Tutorial : Tingkatkan Traffic Blog



Tip ini untuk blogger especially for new blogger. dan blogger lama juga..
aku rasa tip-tip ini penting buat korunk yang nak naikkan traffic di blog masing-masing...

 Follow blogger lain...
Kebanyakkan blogger akan letakkan Shoubox untuk Blogwer yang datang [tinggalkan Bigfoot] ! hehe... ini untuk memudahkan korunk dapat feedback daripada diorunk.. Follow diorunk sekali... Insya'Allah kalau diorunk sudi , diorunk akan follow balik...Actually , konsep I follow you , follow me back aku tak berapa nak suka ler.. *pendapat aku eh* tak payah tulis macam tuh dekat shoutbox diorunk sebab rasa macam terpaksa saja Follow... :P

 Blogwalking selalu (BW)
Haha .. orang kata kalau kita buat baik dekat orang , orang akan buat baik dengan kita... apa kena mengena dengan blogwalking selalu ? maksudnya.. kalau korunk nak ramai orang datang/naikkan traffic blog korunk .. mestilah korunk datang tempat diorunk dulu dan naikkan traffic blog korunk pulak ! yer dakk ? Jadi , amalkan konsep ziarah... blogwalking sebanyak mana blog yang ada... tegurlah dekat shoutbox blogger..

 Comment Entry Blogger
Superb ! Korunk tinggalkan comment entry dekat blogger especially blogger otai taw... Tips ini superb sebab korunk punya jejak takkan hilang dalam komen blogger...Stay aja dekat situ.. berbanding tinggalkan di shoutbox ,.. betul tak ? ?

 Buat Contents / Join Contest
Buat contents yang simple saja... Janji cara nak join contents tu senang.. Tak payah buat syarat yang pelik/susah sampaikan blogger lain fikir 2-3 kali nak masuk ke tidakk  ........       atau .... korunk join blogger lain punya contents... ini sedikit sebanyak akan buat korunk berkomunikasi dengan blogger lain... nanti mesti diorunk datang usha blog korunk pula...

 Join Himpunan Blogger di Fb
Tips ini memang sangat berguna melalui pengalaman sendiri ehh ! Join lah ramai-ramai...  Kenal-kenalkan diri dan bermesra dengan blogger lain.... then , kalau rajin ada new update saja , korunk post kan dekat news Geng Blogger ...

nak ikut dekat sini :
Diari Shabat Blogger *
Markas Blogger *
Blogging Group
Sahabat blogger
Mr. and Mrs Blogger

 Jangan Letak Widget yang tak penting
Most Important  ! bila korunk letak banyak widget yang pelik-pelik.. memang nampak cantik tapi kalau tak ada blogger nak datang macam mana ? elakkan juga letak gambar yang banyak dekat blog..Nanti loading page jadi lembab... aku tak suka bila nak blogwalking loading page punya lambat .. nanti senang-senang aja aku tekan button X dekat hujung kanan tuh.. :P

 Buang Verify code bila nak post comment
Kalau boleh lah kan... korunk buang lah Verify code .. senang aja.. pergi dekat Comment--> setting... tak perlulah code ini.. nanti daripada blogger nak komen terbantut hajatnya sebab ada benda remeh ini jer... Verify code yang mana ekk ? yang macam gambar di bawah ini...

 atau pun content warning macam bawah ini... hhhehh ! 
aku memang tak suka... buat serabut aja...


Hope this tip sangat berguna buat korunk semua.. :)
aku just share mengikut pengalaman blogging dan blogwalking...
sebab apa ?
SHARING IS LOVING , ITS NOT JUST A CARING :D



20 Tip Kulit cantik dan sihat


1 Segar ! mulakan pagimmu dengan sgelas jus buah-buahan segar ! pastikan setiap hari berlainan perisa.. nikmatilah... :)


2 Sayangi diri Elakkan daripada berada di ruang perokok. Adalah lebih baik habiskan masa bersama kawan-kawan yang gemarkan aktiviti riadah..

3 Enaknya Salad buah ! ciptakan salad buah-buahan serat dan punyai antioksida yang tinggi. Misalnya anggur, bluberries , Campurkannya dengan perahan madu atau lemon.. Enaknya !

4 Krim pelembap Setiap kali keluar rumah, jangan lupa oleskan wajah kamu dengan krim tabir suria dan pelembap ,Kulit kekal sihat dan sentiasa lembap !

5 Bersenam Jangan malas bersenam ! jika anda tidak mempunyai masa yang cukup , berjalan kaki dan turun naik tangga di pejabat dan merupakan salah satu senaman paling baik buat kamu.


6 Elakkan makan makanan yang sudah diperoses. Cuba makan makanan yang segar di dalam menu diet seimbang.


7 Spa Manjakan diri di spa ! Tubuh kamu akan terasa segar dan sihat !

8 Jemput teman-teman lepak kat rumah Hidangkan pelbagai jenis makanan sihat dan segar ... satu kelainan kan ?

9 Tinggalkan segala kotoran Hilangkan sel kulit mati dengan skrub. Lakukan seminggu sekali

10 Omega 3 makan dengan banyak misalnya ikan salmon. ia bukan sahaja menghalang sel kanser , bahkan menurunkan kadar obesiti badan

11 Rileks ! kamu stress ? ? rileks dan kawal tekanan kamu.. cara yang lebih baik dengan mendengar muzik atau tidur.

12 Lakukan Facial sendiri Tundukkan kepala pada permukaan besen yang telah diisi dalam air panas. Selepas itu, tutp kepala dan ruang udara dengan tuala. Akhir sekali lakukan urutan dan sapukan wajah kamu dengan krim malam

13 Minum Lebih banyak air ! Jika kulit wajah terasa kering , semburkan wajah kamu dengan facial spray .. segar kan...........

14 Bangun awal Lakukan stretching atau hadiri kelas yoga. Ia sedikit sebanyak dapat melancarkan perjalanan darah , kurangkan stress , dan membuatkan kamu terasa lebih yakin dan segar.

15 Bercutilah ! Berikan masa untuk bercuti. Tak kiralah seminggu , sebulan atau setahun sekali. Kamu akan rasa lebih yakin selepas bercuti.

16 Tak nak ! katakan tak nak pada rokok

17 Kurangkan garam makanan yang masin akan membuatkan wajah kamu sembap

18 Cuci wajah Setiap kali sebelum tidur , pastikan wajah kamu bersih daripada sebarang kotoran seperti debu dan sisa make up !

19 Buang toksin dalam badan Jika kamu tidak arif utuk lakukan sendiri , dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar.Badan terasa lebih sihat dan segar.

20 Kebiasaan untuk kulit kering ialah membersihkan wajah dengan cleansing milk , urutan lembut saat membersihkan dan sapuan krim pelembap. Pilih pembersih dengan pH balanced dan non detergent.Hindari menggunakan sabun saat membersihkan wajah, bukan sahaja kotoran dapat ditanggalkan , bahkan minyak yang semulajadi dapat melindungi kulit juga turut dibersihkan.



Anak Buah Pertama - Danish


  23 OKTOBER 2010 , SABTU

Hari bersejarah buat kakak aku ,Nurrul Hazierah dan abang Hilmi
 mendapat mempunyai cahaya mata pertama yang sangat comel dan montok!... =)
aku turut merasai kegembiraan nya... hahahaa dah lama menuggu akhirnya yang ditunggu muncul juga...
menjadi makcik yang mendapat gelaran MAK TEH ! xD

alhamdulillah... AHMAD DANISH HAMIZI
selamat dikeluarkan dari mummy nya pada pukul  6.30 pm dengan berat badan pada ketika itu 3.3kg....
detik-detik berlalu dengan penuh kesabaran.. atuk dan tokki danish menggu dari pagi sehingga petang
kerana  kakak aku telah dimasukkan ke dalam labour  room seawal pagi 
memandangkan air ketubannya sudah pecah pada pagi sabtu tersebut..
tunggu penuh tunggu .... petang baru keluar.....danish nie ada-ada je.. hahaha
daddy  :
hilang lelah kerja melihat mu nak.. =)

time2 cmnie lah mummy amek gambor...
ngantokk yer... aarrrrghh

comeil ker skema nie ?
hehehe saya taw saya nsem...

muahhh!!
pandang mak teh ea ?

ala-ala musyuk danish nie senyum....
baru bapa bulan dah pandai senyum.... =)
MAK TEH SAYANG DANISH
 WALAUPUN DANISH MUSYUK CAMNER SEKALI PON....HEHEHEHEHE......


Cinta akan Lebih indah Andai kamu dan si dia.......


korunk-korunk yang dah lama bercinta ini ,
penah tak buat such thing diluar jangkaan for them ? ? benda ini moment macam ini sangat penting untuk buat cinta korunk tak malar dan sentiasa segar untuk besama...
bukan apa.. kadang-kadang cinta yang telah lama akan buat korunk rasa jemu...
it's it ? setuju tak dengan kata nurrul iehh ? ? 
hari itu aku ada bagi tips serasi forever kan... kali ini pun tips untuk mengeratkan perhubungan korunk ! :) selamat membaca !


1. Tetapkan waktu tertentu setiap minggu untuk meghabiskan waktu selama 2 jam tanpa gangguan dari sesiapa. Jika kamu terpaksa melakukan sesuatu kerja, cuba menundanya pada waaktu lain...

2. Selalu sediakan kertas dan pen ke mana saja kamu pergi. Gunakannya untuk menulis pesanan-pesanan mesra ketika kamu berada di mana-mana sahaja seperi ketika menunggu giliran di bank. Jika mempunyai PDA atau smart phone kirimkan pesanan mesra melalui e-mail.

3. Di hari-hari sibuk , luangkan waktu sejenak untuk mengirimkan pesanan SMS atau mengirimkan rigtone lagu cinta kenangan , pesanan bergambar seperti gambar bunga atau gambar makanan kegemaranannya.

4. Buatlah surprise party untuknya dan satu-satunya tetamu yang datang adalah kamu ! ! !

5. Buatlah album foto bersama yang mengandungi gambar-gambar lama dan baru kamu , dia. kemesraan pasti kembali membara...

6. Menonton Filem romantis bersama . Kamu dan dia mungkin akan terfikir alangkah romantisnya , andai kamu dan dia sepert hero dan heroin dalam filem tersebut.

7. Sentiasa menganggap si dia paling istimewa da utamkan dia dalam segala hal.

8. Sekali sekala tidak salah kamu membuat kejutan membelikan dia sebarang hadiah walaupun bukan pada hari jadinya. Sekurang-kurangnya si dia tahu kamu sentiasa mengingatinya walau di mana kamu berada.

9. Bawa si dia ke tempat yang paling disukainya. Kamu pasti gembira apabila melihatnya tersenyum.

10. Membelikan si dia novel atau buku cinta yag dapat memberi inspirasi kepadanya untuk menjadi kekasih yang sempurna..................