Masalah bertangguh atau dalam Bahasa Inggerisnya 'procastination' merupakan satu ancaman kronik bagi ramai umat Islam di Malaysia mahupun seluruh dunia.
Oleh kerana terbiasa dengan sikap bertangguh, sesuatu matlamat atau tujuan itu sukar untuk direalisasikan dengan sempurna dan cemerlang.
Berikut kongsikan tips untuk mengatasi masalah ini :1. Kenal pasti sebab penangguhan sesuatu tugasan
Tanya kepada diri anda, adakah anda takut akan gagal dalam tugasan tersebut? Ataupun, anda seorang yang mementingkan kesempurnaan yang hanya akan memulakan kerja setelah semuanya selesai? Ataupun anda seorang yang mudah terganggu dan tidak fokus dalam melangsaikan sesuatu tugasan?
2. Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang lebih kecil
Satu tips motivasi pernah dikongsikan, untuk makan seeokor gajah, caranya adalah dengan memotong daging gajah itu kepada ketulan kecil daging.
3. Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda
Cuba berikan tarikh dan masa untuk sesebuah tugasan. Contohnya, anda meletakkan matlamat untuk menghabiskan membaca sebuah buku dalam masa 1 minggu.
4. Bekerja dalam blok masa yang kecil tetapi kerap daripada bekerja dalam satu blok yang mengambil masa yang panjang
Contohnya apabila belajar, rehatlah sebentar selama 10 minit untuk setiap 1 jam atau 30 minit setelah belajar selama 2 jam.
5. Mulakan dengan tugasan yang mudah dulu
Ini bertujuan untuk memberi momentum kepada anda untuk bergerak. Hal lain seterusnya akan menjadi mudah kerana momentum yang sedia ada.
6. Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar
Ini bercanggah dengan tips 6. Manfaat tips ini adalah untuk memberikan psikologi kelegaan kepada anda. Selepas anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda akan merasa sangat selesa kerana merasakan sebuah beban telah berjaya dialih. Tips ini memberi kepuasan kepada diri.
7. Memberitahu orang lain tentang tugasan anda
Contohnya, anda memberitahu kepada orang lain bahawa anda akan menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda untuk melunaskan tugasan tersebut.
8. Elakkan berada di tempat yang mampu mengganggu anda
Contohnya anda boleh memilih untuk belajar di perpustakaan atau tempat lain yang lebih sunyi jika anda bimbang anda akan leka dengan internet.
Ingat ! Menangguhkan sesuatu kerja adalah"pencuri masa yang sangat berbahaya !"gunakanlah masa yang seadaanya dengan baik ! :)kerana masa itu emas , dan jangan menyesal dikemudia hari ..Mari kita sama-sama membunuh penyakit suka menagguh !Bebaskan dirimu ! :D
Nice tipsss
ReplyDeleteakak slalu tgguh2 keje ni.. kena cuba ikut tips2 ni :)
ReplyDelete@shiema sufian hehe , tengah mencuba juga sebenarnya :P
ReplyDelete@aRa ❤ aFiq™ semoga kita semua dapat merawat diri dri penyakit ini :)
ReplyDeletebagus betul tips2 tu.hohoho...memang bahaya kalau suka bertangguh ni.makin bertimbun keje jadinya.
ReplyDeletedushh!! terasa....sayalah procrastinator terhebat -,-
ReplyDelete@aReLaN Yup ! sgt betul tuh ! 100% untuk abg arelan...
ReplyDelete*law kerja dah bertimbun , lama2 diri yg tension.. -berckp melalui pengalaman.. huhu-
@siti khadijah hehehe , takpe2.. mari kita ubah dan buang jauh2 sikap ini ! :)
ReplyDeleteheee thankss 4 the tips..
ReplyDeletesll gak tangguh kerja y rs mcm xpnting..ngeee
tips yg bgus...first time singgh sini..done follow you..follow me back..ok..hehe..blog yg bagus n byk info..
ReplyDeletejjmputlah dtg slalu blog sy......
petua berguna utk mengubati penyakit tangguh!.. angkat ibu jari kat nurrul =D
ReplyDeletebagus nih...kak nad suka tangguh2 kerja..:D
ReplyDeletemmg x di nafikan la..aku suka buat kerja yg tertangguh-tangguh..tapi xpe..ak akan cuba guna tips ni hehe
ReplyDelete