Balapan dan Padang UiTM 2013


Benda ini semua adalah benda yang tak dijangka aku akan sertainya.. Ini semua terjadi bila kak Atul mengajak aku untuk join acara yang dipertandingkan di balapan dan badang UiTM 2013 bertempat di Track UiTM Shah Alam pada 22-24 hb 11 2013 yang lalu.. Memandangkan aku duduk selepas habis KARISMA untuk menghabiskan cuti sem di rumah dengan hanya goyang kaki dan kebosanan melanda. Aku pun join.. :')
Terima kasih yang tak terhingga kepada Cikgu Azwan kerana sudi mengajar dan melatih aku selama seminggu, even aku bukan lagi atlit sekolah dia masih sudi untuk melatih aku.. Terima kasih sangat-sangat.. Latihan yang diberikan aku sama cuma bezanya adalah tempat latihan , aku buat drill atas bukit yang curam , 3 set setiap drills. :D  Pada mulanya ianya sangat memenatkan bagi aku , hari kedua aja aku dah muntah banyak... HAHA . Selepas itu badan aku terus jadi ringan.

Acara yang aku join macam biasalah 400m , 200m 4x100m . Tapi hanya 400m sahaja yang mendapat pingat gangsa , 2 acara lagi tuh sampai ke final cuma dapat nombor lebih  dari 3 ke atas.. 
semasa menunggu untuk dikalungkan pingat :')
Pround to be myself sebab dapat tempat ke3 dalam keadaan demam :') dan dapat bersama-sama dengan splinter yang memang tiap-tiap tahun Johan 
After semuanya berakhir , my brother Hazazie yang kerja dekat KL datang ke Shah Alam. Paling bertuah buat diri aku ketika itu adalah abang Aca baru lepas dapat gaji, jadi macam-macam lah dia belanja aku sepanjang satu hari selepas aku menghabiskan acara larian terakhir aku. Masa itu Abang Aca kenalkan aku dengan gf dia namanya Kak Hanisah yang bekerja sebumbung dengan dia. 

Kami pergi makan tengah hari, main bowling dan main kayak di Tasik Shah Alam. Masa nak berkayak tuh, Kami hanya bertiga sahaja . Aku kena ada lagi seorang untuk main kayak. Jadi aku ajak kawan aku yang memang tengah belajar dekat situh as kami dah lama tak jumpa, kawan lama dari sekolah rendah, Syahmi. Budak ini memang suka sangat kalau diajak berjalan lagi-lagi dengan perkataan "belanja" . Laju terus setuju.. :P Hehe
Inilah kali pertama aku berkayak , sangat banyak pengalaman yang aku dapat. Masa awal-awal naik tuh aku tak pandai langsung nak padel , tapi Syahmi ajar. Truly , kami berdua sebenarnya baru kali pertama. So bedal aja lah janji kayak yer bergerak.. HAHAHA.. sangat kelakar masa tuh. Tapi dalam beberapa minit saja, kami berjaya mengawalnya dengan baik. Siap kami berlumba dengan abg Aca dan Kak Nisa lagi. Kami berdua pulak tuh yang menang :) hahaha.
Fuhh, serius , kayak ini sungguh memenatkan.. bukan kaki tapi tangan. Sebab nak lawan arah dengan air. tapi sangat menyeronokkan. Terima kasih Abg Aca yang sanggup belanja kami berdua tanpa keluarkan satu sen pun wang kami, hehee .. Terima kasih juga kepada Kak Nisa dan Syahmi sebab sudi sama-sama dengan aku menghabiskan masa seharian.. :D
Bila dapat berkayak lagi ??


No comments

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan