INFO | Prosedur Nikah Johor

Prosedur ini lebih kepada pasangan perempuan yang tinggal di Johor dan bakal pengantin lelaki yang bukan berasal dari Johor atau berlainan Negeri. Untuk pasangan yang sama-sama dari Johor, boleh jadikan panduan :)

Dah tahu tarikh nak nikah bila, boleh dah start ikuti kursus Pra-Perkahwinan yer.
Masa aku pergi kursus kahwin tuh tak ada lagi pun tarikh nak nikah. Boleh jaa nak pi awai-awai. :P

--------------------------
P I H A K   L E L A K I
--------------------------
  • Isi Permohonan Kebenaran Nikah secara online atau manual mengikut negeri masing-masing :- 
             - JAIS     - Selangor
             - SPPIM - Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan
  • Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dalam borang 2A (Permohonan Kebenaran Kahwin-Lelaki) 
  • Kemudian hantar ke pejabat agama.
  • Borang yang diluluskan (Borang 3B)mestilah diserahkan kepada pihak perempuan untuk urusan seterusnya.

-----------------------------------
P I H A K   P E R E M P U A N
-----------------------------------
Bila pihak lelaki dah settle dan pass 1 set dokumen original 3B(Kebenaran Berkahwin Luar Negeri Selangor-Lelaki), bolehlah daftar permohonan nikah online Johor e-NCR.

Just Follow 3 STEP Image result for small cute icon untuk urusan pemohonan Nikah korunk :-

Image result for small cute iconLengkapkan borang permohonan melalui pautan e-NCR Johor.

1. Print segala borang permohonan di pautan e-NCR. 
- Panduan Permohonan Nikah E-NCR Johor Secara Online <-- (Tekan Link untuk Rujukan)

2. Buat Pemeriksaan HIV di Klinik Kerajaan
- Bawa cetakan borang HIV dari sistem ENCR dan pergi ke Hospital/Klinik Kerajaan sahaja. Klinik Swasta tak sah yar.
- Nanti lepas test HIV , pegawai klinik akan bagi surat dari klinik dan cop borang HIV yang dicetak tu.
- HIV Test laku hanya selama 6 bulan.

3. Pengesahan Bujang dari Ketua Kampung/Majikan(Islam)
- Lelaki Perempuan mesti ada surat akuan bujang.
- Pergi jumpa Ketua Kampung tempat tinggal anda untuk dapatkan pengesahan.
- Kalau nak pengesahan dari majikan, pastikan anda punya majikan tu Islam. Kalau tak nanti prosess jadi rumit bila pegawai pejabat agama tanya.
Contoh Surat Bujang/Bermastautin <-- (Tekan Link untuk Rujukan)

4. Saksi Borang Pemohonan Nikah
- Mesti cari 2 orang lelaki dan bukan dari adik-beradik lelaki anda.
- Aku minta dari cikgu lelaki dan officemate lelaki islam senang. Kalau boleh cari saksi jangan yang muda sangat.
- Jangan lupa minta mereka sign dan dapatkan IC copy saksi.
- Add on : Ini bukan saksi masa majlis nikah, ini saksi untuk borang permohonan nikah saja.

5. Surat Wakalah Wali
Kalau memang wali dapat hadir, biarkan saja kosong.

6. Sediakan dokumen sokongan seperti termasuk, kad pengenalan, kad pengenalan ayah, sijil nikah mak ayah(perempuan), saksi borang (salinan sahaja), IC salinan saksi borang(2 orang Lelaki), surat akuan status diri (dapat dari ketua kampung/penghulu), surat bermaustautin (jika alamat johor, nikah kat KL sebab duduk KL), Sijil kursus Pra-perkahwinan, dan banyak lagi. Anda perlu rujuk sendiri di Borang Senarai Semak Dokumen di Pautan ENCR yang anda dah print tadi.

Dah siap segala step diatas, SILA BUAT 1 SET SALINAN Dokumen. 

Image result for small cute icon Hadir sendiri di Pejabat Agama tempat pemohon bermastautin.
- Pengalaman Hantar Borang Nikah Johor & Interview <-- (Tekan Link untuk Rujukan)

Image result for small cute icon Jumpa Kadi Mukim untuk serahkan borang Nikah dan berbincang waktu nikah.

PERINGATAN > 
1. Urusan Boleh Dilakukan Dalam Tempoh 3 Bulan (90 Hari) Dari Tarikh Perkahwinan.
2. Permohonan Kebenaran Pernikahan Hendaklah Dikemukakan Di Pejabat Kadi Tidak Kurang 7 Hari Sebelum Dari Tarikh Pernikahan.
3. Kebenaran Berkahwin Boleh Digunakan Dalam Tempoh 90 Hari Dari Tarikh Kelulusan.
4. Pengesahan Laporan Kesihatan (Hiv) Sahlaku Dalam Tempoh 6 Bulan.
5. Memastikan Pasangan Pengantin Menerima Borang 6 (Permohonan Untuk Mendaftarkan Pernikahan) Selepas Pernikahan
6. Sijil nikah dikeluarkan selepas 30 hari dari tarikh pernikahahn
7. Bayaran akad nikah :
Jrurunikah : RM 150.00
Saksi Pernikahan 2 orang : RM 20.00/seorang
8. Kadar Mas Kahwin orang JOhor sekurang-kurangnya RM 22.50
AMBIL PERHATIAN :
Maximum 3 bulan dari tarikh pernikahan adalah untuk korunk setel dekat pejabat agama daerah. Maksudnya? Kalau hangpa nak daftar encr setahun awal pun takpa :P tapi urusan ke pejabat agama untuk serah borang pernikahan adalah 3 bulan sebelum tarikh nikah. Faham ke Faham? (Jangan tanya saya lagi soalan macam ni okeish) 

Sumber Rujukan : 
Prosedur Lelaki - Selagor JAIS

YEAH, URUSAN KADI DAH SETEL, NEXT ???


INFO | Hantar Borang Nikah Johor & Interview

Assalamualaikum dan Hi Semua,

Tajuk pun macam seronok seram aje kan. Sebelum hari kejadian, yang paling penting kena ikut arahan dalam sistem ENCR Johor bagi tu, jangan derhaka! HAHA.Pastikan segala dokumen yang diperlukan untuk urusan permohonan nikah dah diisi dengan paling terbaik serta lengkap. Masa pergi bawa 1 set borang pemohonan original dan 1 set lengkap salinan borang. Macam biasa nama pun pergi pejabat agama kan. Jadi pemakaian yang paling sopan dan helok untuk buat urusan adalah :
  • Baju Melayu/ Kemeja + Bersongkok (Lelaki)
  • Baju Kurung + Bertudung (Perempuan)

           Sampai saja dekat pejabat agama aras 3 dekat Banggunan Sultan Iskandar Kota Tinggi, seram sikit lah sebab ramainya orang, "ni semua orang nak daftar nikah ke?", tanya dalam hati. Rupanya yang ramai tu adalah family yang menunggu orang nak menikah pada hari tu. Aku tanya orang mana nak dapatkan no giliran menunggu dan giliran menunggu aku no 21. Sambil duduk tu, bertegurlah sapa dengan jiran yang duduk sebelah. Serta memerhati gelagat dan kerenah pemohon atau pasangan yang sedang melakukan urusan di kaunter. Ada yang tak lengkap borang, tercicir borang tu, tanya yang ini ada ke? Dll
Aku pulak yang makin nervous tengok situasi macam tu tapi dalam masa yang sama aku yakin semua dokumen aku dah lengkap, kalau kau ikut satu per satu yang dinyatakan dalam sistem. Giliran aku pun tiba, Uztazah dekat kaunter tu check satu per satu, then minta 1 salinan. Uztazah tu serahkan borang temuduga untuk diisi. Lepas dah siap urusan bahagian kaunter terus lah masuk bilik temuduga memandangkan bilik tu tak ada yang ditemuduga.
INTERVIEW 

Masa interview dengan Uztaz tu, alhamduliiah semuanya berjalan dengan lancar. Uztaz tu berikan sedikit nasihat dan peringatan.Apa soalan yang Uztaz tanya ?

1. Mengucap 2 kalimah syahadah serta maknanya sekali
2. Baca Al-Fatihah
3. Baca Doa Qunut
4. Munakahat
Ni aku tak ingat Uztaz tanya apa. Haha Sebab random topik.

5. Thoharah itu bersuci kan. (Sebab tak bawa pasangan, Uztaz tanya pasal haid.)
Normal haid perempuan adalah 7 ke 9 hari. Berapa maximum haid sebelum ianya dikategorikan sebagai darah penyakit?
Jawapan :  14 hari.

Tanya Lafaz niat mandi wajib.
Maksudnya : Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.

6. Tanggungjawab Suami/Isteri
Tanggungjawab Suami
Tanggungjawab Isteri 
1.Melaksanakan segala perintah Allah.
2.Berlaku adil
3.Memberi nafkah
4.Bergaul dengan baik bersama isteri
5.Membimbing melakuan amalan makruf dan    meninggalkan yang mungkar.
6.Memberikan perlindungan/ keselamatan
1.Melaksanakan segala perintah Allah.
2.Mentaati suami selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak.
3.Melayani suami dengan baik
4.Menghias diri untuk suami.
5.Menjaga kehormatan diri dan harta benda Suami.

Last soalan uztaz, Awak tahu Doa sebelum bersama dengan pasangan? Mesti awak tak tahu kan. Aku pun terus jer jawap. Saya kurang fasih dengan jawinya tapi saya boleh bacakan dalam ruminya. Uztaz nak dengar.
Allahumma jannibnas- syaithaanaa, Wa Jannibis-Syaithaana Ma Razaqtana 
Maknanya : Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhilah syaitan daripada rezeki yang Engkau berikan kepada kami. 
Doa pendeknya A'uzubillahi Minashaitan nirajeem  : Aku berlindung dari syaitan yang direjam.

Uztaz bagi sedikit kata-kata nasihat dan temubual aku pun habis disitu. Lepas interview, bawa borang interview ke kaunter yang kita berurusan tadi. Aku kena bayar RM30 dekat kaunter tu dan dapat borang nikah 1 set yang perlu diserahkan kepada Kadi Mukim. Alhamdulillah, urusan pejabat agama dan kadi untuk hari pernikahan dah settle. :) 

URUSAN KADI DAH SETEL, TINGGAL AKAD JER ! :P