Bahaya Tidur Malam Keadaan Lampu Menyala

We Share Because We Care :') 
How about you ?


Arabic Video Sem 2

Last Assignment untuk Sem 2 di UiTM Segamat sebelum menjelang final exam sem 2. Jangka masa yang diberikan untuk task ini hanya 2 minggu.. Pening kepala... Nak buat skrip lagi, nak translate ke bahasa arab, lepas tuh yang paling makan masa yang sangat banyak ialah shooting ! 
Ya Allah, sepanjang 2 minggu tuh hanya Allah yang tahu betapa kami sekelas semua penat , bersekang mata sampai pukul 4pagi sepanjang seminggu untuk buat video ini.. Sangat mencabar untuk kali ini, kami tidak dibenarkan untuk shoot di tempat kawasan daerah Segamat. Kiranya kena keluar dari daerah itu..

Sebelum memulakan projek ini, banyak sangat masalah yang timbul, disebabkan beberapa hal kumpulan lama pada Sem 1 dibubarkan dan bertukar-tukar ahli. Alhamdulillah kumpulan baru yang terdiri daripada Ahmad Syazani (Ajaa), Azahari, Zalikha, Fatin dan Aku dapat bekerjasama dengan baik.  
Yang lagi seronok, kali ini aku edit blog tidak keseorangan.. Ada mereka semua yang menemani. Plus dapat bergerak bersama-sama Ajaa untuk siapkan sebuah video. Aku letak Subtitle , Ajaa dan lain-lain edit full video bersama-sama... Hari-hari kami tidur lambat. Alhamdulillah segalanya siap... Baru lah lega nak buat revision untuk final exam.. ^^
Terima kasih kepada semua yg terlibat dalam proses menyiapkan video arab ini secara langsung atau pun tidak ..  : * Shafiq Camie dan SyAzzan Jamaluddin . * Ahli-ahli kumpulan. Ahmad Syazani , Azahari , Fatin dan Zalikha. 
( Seronok sangat bekerja dengan korunk, terima kasih.. korunk memang best walaupun selalu ada dikalangan kita yg selalu kena jadi bahan oleh TUAN DIRECTOR 


Berkemah di Teluk Gorek Mersing

Perkhemahan Kokurikulum bagi Unit Penyelamat (KRU Bomba) UiTM Segamat untuk Sem 2. Perkhemahan di Teluk Gorek Mersing ini berlangsung selama 3 hari 2 malam.. Tapi disebabkan aku ada Mock Interview secara besar-besaran, jadi aku hanya berkesempatan untuk berkhemah selama 1 malam setengah hari... hoho.. Apa2 pun tetap enjoy ! Antara aktiviti yang dapat aku ikut malam kebudayaan dan jungle tracking.
 Abaikan muka aku dengan tudung sarung yg tak pernah aku pakai tuh...Ketinggian gunung 898 Kaki..
Bersama En. Khairi selaku jurulatih bomba kelas koko Sem 2 aku.. hehe Seronok kelakor dengan Encik. Encik Khairi banyak berkongsi pengalamannya semasa operasi menyelamatkan mangsa... Sangat menakjubkan dan sangat mulia pekerjaan bomba ini.. :) Respect ..

Kawan classmate yang sama-sama berada dalam kompeni bomba.. :")

Komander Haziqah , ( okey nama kami sama ejaan yang lain.. _Hazieqah_ haha) selaku ketua komponi bomba untuk sem 2.. Bergambar sambil menyatakan bahawa ini merupakan sem last kami berada di Kampus Segamat.

Renjer Hutan , En. Helmi (21 thn) berseblahan dengan Jurulatih company Bomba, En. Karuppanan.  _DI PUNCAK GUNUNG_
 Apa2 pun perkhemahan ini sungguh menyeronokkan, walaupun tak dapat sepenuhnya ikut aktiviti yang telah diaturkan oleh barisan-barisan komander Bomba..  Terima kasih kepada Jururlatih kompeni Bomba dan barisan-barisan kompeni bomba yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan sabar dengan telatah kami...
Sem depan kena cari rakan-rakan baru yang sama dalam kompeni bomba.. Apakah nasib aku di kampus baru ???  Huiiishhh.. Semoga semuanya baik-baik sahaja.. :)


Sport Days

Last minute decision untuk join Sport Day dalam permainan bola baling anjuran D'trans Society. Dengan mencari ahli-ahli secara rawak, tanya aja lah dekat wing B tingkat 3 ni siapa yang nak join.. Nasib baik cukup-cukup ahlinya..hehe dapat juga aku lepaskan rindu untuk bermain bola baling suka-suka..
Terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan BB3 !! Kak Fiqa, Linda, Salbiah, Awin, Kak Fatin, Mun dan Kak Fiq .... Anyway walaupun kami hanya baru berkenalan semasa permainan ini berlangsung tetapi kami rasa macam dah kenal satu sama lain dengan begitu mesra..
Ada yang bertanya apa maksud BB3 ?? hehe itu nama kumpulan ideanya gila-gila datang dari aku... Sebab kami semua tak sempat nak memerah otak nak beri nama kumpulan.. aku dengan sewelnya letak BB3 yang membawa maksud " Wing B Kolej Baiduri Tingkat 3 " Hehe.. >__<
 Alhamdulillah.. Dapat tempat kedua dengan hadiah wang berserta sijil... Terima kasih kawan... Seronok bermain pada hari ini.. walaupun kepenatan at least kita dapat bina ukhwah sesama kita dan dengan cara ini kita dapat mengenali mereka-mereka daripada course yang lain.. :")