Sem 2

Selepas event Balapan dan padang UiTM 2013 semalam , kami budak olahraga balik dari Shah Alam pada esok harinya, kami sampai di kampus UiTM Segamat pada pukul 2.30 petang. Sampai saja di situh alu terus buat perdaftaran kolej. Dengan harapan dapat lah tukar bilik dari tingkat 3 tuh. Sangkaan aku salah, aku still duduk di tingkat atas dengan bilik yang sama dan seorang roommates yang sama.

Dengan keadaan yang masih penat , aku gagahkan diri aku unuk angkut semua barang-barang aku yang banyak satu per satu sampai ke tingkat 3... Ya Allah masa tuh hanya tuhan yang tahu betapa penatnya dan aku hanya berkata " tidak mengapa Hazieqah , ini semua adalah pengorbanan untuk kau belajar.. Belajar dan berjaya perlukan pengorbanan" Hanya kata-kata itu aku detikkan di hati tatkala diriku mahu berputus asa. Dengan kata-kata perangsang itu badanku , tangaku dan langkahku kembali bersemangat :) Alhamdulillah Allah permudahkan urusanku..

Sampai saja dalam bilik di kolej Baiduri B 333 , yeah , ada kelainan.. No more perabut kayu , katil kayu dan dapat meja belajar yang baru serta 2 orang roommates baru. :( . Pada awalnya aku tidak boleh menerima kehadiran semua ini yang serba baru..
Perabut warna terang biru dan merah ini buat bilik nampak kecik.
Meja belajar yang sebelum ini lagi besar dan mempunyai laci yang banyak , meja belajar baru tak ada laci :'(
Katil besi yang bila panjat ke atas , goyang-goyang naik seram aku, dulu kayu tak ada  bunyi apa-apa pun...
Lagi aku tersiksa batin aku , bila 2 roommates baru aku tuh merupakan komander yang tersesat. Kenapa aku cakap " Tersesat di wing B " sebab komander semua diletakkan di Wing C tingkat 2 dan 3. Ini semua sebab bilik yang mereka huni sebelum ini ada masalah.. Tapi kenapa bilik yang penghuninya aku ??

Bila Duduk dengan komander benda yang aku tak suka tentang mereka :

  • First  , aku kena terlibat sama dalam peraturan komander sedangkan aku bukan komander. 
  • Kedua, suka hati kau saja nak pakai kasut komander dalam bilik dan berjalan ke hulur hilir dalam bilik !!! Woyy , bilik tuh orang lain nak buat solat , kau fikir kasut kau dah cukup suci dari najis-najis ??? !!! 
  • Ketiga, bila diowng nak buat perjumpaan dalam bilik tuh lebih dari pukul 11.30 ke atas. Tak respect langsung dekat roommates yang lain. 
  • Keempat, suka hati mak bapak diowg aja nak buat hal apa dalam bilik tuh, mentang-mentang kau komander.

So aku nak cakap dekat sini, bila pelajar tak ada apa-apa duduk sebilik dengan komander NO PRIVACY !! Nak tak nak aku kena terima benda baru dan komander yang ada dalam bilik aku. Memang aku kena simpan saja lah sakit hati aku nie, tapi kadang-kadang aku akan cakap juga.. untuk kebaikan bersama. Sekarang apa yang penting,janji aku dapat belajar dengan nawaitu belajar kerana Allah.


1 comment

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan