Cara Menguruskan Badan

Image result for menguruskan badan
1.  JANGAN CRASH DIET  
Crash diet tu ialah diet secara mengejut. ramai buat macam ini. Aku cukup marah. Sebabnya bila crash diet, memanglah berat anda turun secara mendadak. yelah tak makan 2 hari pastu turun 3kg,rasa gembira bukan main kepalang. Padahal berat anda turun sebab water volume dalam badan anda yang reduce bukan fat. Pastu kalau anda crash diet, metabolism badan akan rendah sebabnya badan anda tengah starvation. Pastu, bila anda dah tak dapat tahan nafsu, anda akan makan macam biasa balik, badan anda akan store as much fat as possible. maka berat ang yang bertambah akan lebih dari yang anda hilang. rugi tak?

2.  JANGAN SKIP MEAL. JUST REDUCE PORTION
'I don't take lunch & dinner, i'm on diet'.Ape lahhh ! . Ini sorang lagi nak kena sekeh dengan aku ni. Sapa ngajar skip-skip meals ni ? ? . Kalau anda skip meals, anda mula lah lapar nak mampos meroyan tak tentu pasal. Sekali bila rasa macam dah nazak, sikit lagi nak mati, anda melantak makan megi/biskut tengah-tengah malam. Pastu mengantuk sebab perut kenyang. Apa lagi, suma yang anda makan tu badan anda store jadi fat lah. Bila badan ang perlukan energy pada siang hari, anda tak makan. Bila badan anda tak perlukan energy anda makan pulak. The key is, moderate je. Makan setiap waktu makan tapi kurangkan porsi.


3. HAPUSKAN  MAKANAN RINGAN  DI DUNIA INI
'I tak makan nasi, I take biscuit only'. Gila. Calories dalam biskut lagi tinggi dari nasi anda tau tidak? Dah la tak kenyang pastu kasi tambah gemok lagi. Awek la ni suka salah anggap, mereka rasa makan nasi tu menggemokkan, makan twisties, biskut & air coke suma takpa. Sebab tu depa tak makan nasi tapi makan makanan ringan. Tipah tertipu la bro. Nama ja makanan ringan tapi sebenarnya kalori tinggi. Aku just makan breakfast, lunch & dinner. Kalo aku lapar, aku minum milo & makan roti. Memang berkesan. Percayalah cakap aku. Semua ini pun boleh kurangkan berat anda taw !

4.  GET ACTIVE 
satu-satunya benda dekat dalam dunia ini yang boleh menyembuhkan apa-apa penyakit ialah exercise ataupon orang melayu kata bersenam. Kalau anda buzy mengalahkan menteri, anda tak dapat jogging tiap-tiap petang takpa. Cari jalan untuk something yang practical. Contohnya park keta jauh-jauh dan jalan laju-laju. Pilih tangga daripada berebut-rebut nak naik escalator macam kat KL sentral tu. Pilih untuk main game Dance dance revolution daripada DOTA. Kacau anjing yang tengah tidur.

5. JANGAN BUAT STRENUOUS EXERCISE KALAU TAK MAMPU,  JUST SLOW-JOG/WALK. 
kadang-kadang tu aku tengok kan, ada awek-awek ni jogging bagai nak gila. berpeluh sakan tak payah cakap lah.. hari-hari dia jogging secara melampau sampai nak semput-semput dah. tuptup seminggu ja tahan. pastu balik jogging, sebab rasa macam dah kurus sikit, ,mereka melantak nasi goreng ayam, sate kambing, milo ais, puding caramel, lepat pisang, zombie kampung pisang suma lah yang ada depan mata. Mana tak nya kan. aku ada satu interesting fact, kalau anda exercise secara strenous, nanti yang banyak terbakar adalah glucose. 

Glucose metabolism ni perlukan oxygen, bila ang exercise melampau, oxygen kan kurang, jadi dia convert metabolism tu jadi anaerobic (tak pakai oxygen). Bila anerobic metabolism berlaku makanya, acid lactic akan terkumpul. Lepas tu merana la badan anda sakit sakit. Lagi satu bila glucose yang terbakar, dia akan stimulate otak anda supaya rasa lapar lapar lapar lapar. Pastu konfem anda akan makan dengan banyak sebabnya glucose metabolism ni boleh buat anda lapar nak mampos.
The latest research cakap, kalau nak kuruskan badan secara consistant & tanpa rasa letih, anda just jalan ja. tapi syarat dia mesti kena lebih dari 1 jam. Sebab apa ? ? Sini aku cakap dekat korunk, kalau anda jalan lebih dari 1 jam, yang terbakar adelah fat, kiranya metabolism yang berlaku adelah fat metabolism. Kenapa kena lebih dari 1 jam?  sebabnya hormon adrenaline tengah peak masa ni. hormon adrenaline ni akan stimulate enzyme lipase dalam badan anda untuk memecahkan segala lemak-lemak yang ada. Memang berkesan.  
Hebatkan? Pasni aku nasihatkan, petang2 tu ajak la roomate pegi jalan-jalan keliling kolej usha laki hensem. Badan pon kurus, hati pon girang. Tapi janganlah jalan lenggang kangkung. Takde maknanya ! ! ! :D


8 comments

  1. da kurus sesangat da ni.. smpai underweight.. hehe..

    ReplyDelete
  2. yess .. semua cara ni betul.. 5 bintang~

    ReplyDelete
  3. kunjung balas dari SEGMEN | Lulu Caldina Ajak Blogwalking...thanks for following....

    http://thegoldenrosereturn.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. ADA SATU LGI.KENA DISIPLIN DAN ISTIQAMAH.YAN DAH BUAT SEMUA TU.TP KEJAP JE JADINYA SEBAB HANGAT2 TAHI AYAM.WUWUWU T_T

    ReplyDelete
  5. waaa.. dulu gemuk pastu diet, kurus. pastu gemuk balik...

    nak kurus balik!!! >.<

    ReplyDelete
  6. good info tapi kadang2 mcm x mampu nk bt..huhu

    btw, salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  7. err.. kita selalu skip makan. haha... sbb kdg2 mmg xde makanan... siap brunch terus :P

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan