-2/6/2013- Aku telah mendaftarkan diri di UiTM Segamat ..
Aku sampai kampus dalam pukul 3ptg , daftar itu ini tapi pukul 3.30ptg dah diarahkan berkumpul oleh PM (Pemimpin Mahasiswa) di kolej masing-masing.. Aku ditempatkan di Sektor B (Kolej Baiduri) , kelam kabut aku mengangkat barang yang banyak tuh masuk ke bilik di tingkat tiga... Fuhh !! geram pulak asa.. tak sempat nak berkenalan dengan roommate aku terus bergegas turun untuk kumpul di bawah... Family aku pun aku tak sempat nak salam.. PM tak ada notis pun berkumpul itu adalah untuk memulakan sesi MDS , itu hal yang amat mengecewakan aku.. Serius !! MDS ini berlangsung selama seminggu dan selama seminggu kami bangun dan berkumpul macam ini pukul 4pagi !
Selepas berkumpul kami di bawa ke Masjid Al-Syakirin untuk solat dan mendengar kuliah pagi... setiap waktu solat sepanjang MDS kami bersolat di sini.. selepas itu kami akan digesakan oleh PM untuk berkumpul kadang-kadang mengikut Kolej atau Kos yang kita ambil.. Serius , masih aku terngiang-ngiang kata-kata favourite PM " Pantas Siswa/Siswi , Pantas lah sikit !!! " .. Untuk keselamatan dan keselesaan dalam pergerakan , sepanjang MDS berlangsung Siswi diarahkan untuk memakai kasut sukan berserta dengan baju kurung... Nampak pelik tak ? Tapi memang sangat senang nak berjalan laju.. HAHA.. Ulang-alik dari masjid ke Dewan Sri Temenggung (DST) untuk dengar taklimat dan pendaftaran pelajar baru UiTM.. fuhh !! Nak berjalan laju dengan tempat yang boleh katakan jauh.. komfirm kurus korang seminggu MDS !! Average tidur dalam pukul 12.30 pagi lah.. ^^ Chaiyoork !
Dh beberapa hari MDS , lepas siap Daftar dan dapat kad Matrik , hari Rabu tak silap aku baru kami pakai baju sukan dan beriadah.. aku tak join.. lepas riadah nak kena tukar baju kurung balik.. Sempat tak ?? Hmm , pandai-pandailah aturkan sendiri.. huk..Hari Jumaat pukul 5.30ptg Program MDS telah pun habis.. Fuhh !! Merdeka rasanya.. seronok yakk amat ! Pengakuan : selama aku berMDS aku tak mandi pun.. Just basahkan badan dengan air sekali lalu ajee... tak ada masa lah korang nak mandi sabun bagailah.. so beramai-ramailah kita jadi kambing.. haha..
Semasa Hari Perasmian , Gelombang Ungu.. dah macam buat persatuan untuk pergi berkempen pun ada.. HAHA , nasib lah UiTM tema Ungu , kalau Merah dah macam puteri UMNO.. :p
Semasa Hari Perasmian , Gelombang Ungu.. dah macam buat persatuan untuk pergi berkempen pun ada.. HAHA , nasib lah UiTM tema Ungu , kalau Merah dah macam puteri UMNO.. :p
Thanks abang dan Kakak PM yang guide kami semasa MDS ^^ Sayang Mereka Semua !! |
Benda yang korang tok sah risau sepanjang MDS :
1. Tempat tidur disediakan , sila bawa bantal sendiri ok..
2. Makanan disediakan , cuma nikmat masa makan hanya 2min 1 pinggan..
3. Laptop minggu MDS tak payah bawa , tak ada masa nak menghadap.. lepas MDS hujung minggu boleh balik.. korunk angkut lah semuanya.. haha..
4. Bawa barang keperluan MDS dulu :
- Siswa : Kemeja dan kemeja Putih serta seluar slack , Kasut Kulit
- Siswi : Baju kurung putih & kain hitam,Telekung
- Kasut Sukan , Seluar Sukan
- Barang-barang mandi law sempat mandi lah :P
5. Botol dan Air mineral yang secukupnya..
Kuliah telah memulakan kelasnya... Ohh Campus Life !! masa untuk berdikari..
wah . dah lama mee tak singgah sini :) kaler merah .. :)
ReplyDeletewah dah berwajah baru la blog ni. awesome ! selamat mjalani MDS. eh da abes kan mds ? hahaha
ReplyDeleteselamat habis ber-MDS! hehe :D akak pun sibuk, cuma buat scheduled post aje :)
ReplyDeleteblog dah len wooww..huhu selamat bersuai kenal yer..hehee
ReplyDeleteBestnya masuk U. Terasa nak belajar lagi :)
ReplyDeleteMsa dftar gna bju apa?
ReplyDeleteBoleh aja pakai apa2 baju, asalkan menutup aurat :)
DeleteWaalaikumussalam, boleh awk.... tiap2 minggu nak balik pun boleh, habis kelas dan tak ada kelas lgi pun boleh balik...
ReplyDeletedah masuk U tak sama mcm sekolah asrama. :)