Sewaktu aku dibangku
sekolah dulu, awal-awal masuk dalam arena sport, berlari dan buat fitness hanya
dengan berkaki ayam atau membedal kasut sekolah. Lepas itu, mengadu dengan
coach, “Sir, Kaki saya sakit sebab training ni”, sambil kaki jalan
terencut-encut. Ringkas saja jawapan Coach aku “You need a proper sport/training/jogging shoes”. Lepas kejadian
itu, baru aku dapat sepasang training shoes.
Pentingkah memilih jenis kasut training/aktiviti lasak ? ?
Jawapannya adalah Ya!! Proses
latihan yang lancar dan selesa memerlukan seseorang itu membuat keputusan yang
bijak soal pemilihan pakaian dan kasut latihan. Pakaian sukan yang berkualiti
dan diperbuat daripada material yang bersesuaian dapat menjamin sesi latihan
yang selesa. Manakala, pemakaian kasut latihan atau training shoes yang terbaik
pula dapat mengelakkan anda daripada mendapat sebarang kecederaan. Apakah tips
atau ciri-ciri training shoes
yang terbaik?
1. 1. Fungsi atau jenis kasut sukan itu sendiri.
Mengetahui jenis atau fungsi kasut
anda sebelum memakainya. Terdapat banyak jenis-jenis kasut sukan antaranya
ialah running shoes, cross training,
walking shoes etc. contoh perbezaannya :
·
Kasut latihan biasanya lebih berat daripada kasut larian.
·
Kasut latihan mempunyai sokongan yang lebih baik di sisi yang bertentangan dengan
kasut berjalan.
·
Kasut latihan mempunyai benang ringan daripada kasut larian.
Kesimpulannya, kasut larian atau running shoes tidak sesuai digunakan
semasa anda membuat latihan. Begitu juga sebaliknya. Pastikan anda memakai
sepasang kasut latihan atau training shoes jika ingin melalukan sebarang
latihan sukan.
2. 2. Pemilihan tapak kasut
Pastikan tapak kasut anda adalah
tebal dan tidak licin. Tapak yang licin amat berbahaya dan meninggikan risiko
anda mendapat kecelakaan semasa bersukan.
33. Ketahui saiz kaki
Anda perlu tahu saiz kaki anda dengan
tepat. Jangan membeli kasut latihan yang terlalu kecil atau terlalu besar
daripada saiz kaki anda yang sebenarnya. Kasut yang terlalu kecil akan
menyebabkan kaki anda melecet dan kasut yang terlalu besar pula akan
menyukarkan pergerakkan anda.
24. Ketahui bentuk kaki
Ketahui bentuk kaki anda. Apakah
anda mempunyai tapak kaki yang normal, rata atau tinggi. Cara untuk mengetahui
adalah amat mudah. Cara mudah untuk mengetahui bentuk kaki ; Jika anda keluar
dari tab mandi atau kolam , lihat jejak yang anda tinggalkan di lantai atau
simen. Bentuk jejak anda akan menunjukkan jenis tapak kaki yang anda ada.
Bentuk tapak kaki anda mempengaruhi cara anda berjalan atau berlari.
Ciri-ciri utama:
Pronasi adalah kaki akan secara semula jari berputar dan diikuti
dengan tumit. Asas ( neutral) pronasi membantu menyerap impak, melegakan
tekanan pada lutut dan sendi. Ia adalah sifat neutral , biomekanikal yang cekap
kepada pelari.
Overpronasi adalah satu bentuk putaran kaki ke dalam secara
semulajadi. Ia disifatkan yang majoriti memberi kesan kepada pelari, memberikan
mereka pada risiko sakit lutut dan kecederaan. Overpronasi perlu kestabilan atau
kawalan gerakan kasut.
Supinasi (juga dipanggil pronasi-ke bawah) adalah putaran kaki ke
luar yang mengakibatkan pengurangan impak yang tidak mencukupi semasa mendarat.
Beberapa pelari supinasi, tetapi mereka memerlukan kasut yang banyak kusyen dan
fleksibiliti.
15. Pemilihan kasut mengikut cara anda berjalan
atau berlari
Ilustrasi di bawah menunjukkan
mekanik kaki kanan seorang pelari :
Berikut adalah beberapa garis
panduan umum :
Pronators
|
Over pronators
|
Supinator’s
|
|
Foot mechanics
|
Normal inward roll
|
Excessive inward roll
|
Excessive outward roll
|
Foot shape
|
Low arch
|
Flat foot to low arch
|
Medium to high arch
|
Shock absorption
in stride |
Good
|
Good
|
Poor
|
Recommended
shoe last |
Semi-curved
|
Straight
|
Curved
|
Recommended
type of shoe |
Stability
|
Motion Control
|
Cushioning
|
Okey, aku rasa cukup
5 Tips Memilih Training Shoes ini
dulu. Semoga anda semua tidak ragu-ragu dan keliru lagi dalam membuat pilihan
terbaik untuk kasut anda. Ingat, Kaki kita nak pakai lama.. Jangan biarkan
kesakitan menyukarkan kita untuk bergerak..
Keep Healthy! J
Keep Healthy! J
woww..nice info :D
ReplyDeleteLissa punya arch kaki medium. hehe
ReplyDeletenice tips btw :D
Waa nice entry kak . Ehem,long time no see akak . Do you still remember me ? Kalau ingat lah:)
ReplyDeleteof course dear still ingat awk.. awk aje yang menyepi tanpa update belogg
Delete:(
wahh good info !
ReplyDeletegood info for those yg nak beli training shoes :) akak tak pernah ada training shoes camni sebab memang tak main sukan
ReplyDeleteagree, sekraang ni ramai yg membeli hanya pilih yng cntik. tapi fungsi nya tak tahu. kdg tu untuk larian dia pergi beli kasut futsal. haihhhhh
ReplyDeletekaki sya susah nk pilih kasut. huhuhu
ReplyDelete