Penawar Buat Yang Putus Cinta



“Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua…cinta sejati yang ditunggunya!” 
Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,“sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.” Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam. Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai.  Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan Rasulullah SAW?
“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”
Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang ‘syok’ bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).
Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.
Sebagai hamba Allah, renungilah firman Allah ini:
“Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.” Al Baqarah.
Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati. Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, “mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya.” Cubalah fikirkan… siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir…
Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir… barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, “Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!” Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan. Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!
Jadikan putus cinta itu sebagai pengajaran dalam proses pembelajaran kehidupan kita. Frust cinta hakikatnya adalah ‘guru’ yang mengajar kita. Setiap guru mengajar sesuatu yang baik, walaupun kadangkala pahit, pedih dan sakit kita menerimanya.
 cc : GentarRasa
Kalau benar Cintamu kepada Tuhan lebih tinggi,
Maka dimana pembuktiannya ?
Sesungguhnya cinta bukan sekadar kata dan angan-angan,
Perlu dibuktikan dengan amal dan tindakan..

* Lepaskanlah segalanya, Percayakan Dia :)


Pengalaman Sebagai COVID Fighter

 Assalamualaikum dan Hi semua,

Betullah, malang tidak berbau. Siapa saja yang suka dapat malang? Betul tak, seboleh-bolehnya perkara ini yang kita nak hindari sejauh mungkin. Tapi kita hanya merancang, Allah jualah yang sebaik-baik perangcang. "Barangkali sesuatu perkara yang engkau suka itu buruk untukmu, barangkali juga sesuatu perakara yang engkau tidak suka itu baik buatmu, Sesungguhnya Allah Maha mengetathui setiap apa yang terbaik buat hambaNya"

Selama 2 minggu, aku dan suami tercinta diuji dugaan kesihatan dimana kesihatan kami ditarik buat seketika. Ketika pandemik COVID ini sedang rancak melebarkan sayapnya. Kami juga salah satu yang terjangkiti. Datang dari mana? Wallahualam, kami tak nak salahkan menunding jari kepada sesiapa, cumanya harap ianya menjadi asbab dan pelajaran kepada yang lain.

Tempoh hari Nurrul ada buat posting mengenai Lengkap Vaksin Kedua COvid dan positif. Yes, situ Nurrul cerita. dan kali ini nak cerita apa yang kami lalui sepanjang pemulihan. Selepas Hubby disahkan positif pada hari Ahad tu, bermulalah tempoh kuarentin kami selama 10 hari. Ramai sedara mara sebelah hubby bising, bab membawang dan buat orang gelabah no1. :-

  • tanya kenapa tak pi CLCC?
  • Kenapa Isteri tak buat Swab Test?
  • Kenapa Tak declare ?
  • Tulah, berjalan lagi pi pasar semua. Kan dah kena. 
  • Tak pakai gelang ka?


Well dengan keadaan tak sihat dengan soalan-soalan yang menyebalkan, buatkan Nurrul geram dan kami tak buat apa yang dikatakan sebab :

  1. Dr yg swab hubby pesan supaya kuarentin aje dekat rumah, Isteri tak kerja dan tak kemana2, jadi tak perlu swab.
  2. Dah banyak kali kami tanya CLCC depa kata tak payah, just update info yang diminta dalam mySejahtera saja selama 10 hari kaurentin.
  3. Tidak, kes ini kena masa dekat rumah, kami tak pi mana2 selain rumah disekliling kami (rumah makcik pakcik hubby)
  4. Dah CLCC ckp memnag prosedur baru kuarentin, Selagi tak teruk sesak nafas, golongan berisiko tinggi atau mnegandung. Stay kuarentin di rumah. 


Actually, nak cakap lah, bila seseorang tu tengah ditarik nikmat sihat, depa tengah dalam keadaan tak selesa. Can korunk yang sihat have HUMAN SENSE siket?Jangan nak gelabah sgt dan buat kami ni macam orang yang tak bertanggungjawab boleh dak? (kan dah rasa nak start bebel HAHA)


Okey, sepanjang tempoh kuarentin tu, My Papa In Law yang sediakan makanan kami, Alhamdulillah dapat pak mertua yang suka masak dan baik hati ini satu rezeki. Terima kasih ya Rabb diatas kasih sayang ini.

Apa yang kami lalui :- 

  • Memang tak ada selera nak makan, 
  • Plus memang tak ada deria rasa dan bau. 
  • Badan punya suhu on off on off,. Kadang rasa dah macam sihat sangat tapi lepas magrib menggigil rebah kesejukan. 
  • Badan sentiasa rasa lelah penat, rasa nak tidur aje. Buat kerja siket aje dah semput. Yes, virus ini jahat, dia akan masuk dari sistem pernafasan kita melalui hidung atau mulut --> duduk dekat tekak (trackea) --> sehingga lah bermastautin dan membiak di dalam sel paru-paru. Jadi korunk memang akan rasa semput dan selalu batuk.
  • Rasa nak batuk tu, batuk pulak kalau boleh tak mau henti. Plus, tak rasa pun tekak tu gatal ke apa. tapi memang nak batuk. Jadi kena betul-betul tahu cara nak tahan batuk supaya diaphrm korunk tak sakit bila batuk tu menarik. 


HAAA , orang cakap kalau dah kehilangan sesuatu baru kita menghargaikan? Nak tahu apa yang paling sebak? Kami nak dirikan solat untuk baca Al-Fatihah 1 ayat 1 nafas pun cukup susah, terpaksa sambung-sambung. Masatu memang doa sangat2 supaya Allah rezeki kan Nurrul untuk habis laksanakan perintah sebagai hambaNya. Memang syahdu sgt2.Lepas tempoh 10 hari kuarentin. Alhamdulillah kami beransur okey, cuma biasalah ada post long term effect bila dah kena Virus ini. Selepas tu, kami dapat berita, keluarga di Johor pulak kena. Allahu, sebaknya. 

Ya Allah ya Tuhan Kami. Jika ada diantara kami sedang dalam kesulitan, maka Lapangkan kesulitannya. Jika ada diantara kami yang diuji kesihatannya, maka kurniakanlah Syifa', Jika ada diantara kami sedang dalam kesedihan, maka kurniakanlah ketabahan setiap ujianmu. Kurniakanlah mereka rezeki yang halal lagi berkah, Sesungguhnya kami serahkan seluruh hidup kami kepada agamaMu dan kepada Allah Azzajawallah yang satu. Amin ~~~~



Dos Ke2 & Aku Positif COV19

 Assalamualikum dan Hi,

Masing-masing semua dah lengkap 2 dos vaksin, aku masih menanti tarikh dos ke2 iaitu pada 18/9/21. Pada hari yang dinanti, datang pulak eksited ke? hhaa, biasa aje, berbekalkan baju cardigen hitam labuh ke punggung, bercelana coklat dan berbaju blouse lengan pendek serta bertudung bunga-bunga kekuningan. Aku pun pergilah cucuk buat kali ke2. Masa tu pergi dalam tengahari, padahal appoinment petang, so lenggang teramat, tak perlu tunggu que yang panjang untuk sampai giliran aku. Procedure dos pertama dan ke2 berbeza sebab kecepatan dos ke2 tu lagi berdesuppp... Zasss Zasss Zasss!! dah siap! Alhamdulillah.


Orang kata pengangan dos pertama dan ke2 effect dia berbeza. Okey sepanjang siang, tak ada apa perubahan pada diri. sampailah masuk waktu malam lepas aje isyak, badan aku dah start lepak dan aku merasa mengantuk mengantuk mengantuk dan tidur aje. Berbaringlah aku dalam bilik meninggalkan hubby yang sibuk main game dekat hall tv. Tiba-tiba aku rasa menggigil teramat, walau dah sarung stokingg dan diselubungi selimut, rasa masih sejuk! ahh sudah! Effect vaksin dah maiiii...

Keesokkannya, aku dan hubby demam badan kami panas selsema, dan mula lah batuk. diikuti pula apabila nak makan tu, kau tak ada rasa dan bau apa makanan yang disumbat ke dalam mulut. Paling sadis, ada satu pagi tu aku teringin benar nak makan nasi putih, telur goreng kicap! Weyhh itu merupakan makanan paling sedapp dan nikmat untuk aku dan hubby. Apa yang sedih? Sedihnya bila kau hanya merasa pedas kicap yang datang dari botol licap Mahsuri.. Tak ada rasa kicap, tak ada rasa telur goreng. Fuhh... Sadis sungguh! 


Hari berganti hari, Khamis, Jumaat, Sabtu... Pada Hari Ahad Hubby decided untuk buat swab test dekat KPJ Klang, memandangkan dia ada extra simptom baru iaitu lepas makan aje akan muntah keluar lendir-lendir dan berbuih... sebabkan itu, swab test dijalankan.... Semasa di KPJ Klang, Dr buat konsultasi check suhu badan yang cecah 39 darjah celsius dan kadar penurunan oksigen dalam darah. Dr terus cakap comfirm awak ada Cov19 ni, Hubby pun swab test jugakk..


Result pada keesokkan paginya diterima dalam pukul 9 pagi dengan panggilan DR dari KPJ menyatakan yang hubby positive. Aku tak swab terus buat kuarentin kendiri bersama dirumah selasa 14 hari...




Pengalaman Vaksin COVID -19 Sinovace Dose Pertama

Assalamualaikum dan Hi semua.

Siapa dah cucuk? Haaa, jangan lupa update dan daftar untuk dapatkan vaksin. Kita wajib menyelamatkan nyawa kita dan semua orang. Vaksin memang bukan auto terus virus COVID19 ini hilang, tapi ianya adalah satu cara kita berusaha untuk mengekang wabak ini. Vaksin ini berfungsi untuk meningkatkan sistem imunisasi badan kita supaya bila virus ini ada masuk dekat badan kita, sistem badan dah alert dan kuat untuk fight back this virus!

Kalau masih tak dapat tarikh temujanji tu, korunk refresh profile mysejahtera tu banyak kali dengan cara update profile korunk. Macam dekat bawah ini , caranya korunk pergi dekat COVID19 Status, jawab semua soalan then pergi dekat profile klik refresh. 



Okey, aku nak share siket suasana masa pergi cucuk tu. Alhamdulillah,Everything smooth walaupun ramai orang, oh ya jangan lupa double mask okey. :)

Perjalanannya bermula dari awal lagi korunk sampai lepas park kereta, pergi dekat pintu masuk hotel, dah ada 2 jalan satu HCA dengan HCB. Jadi aku lalu lah dekat laluan aku. First check point korunk akan diminta untuk tunggu giliran dengan duduk macam dekat gambar atas ini dan kena update mysejahtera profile yang paling latest, 2nd check point pendaftaran, akan dapat borang untuk diisi dan disemak oleh para medic. kena tunjuk IC dan status mysejahtera untuk vaksin. 

3rd checkpoint pula korunk akan dikonsultasi oleh doktor dan masa ini Dr akan bagitahu vaksin yang dicucuk kepada korunk tu jenis faizal ke, sibek or aschaaa. 4th check point terus tunggu giliran untuk masuk dalam bilik vaksin untuk divaksin. Gambar check point ke 4 tak ada sebab aku malas nak pegang hp dah time nurse nak sibuk cucuk. haha


Check point ke 5 yang terakhir adalah pemerhatian dan untuk dapat date dos kedua. Dekat sini korunk akan diminta tunggu giliran selama 15 minit selepas disuntik. Nak tengok badan terima dose tu macam mana. kot2 tiba2 terus pergi tanpa pemerhatian, jadi lain kaa, pengsan kaa kan susah. Bersabarlah korunk tunggu 15 minit tu, aku tunggu sambil tengok big screen dekat depan yang depa siarkan mengenai info2 kobid dan simtops yang mungkin terjadi kepada korunk selepas disuntik.

APA KESAN SAMPINGAN SELEPAS DISUNTIK SINOVAC ?
Vaksin ini adalah selamat dan kesan sampingan yang telah dilaporkan adalah ringan dan bersifat sementara. Kesan sampingan ringan yang kerap dilaporkan adalah seperti berikut:

• Sakit di tempat suntikan                              • Pembengkakan di tempat suntikan
• Keletihan (tiredness)                                 • Sakit kepala
• Sakit otot                                                     • Menggigil
• Sakit sendi                                                   • Demam
• Hilang selera makan                                    • Sakit perut
• Kemerahan di tempat suntikan                    • Loya
• Sakit tekak                                                   • Berasa tidak sihat
• Cirit birit                                                    • Pembengkakan kelenjar limfa
• Kesan-kesan sampingan yang  mungkin akan dilaporkan dari semasa ke semasa.

Walaupun sangat jarang berlaku, ada kemungkinan vaksin COVID-19 CoronaVac boleh menyebabkan  reaksi alahan yang teruk. Gejala alahan yang teruk biasanya berlaku dalam tempoh beberapa minit hingga satu jam setelah menerima vaksin COVID-19 CoronaVac.

Aku dapat symptops yang aku bold kan tu sampai hari ini masih rasa lagi (2/08/2021), asyik rasa nak membuang angin dan sekali nak poooppp, hahaha. 

Okey, sekian aja coretan yang tak seberapa untuk tayangan dan cerita yang mungkin akan dibaca atau lupa tentang pengalaman ini, boleh tengok baaca balik... Oh gittew cerita dia... hhihihi

VAKSIN SINOVAC.



Pengalaman Kerja Paling Pahit Setakat Ini

Assalamualaikum dan Hi Semua,

Hari ni Nurrul nak cerita kan siket memori dapat kerja selepas setahun tanam anggur lepas kahwin ni. Yelah, lepas kahwin terus PKP, pulak kita pindah ke Selangor dari Johor. Terpaksa lepaskan kerja di London walaupun sayang. Well, itulah kalau dah bergelar isteri, suami kata kena ikut dia, kenalah akur.

Sepanjang tanam anggur tu, tak ada lah saja-saja duduk rumah, memang hari-hari ngadap website carian kerja macam Jobstreet, MyFutureJob dan Indeed. Well, apply tak ada satu pun yang sangaakut panggil interview. Siapa cakap kita tak down? Of course yes, rasa macam tak bergunanya diri ni. Aku serahkan segalanya kepada yang leboh mengetahui yang terbaik buat aku.

Post ini sudah terdraft dari 11/12/2020, lama kan. Allah jua lah sebaik-baik perancang dan post ini aku edit mula untuk pengalaman hidup aku sebagai HR di tanah asing setelah setahun aku tak berkerja.

First Company

TOXIC PEOPLE IS REAL! WORLD IS CRUEL!


Kenapa aku cakap macam ni? The things is toxic people is real, not dari berbeza bangsa, juga sebangsa kau. kes kaki aircond, backstab. Aku niat nak kerja dekat sini kalau boleh 5 tahun, tapi Allah sebaik perancang, dia bagi aku kerja 5 bulan aje.


Pendekkan cerita, dituduh rasist atas alasan terbukti kononnya pada company atas perbuatan aku. Buat apa je? Ada Malay staff datang tanya pasal waktu kerja bila bulan puasa. as HOD ada cakap yang boss besar dah luluskan proposal balik 9 - 5pm, half rehat verbally belum keluar memo. HOD cakap ni tak boleh simpan PNC things and break their trust on soo on. until accused as rasist is this act.


Sampai sekarang masih cannot brain and hardly take desicion to leave that company on that accused reason. Mesti korunk yang baca cakap aku coward what so ever, but as for me below other reason aku berhenti : Nak solat rasa macam tengah curi waktu kerja, so kita solat dalam keadaan kelam kabut, Tak ada tempat solat yang proper, etc .

As for me, solat the basic thing in muslim life, aku surrender walaupun benefit yang company bagi rate ok. As long, aku tak rasa hutang dengan Sang Pencipta. Kak Fify pesan, jangan biar orang pijak kepala kita kalau mereka dah sentuh bab AGAMA, KELUARGA DAN DIRI KITA. As kita sahaja yang tahu kemampuan kita tahap mana dan yang terbaik untuk diri sendiri. 

Second Company

Belum lagi habis notis berhenti dekat company 1, aku dipanggil interview dan alhamdulillah dapat mula kerja lepas raya. Aku kerja datang macam biasa. Dekat sini aku punya jawatan as HR Assistant aje berbanding jawatan yang sebelum ini. Tugas aku cam biasa lah berkaitan dengan pekerja asing. Benda biasa kalau baru start kerja mesti kena buang filing dokumen kan. So aku buat filing passport pemit untuk rujukan.

RASUAH ! PENGHIANAT NEGARA !


One day tu aku get confius kenapa ada 2 dokumen yang berbeza tapi unuk 1 individu yang sama. Aku start tanya manager. Aku dapat jawapan yang unexpected dan shocked pada aku, sampaikan aku terus hilang rasa nak kerja lepas dapat jawaban macam tu. Aku decide untuk tender selepas 2 minggu aku join.

Aku tak nak duit yang aku dapat dari gaji kerja dekat situ tak berkat. People will say kau ni banyak cekadak lah, buat aje lah kerja, sampai hujung bulan ambil gaji kau.Setel. Reason aku berhenti dekat situ senang aje : Aku tahu sumber gaji aku subhah, tak betul dari segi tindakan undang-undang dan dari hukum hakam agama.

So now, back to basic, aku merangkak lagi mencari kerja yang sesuai dengan aku, halal, berkat dan toiyban.. Buat korunk yang sedang mencari kerja. Good Luck, aku doakan semoga korunk bertemu dengan rezeki kerja yang halal dan toiyiban buat korunk. Amin..


Aku harap korunk dapat moral of the story yang paling aku nak sampaikan dekat sini. Yer, memang kita tak boleh memilih kerja, tapi matlamat tak pernah menghalal kan cara. Okey.