Lepas dari balik dari Karisma hari tu... Aku dan kawan-kawan masa kecik-kecik , tak adalah kecik sangat macam umur 12 tahun gtuh.. buat reunion .... disebabkan kami bertiga terpisah dengan sekolah menengah yang lain-lain. Aku , Hani dan Fitriyah... dan ajak Najwa sekali untuk join.. Dalam masa yang sama aku rindu dengan spagethi goreng buatan Fitriyah.. Jadi mengambil dengan kesempatan itu... Aku request lah dekat dia....
Seronok dapat berkelah ala-ala tengah buat family gathering gtuh... Kami bahagikan tugas-tugas supaya senang dan jimat belanja sikit.. hehe >_< Hani bawa tikar dan minuman. Fitriyah bawa makanan.. Najwa bawa sudu , pinggang dan cawan dan aku cuma bawa diri aja... heheheeee tak lah mana boleh , aku bawa diri aku dan diri mereka-mereka .... :')
Lokasi kami tuju , macam biasa yang paling dekat dengan rumah kami adalah Tg.Balau Bandar Penawar.. Kami bertolak dalam pukul 10.30 pagi gtuh... Sampai-sampai saja jejak dekat pasir , kami pun tebar tikar dan duduk makan masakan Fiotriyah.. YUMMMYYY !!! bertambah-tambah aku makan.. haha
Selepas makan dan berborak panjang lebar mengenai pelajaran dan tempat baru yang kami belajar , aku mengajak mereka untuk turun jejak kan kaki dengan air laut... Pada awalnya kami semua tak mahu manid sebabnya kami ini takut. Mak Bapa kami pun pesan jangan cecah air laut di sini.. Maklumlah.. bahaya Tg. Balau nie.. tiap tahun telan manusia...
Pada masa yang sama , kami memikirkan satu cara bagaimana untuk simpan harta karun kami yang berharga kerana semua mahu basahkan badan.. Dengan kebijaksaan yang ada ketika itu.. Kami pun.... Jeng Jeng Jeng...
see ? beza tak beza tangan aku dengan tangan mereka ?? Da lah kurang cerah bertambah gelap masa Karisma hari itu. |
Mengorek pasir pantai yang berdekatan... HAHA ini semua idea Hani dengan Fitriyah !
Bertungkus lumus mengorek , hehee Aku , Fitiryah dan Najwa. |
Kemudian kami timbuskan semula pasir tuh... Haha |
Dengan lafaz " Bismilahi tawakaltu aalaw Allah " Kami pun mandi... Haha.. Agak-agak semua dah basah dah bosan dengan air tuh kami naik ...Biasalah bila dah main air , mesti lapar.. Lepas siap-siap salin pakaian kami ke MarryBrown Bandar Penawar dan mencekik !! Lepas mencekik mata semua dah penat dan kami pun pulang ke rumah...
Thanks korunk sebab dah hilangkan bosan aku untuk hari ini dan kita berjumpa balik setelah sekian lamanya.. Next times kita pergi lagi yer.. tapi tempat lain lah... Seronok sangat-sangat... Banyak benda lagi yang kita belum bualkan... Jumpa lagi.. :)
Best Friends Forever till Jannah
No comments
Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan