Rahsia Lelaki Mengikut 4 unsur

Tanah = anak pertama, anak kelima, anak kesembilan
 Air = anak kedua, anak keenam, anak kesepuluh
 Api = anak ketiga, anak ketujuh, anak kesebelas
 Angin = anak keempat, anak kelapan, anak keduabelas

TANAH
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.

AIR
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.

API
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

ANGIN
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.

** Kenyataan di atas hanyalah kajian teori ahli falsafah..






Apabila Perempuan Serius dalam Percintaan

1. Perwatakan kamu yang selamber dikhalayak ramai tidak menjejaskan sedikit pun mood gadis kamu untuk berjalan bersama kamu

2. walaupun adakalanya kamu memakai pakaian yang tak bergosok pun si dia senang apabila bersama kamu

3. menghabiskan masa setiap pagi untuk mengejut kamu dengan mendail no telefon kamu atau menghantar mesej kepada kamu untuk mengejutkan kamu solat subuh memandangkan malam td ada perlawanan kelab bola kegemaran kamu

4. menghadiahkan hadiah pada HARI JADI KAMU dengan hati yang ikhlas di mana hadiah tersebut di beli secara online memandangkan payah sangat nak carik kalau berjalan satu Malaysia ni

5. tetap tenang bersama kamu walaupun KAMU MENINGGIKAN SUARA

6. tidak MENITISKAN AIR MATA dihadapan kamu walaupun KAMU MELUKAI hati si dia dengan SENGAJA atau TIDAK SENGAJA

7. memahami karier kamu sebagai SEORANG INSAN YANG PERLU MEMEGANG TANGGUNGJAWAB KEPADA KELUARGA KAMU TERLEBIH DAHULU

8. meletakkan diri selepas ALLAH, IBU BAPA, KELUARGA, KERJAYA

9.  tidak mengungkit KISAH PERIBADI kamu

10. tidak meletakkan tahap pelajaran atau MEMBEZAKAN tahap pelajaran dengan KAMU

11. cukup sekadar kamu sedar TANGGUNGJAWAB kamu kepada KELUARGA kamu terlebih dahulu dan seterusnya BARULAH KEPADA SI DIA

12. Tidak mengada-ngada untuk meminta itu ini kepada kamu

13. tidak merengek walau ada ular di dalam rumah

14. mampu menjaga diri sendiri apabila kamu berjauhan dengan si dia

15. akan merasa RINDU tatkala kamu JAUH denganya

16. akan memberikan kata2 semangat bila kamu KECEWA atau BILA KELAB BOLA SEPAK KAMU TERKANDAS

17 . boleh SUPPORT KELAB BOLA KEGEMARAN kamu walaupun si dia memiliki KELAB BOLA KEGEMARAN SENDIRI

18. mempelajari aktiviti seharian kamu

19. GOOGLE segala bagai info untuk membantu kamu MENDUDUKI PEPERIKSAAN dimana bila bersembang korang tak sembang kosong walaupaun ada 24 JAM masa sebelum MENDUDUKI PEPERIKSAAN

20. membantu kamu dengan MENGEMASKINIKAN segala bagai FAIL untuk memastikan KAMU TIDAK DIPANGGIL oleh PENSYARAH sekiranya MQA SERANG

21. memasak masakan KEGEMARAN kamu walaupun PADA KETIKA ITU SI DIA SEDANG BERGELUMANG DENGAN ASSIGNMENT SEGALA BAGAI

22. menjaga air muka kamu walaupun ketika itu KAMU TIBA2 TERGELINCIR KETIKA BERJALAN DI ATAS LANTAI YANG BASAH

23. dengan rela hati menaip segala bagai KISAH COUPLE kamu ngan si dia di dalam BLOG

24. sabar menunggu KAMU MASUK MEMINANG

25. memujuk kamu dengan PELBAGAI SKILL memandangkan kamu ni KEPALA BATU

26. sedaya upaya membantu JIKA TERDAPAT SEGALA KESULITAN YANG DIHADAPI

27. tidak KISAH kamu nak BERKAWAN dengan SIAPA, JANJI KAMU TETAP MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB KAMU IAITU MENJAGA SI DIA

28. sabar dengan DUGAAN dalam MENANGANI PERANGAI KEBUDAK-BUDAKAN KAMU

29. sentiasa MESEJ atau CALL walau KAMU TAK REPLY ATAU ANGKAT

30. sentiasa mendokan KESEJAHTERAAN KAMU

31. BERSIKAP DEWASA DALAM MELAYARI KEHIDUPAN BERSAMA KAMU

32. menunjukkan PERASAAN ingin MENGENALI AHLI KELUARGA KAMU

33. sentiasa BERTANYAKAN KHABAR IBU dan BAPA kamu

34. sanggup turun SELATAN - UTARA untuk bersama kamu untuk menemani kamu menghadiri MAJLIS PERKAHWINAN sahabat kamu

35. menyediakan BAJU MELAYU kamu atas PERMINTAAN kamu untuk di pakai DI HARI RAYA YANG MULIA

36. membuat KUIH RAYA untuk kamu memandangkan KUIH RAYA yang kamu minati susah nak dapatkan dipasaran

37. KAMU adalah orang yang pertama di cari SEMASA DI PAGI RAYA

credit to : lyana mahat.

Edit Images ! :)

wahh ! hari ini budak sekolah cuti taw untuk meraikan Deepavali.....
Kepada yang beragama hindu dan berbangsa India..
Happy Deepavali... :) 
hantarlah maruku , tosai ke chapati ke rumah... dah lama tak makan.. hehehe....
hehehe.. itulah kelebihan masyarakat majmuk kan... bila Hari Raya Cuti... Tahun Baru China Cuti... Deepavali pun Cuti... memang unik negara Malaysia ini.... aku sangat bangga sebagai anak Malaysia ! :D
dan semoga perpaduan yang dibina ini utuh selamanya.... amin.. 

wee ... aku bosan betul lah hari ini... jadi aku asyik nak menggodek-godek photoshop saja...
biasa lah aku nie gila mengedit juga... tapi tak adalah obsess sangat hee.. hehehe :)
see what had happened ? *cantik tak ? * :P

:: ala-ala kulit buku ::

Edit Images ! :)


:: warna dan hitam putih ::

Edit Images ! :)


entry ini akan diupdate lagi hee... hehehe :)






Tutorial : Letak Jumlah comment atas enrty post



1. Template --> Edit Html --> Tick Box Code --> CRTL+F

2. Cari kod ini
<h3 class='post-title entry-title'>
3. Copy dan paste code di bawah sebelum kod yang dicari tadi :)
<b:if cond='data:post.allowComments'>
<a class='comment-bubble' expr:href='data:post.addCommentUrl' expr:onclick='data:post.addCommentOnclick'><data:post.numComments/> <span style='font-size:10px'>Comment This !</span></a>
</b:if>
 EDIT :
ABC : Gantikan dengan ayat korunk

4. Preview.. tak ada error..

5. korunk save ! :)

Lelaki oHHH lelaki !

Mesti tahu pasal nieh ! 
nak tahu apa ? cepat baca info hot *hot pulak* tentang lelaki !

*sekadar gambar hiasan *

Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita buat first time!
Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat wanita.
Bila lelaki berkata "emm.. tengoklah dulu  !" itu seringkali bermaksud berkata tidak atau kurang setuju.
Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal , dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
Adalah biasa bila lelaki cemburu tertuamanya apabila wanita asyik menyebut nama lelaki lain.
Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan , lelaki juga rasa sedih.. cuma dia tak menunjukkannya di depan orang.
Adalah memalukan bagi lelaki jika tidak berupaya menolong wanita.
Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan..Mereka lebih tewas sekiranya air mata yang mengalir itu dari perempuan yang dikasihinya. 







Handphone Canggih : Made in & The Quality

hari ini hari sabtu kan ?
hmm , tengah hari nanti insya'Allah kalau tak ada apa- halangan.. aku akan ke
Kuantan meet my Little Danish ! :)

Entry ini mungkin untuk information buat korunk yang aku sayang ! :D
Korunk semua ada handpond kan ? mesti canggih-canggih belaka !
aku punya biasa aja , sebab aktif sukan.. tak leh pakai mahal-mahal..
satu lagi aku nie *ganas !* ~peace no war :o ~


pernah korunk tahu korunk punya phone made in where dan kualiti phone korunk tuh ? ?
yela aku bukan nak kata apa ... kadang-kadang ada juga handpone berbayar ratus-ratus...
tapi ciplak punya.... geram tak ? ? ?
jadi jom kita check phone kita Original ke Ciplak punya...

Let Try !

1. Taip dekat phone korunk number
 *#06#
2. akan keluar serial number kan ? ?
tak silap aku ada 15 semuanya...
contohnya :
355229033307691
3. Korunk tengok number ke-7 dan ke-8 dalam serial number tuh !

4. Dah ada... okeyh ! now kita tengok dari mana dibuat dan kualitinya.. :

02 or 02 : From China _ Low Quality
08 or 08 : From Germany _ Fair Quality
01or 01 : From Finland _ Very Good !
13 : from Azerbaijen _ Very bad quality also dangerous for your health
00 or 03 : From the own handphone Factory _ Best Mobile Quality

5. Dah check ? ? ? 
sekarang dah tahu kan... :D





Alhamdulillah ... Gembira mendengarnya..

posto ! posto ! posto ! 
cepat baca ! berita ini datang dari negeri Pahang nun jauh dek timur sana....
aka ke hal nya  ? ? ?


Setelah 4 hari Danish dalam wad ICU dengan 
bantuan alat pernafasan dan tidak boleh makan secara normal ,
 pukul 12.30 am tadi akak aku bagi message
mengatakan...
"Alhamdulillah , Danish semakin okey, .. dah tak perlu puasa.. boleh minum susu dah... Harap Isnin dah boleh keluar.. terima kasih kepada semua yang mendoakan... "

Aku sangat gembira mendengarnya....
 semua orang mengharapkan danish cepat pulih...
 Mak teh rindu sama Danish ! Danish cepat sembuh taw... 
nanti mak teh beli banyak bola.. kita main futsal.. hihihi...
 Nanti balik sini kita mandi kolam sama-sama ek sayang ! :)

P/S : baru ada mood sikit nak study... gasak lah..
 esok hari isnin nak kena jawab paper biology....
 doakan untk Nurrul jawab paper jangan yang merapu ehh... ! huiiimmm....



I.C.U ? critical ::

hello ! hello ! 
kawan blogger yang awesome !
sihat tak korunk semua ? ?
lama sudah aku tak meng'update' ini belog...
korunk tahu kenapa ?
busy exam fever dekat sebulan meyhhh !
lagi satu hmm
mak aku .. hehehe..
tak bayar . kena sekat lah... hehehe
(padan muka kau.. siapa suruh berblogging setiap hari.. amik kau ! ! !)
sudah-sudah cukup dengan penerangan itu..
koruk faham kan semua nya ? ? 
bagus-bagus ! itu yang aku sayang korunk .. :)
korunk sayang aku tak ? ?
"silent aje ?"

ICU ??
siapa ? kenapa ? bila ? 
Danish hamizi ... kenapa ek ? sebabnya sesak nafas..
 dah dekat 2 hari dia dirawat di 
ICU Hospital Tengku Ampuan Afzan dengan bantuan alat pernafasan...
aku tengah risau dan agak sedih juga sebab berjauhan dengan insan ini...
mak aku yang beritahu... aku agak terperanjat..

aku cakap dengan mak aku , 
''mak , jom kita pergi kuantan, tengok Danish...''
walaupun pergi sana tak dapat tengok at least kurang kerisauan aku disini...

tetapi ,
 aku hanya dapat berdoa semoga 
Tuhan merahmati dan memulihkan keadaan anak sedara aku seperti sedia kala... aku rindu kannya.. next week on 23/10 merupakan ulangtahunnya yang pertama...

kawan-kawan , doakan semoga anak 
sedara Nurrul Ahmad Danish Hamizi sembuh dan sihat seperti dulu yer....
nota kaki : Nurrul nak sangat-sangat jumpa dye....
sadness girl :: NURRUL ::





(Johan) MBF Adela 1 Malaysia-Karnival IKTIRAF WILAYAH JB

(Johan) MBF Adela 1 Malaysia-Karnival IKTIRAF WILAYAH JB
 Johan  ! Johan ! Johan ! bebe ! team eguana aka MBF Adela 1 Malaysia memang superb ! aku berbangga sekali kerana aku juga salah seorang ahli kelab ini.... aku memang tabik lah dengan keupayaan dan kebolehan yang ada pada setiap ahli-ahli ini...
kali ini kak Fara aka pengurus team ini panggil aku main.. dah lama gila diowg tak panggil aku main dengan team ini... yup2... ada orang yang lebih baik daripada aku.. tentu lah yang lebih baik akan dipilih kan ? ~senyum ! ~ 

ini dia ahli-ahli yang turun :
Kak Jay (GS)
kak siti (GA)
kak Mas (GA)
kak bella (C)
kak eyqa(WA)
kak nozi (GK)
kak eyra(GD)
sam (WD)
Nurul (C)



Tutorial : Transparent Header/Images with Photoshop CS3

Tutorial : Transparent Header/Images with Photoshop CS3

Wee ! tengok aku tengah seronok nieh..........dapat godeh-godeh photoshop CS3 sebab abang long aku baru masukkan software photoshop dekat lappy nie ! tak payah susah-susah aku nak download ! makan masa nak download ! :D  sebelum nie aku buat tuto transparent header aku guna photoscape  korunk tahu tak macam mana nak transparentkan gambar guna photoshop ? Mesti ada Adobe photoshop lah baru boleh ikut tuto... tak kisahlah CS3 atau CS5 . Janji Adobe Photoshop :P

Step ada pada gmabr, refer gambar dengan gembira :)
Transparent Header/Images with Photoshop CS3 1

Transparent Header/Images with Photoshop CS3 2

Transparent Header/Images with Photoshop CS3 3

Transparent Header/Images with Photoshop CS3 4

Transparent Header/Images with Photoshop CS3 5

Transparent Header/Images with Photoshop CS3 6
Bila dah siap semuanya ..Save gambar header/images transparent tersebut :
Cara Save Gambar .Go to FILE > SAVE FOR WEB AND DEVICES > Choose PNG-24 !!