Next Day | Kejohanan


Salam semua , okeyh hari ini 
aku nak sambung lagi catatan untuk Hari Kejohanan.. :)

28 / 03 / 2012 - RABU

Sesi 3
Okeyh , hari ini merupakan hari ke-2 dimana kejohanan Balapan dan Padang berlangsung.. Untuk hari pertama , sebanyak 9 emas berjaya dikumpulkan oleh atelit SMK Bandar Mas , 1 permulaan yang cukup baik ! :D
Event aku untuk hari ini ialah Lompat Jauh yang dilaksanakan pada pukul 8 pagi... Bagi acara lompat jauh , aku hanya mendapat tempat ke-4 memandangkan aku memang tiada langsung latihan bagi menjauhkan jarak lompatan... Aku agak kecewa kerana tidak dapat menyumbangkan pingat kepada team SMKBM ..

Sesi 4
Petang aku tak ada event , jadi aku selaku ketua untuk mengawasi perempuan 15 dan 13 .. Actually , tahun 2012 *tahun akhir aku* P under 13 banyak sangat songehhh dan sangat mengedik aje lebihh ! aku memang hangin betul hari ini.. cikgu dah pesan jangan beli makanan yang dijual , eehhh kali pertama aku biarkan .. kali kedua naik lemak pulak kau ekh ! Memang kena lah kan.. Sengal ! Tak disiplin langsung !
Pada hari kedua , sekelip mata saja SMK Adela mendahului pingat sebanyak 14 emas ! Hari ke-2 hanya penambahan pingat emas sebanyak dua sahaja !

29 / 03 / 2012 - KHAMIS

Sesi 5
yeahhh ! "  Walaupun terjatuh buat kal ke-7 , bangkitlah buat kali ke-8 ! " jadi aku bertekad untuk membalas balik apa yang telah terjadi semalam dengan acara lompat jauh aku ! Lompat Kijang merupakan acara favourite aku ! Hari ini penentunya.... Tapi sayang , * ankle *kaki aku dalam keadaan injured dan aku hanya mendapatkan tempat ke-2  *agak hampa tapi aku tahu Allah Maha Mengetahui apa yang tebaik untuk aku*
Buat kali pertamanya , aku berenang di dalam pasir sebanyak dua kali...
Memang terbaik ! apa boleh buat , dah ada teknik dan latihan.. memang salah step lah....
Yang aku lagi geram bila seorang cikgu dari SMK------- ,
  jatuhkan semangat aku ! eeiishhh ! aku gagahkan lagi diri aku untuk
 melompat walaupun dalam keadaan cedera.. :/

30 / 03 / 2012 - JUMAAT

Sesi  7
Hari ini bertambah sikit bilangan atelit Bandar Mas , kerana hari ini acara relay 4x100m berlangsung...
Untuk acara relay 4x100m P18 terdiri daripada aku , tieot , Azura dan Ummi .. Alhamdulillah semasa saringan tiada halangan dan pembatalan botton yang dilakukan.. dan kami layak ke final...

Sesi 8
Acara 4x100m Final hanya mendapat tempat naib johan .. aku agak sedih kerana sekrang kedudukan pingat Adela masih lagi mendahului ...
*dalam hati berkata : 
" tak mungkin sekolah aku dapat kekalkan kejuaraan yang kami kecapi tahun lepas 2011 , " :(

31 / 03 / 2012 - SABTU


Sesi 9
Hari terakhir untuk kejohanan dah sampai penghujungnya ! aragghhh ! terasa begitu pantas masa berlalu... Acara last untuk aku sumbangkan emas hari ini ialah 4x400m ! yang berlari untuk acara ini adalah aku , Faezah , Ummi dan Priya.... *actually aku nak pecahkan rekod 4x400m ini tapi tidak kesampaian kerana tieot tidak dapat berlari kerana kakinya yang sakit : / * Kami semua memang berdoa sangat-sangat supaya acara ini tidak memerlukan acara saringan dan terus ke final..*
Kalau ada saringan , naik penat dan kerassss 
juga nak lari 4x2 pagi dan petang... hahaha
ada siapa-siapa yang sanggup * tapi kalau terpaksa , redah juga ! *
Sesi 10
Alhamdulillah , doa kami termakbul , acara 4x400m terus dibawa ke final , debaran telah bermula ! Susunan pelari telah diaturkan dan alhamdulillah kami menerima pingat emas untuk acara ini.. Apa yang pasti sepanjang acara ini berlangsung aku hanya memohon dan memanjatkan doa ..

 Aku pelari pertama dan tugas aku adalah menjarakkan sejauh mungkin dengan pelari yang berlari bersama aku... Aku meninggalkan sejauh 100m dan disambung lagi oleh Faezah dengan menambahkan jarak sebanyak 50m ... Kini , pass botton kepada Ummi... Ummi tidak pernah bermain untuk 400m , aku amat takut tapi aku yakin yang Ummi boleh maintain lariannya.. Seterusnya Priya berjaya menamatan larian dengan baik , kami menang ! ,
*aku menangis di tengah-tengah padang kerana bersyukur
 kerana aku dapat menyumbangkan pingat emas untuk yang terakhir kalinya , 
SMK Bandar Mas dalam ingatan *


acara penutupan Kejohanan -,-

aku dinobatkan sebagai Peserta Terbaik P18 2012
dengan kutipan pingat 
2 emas 2 perak dan 1 rekod baru kejohanan
Aku pasti akan merindui suasana ini , 
aku sayang dengan semua kenangan ini...

dan Terima kasih kepada semua yang support aku ,
Terutama jurulatih-jurulatih yang tidak jemu melatih aku..
Cikgu Azwan , Terima Kasih Cikgu ! :D



6 comments

  1. wahhh... atlet.. congrats sis.. gud luck SPM.. :)

    ReplyDelete
  2. @farah.fauzi thanks Sis ! :) hurmm , memang takut :/ be prepare..

    *sekrang warm up study setelah berminggu cooling down *

    ReplyDelete
  3. tahniah syg peserta terbaik tuu.. tpi ingt akademik jugak taw.. nanti straight's A taw.. :)

    eh btw apa mksud blog kak ara sama hebat tuu.. blog akak mane ada pape :)

    ReplyDelete
  4. rindu lak zaman skolah dulu join benda2 gini.sama la acara kita yang lompat2 tu tapi saya tak lari 100m.saya masuk 400m je.hehehe

    ReplyDelete
  5. @aReLaN hehehe , itu pun tulun support runner aje.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan