enaknya !

4 Krim pelembap Setiap kali keluar rumah, jangan lupa oleskan wajah kamu dengan krim tabir suria dan pelembap ,Kulit kekal sihat dan sentiasa lembap !

5 Bersenam Jangan malas bersenam ! jika anda tidak mempunyai masa yang cukup , berjalan kaki dan turun naik tangga di pejabat dan merupakan salah satu senaman paling baik buat kamu.


6 Elakkan makan makanan yang sudah diperoses. Cuba makan makanan yang segar di dalam menu diet seimbang.


7 Spa Manjakan diri di spa ! Tubuh kamu akan terasa segar dan sihat !

8 Jemput teman-teman lepak kat rumah Hidangkan pelbagai jenis makanan sihat dan segar ... satu kelainan kan ?

9 Tinggalkan segala kotoran Hilangkan sel kulit mati dengan skrub. Lakukan seminggu sekali

10 Omega 3 makan dengan banyak misalnya ikan salmon. ia bukan sahaja menghalang sel kanser , bahkan menurunkan kadar obesiti badan

11 Rileks ! kamu stress ? ? rileks dan kawal tekanan kamu.. cara yang lebih baik dengan mendengar muzik atau tidur.

12 Lakukan Facial sendiri Tundukkan kepala pada permukaan besen yang telah diisi dalam air panas. Selepas itu, tutp kepala dan ruang udara dengan tuala. Akhir sekali lakukan urutan dan sapukan wajah kamu dengan krim malam

13 Minum Lebih banyak air ! Jika kulit wajah terasa kering , semburkan wajah kamu dengan facial spray .. segar kan...........

14 Bangun awal Lakukan stretching atau hadiri kelas yoga. Ia sedikit sebanyak dapat melancarkan perjalanan darah , kurangkan stress , dan membuatkan kamu terasa lebih yakin dan segar.

15 Bercutilah ! Berikan masa untuk bercuti. Tak kiralah seminggu , sebulan atau setahun sekali. Kamu akan rasa lebih yakin selepas bercuti.

16 Tak nak ! katakan tak nak pada rokok

17 Kurangkan garam makanan yang masin akan membuatkan wajah kamu sembap

18 Cuci wajah Setiap kali sebelum tidur , pastikan wajah kamu bersih daripada sebarang kotoran seperti debu dan sisa make up !

19 Buang toksin dalam badan Jika kamu tidak arif utuk lakukan sendiri , dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar.Badan terasa lebih sihat dan segar.

20 Kebiasaan untuk kulit kering ialah membersihkan wajah dengan cleansing milk , urutan lembut saat membersihkan dan sapuan krim pelembap. Pilih pembersih dengan pH balanced dan non detergent.Hindari menggunakan sabun saat membersihkan wajah, bukan sahaja kotoran dapat ditanggalkan , bahkan minyak yang semulajadi dapat melindungi kulit juga turut dibersihkan.



No comments

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan