8 cara Mencintai Rasulullah



Biodata Nabi Muhammad SAW

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin
‘Abdul Muttalib bin Hashim

2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12
Rabiulawal / 20 April 571M
(dikenali sebagai tahun gajah; sempena
peristiwa tentera bergajah Abrahah
yangmenyerang kota Mekah)

3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib,
Makkah Al-Mukarramah

4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul
Muttalib bin Hashim

5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin
‘Abdul Manaf

6. Pengasuh pertama: Barakah Al-
Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman.
Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba
perempuan Abu Lahab)

8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu
Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah
As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu
Kabsyah)


Ada 8 cara untuk mencintai Nabi.

1. Mengenal Nabi
Mengenal Nabi adalah dengan banyak membaca sirah perjalanan hidupnya yang tersurat dan tersirat. Kita pelajari bagaimana hidup Nabi dan kita akan temui kehidupan yang cukup luar biasa untuk dicontohi

2. Berselawat ke atas Nabi
Selalu berselawat ke atas Nabi dan memberikan kesejahteraan kepadanya
Dengan berselawat kita akan selalu mengingati Nabi dengan banyak menyebut mengenai Nabi akan melahirkan cinta pada Nabi

3. Mengikuti sunnah dan cara hidupnya
Kita ikut cara hidup Nabi dalam bentuk dirinya, cara hidup Nabi dalam keluarga, cara hidup Nabi dalam masyarakat, sunnah Nabi dalam bentuk kenegaraan dan sampai kepada Ummah sekeliannya

4. Membuat amalan disukai Nabi
Antara perkara yang Nabi suka ialah:-
  • menjaga, memelihara dan meraikan anak yatim
  • memberi makan orang yang susah
  • membantu orang kesempitan
  • menyampaikan hajat muslimin
  • menasihati orang yang lupa
5. Menghindari perkara yang Nabi benci
Antara perkara yang Nabi benci ialah:-
  • syirik
  • Menentang sunnahnya
  • berbohong di atas namanya
6. Menyampaikan dari Nabi kepada orang lain.
Kita menyampaikan apa yang disampaikan oleh Nabi pada orang lain. Ia disebut sebagai berpesan-pesan sesama muslim.

7. Mendampingi penggantinya
  • mendampingi alim ulama
  • mendampingi para Daie (para pendakwah)

8. Berdoa
Mendoakan Nabi, ahli keluarga dan sahabatnya. Berdoa supaya kita direzkikan mencintai Allah dan Rasulnya

Inilah lapan cara bagaimana ingin mencintai Nabi. Orang yang mencintai Nabi adalah orang yang layak mendapat syafaat dari baginda. Semoga Allah memberi kepada saya dan pembaca sekelian anugerah mencintai Nabi. Kerana sesungguhnya, tidak semua orang mendapat anugerah ini.

Salam Maulidru Rasul untuk semua, semoga sentiasa mengingati Allah dan Rasulnya, amin…

SUMBER / DIPETIK DARI : Blog Ustaz Amin

Nabi Muhammad merupakan idola yang wajib kita contohi.. Mengingatinya dan selalu berselawat padanya akan dapat menambahkan rasa kasih sayang kita kepadanya... Salam Maulidur Rasul..


6 comments

  1. nice sharing dear..:) salam maulidur rasull.sama2 kte berusaha memperingati segala perjuangan baginda..:)

    ReplyDelete
  2. thanks. . titip salam bwa nabi muhammad :D

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing this.. very helpfull for learn more. good job :)

    ReplyDelete
  4. Salam.info yg baik dan amat bermanfaat.Alhamdulillah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan