Salam semua ,
aku just nak bangkitkan semula kes bahaya nie ! sebahaya mana , korunk tentukan ehh.. :P
Mungkin perkara ini sudah lapuk tertelan dek sosioekonomi yang tinggi sehingga kadang-kadang
duit itu keluar macam air saja... // kalau duit tuh macam air liur best juga.. tak payah kerja..
kompem semua dok kumpul air liur jek buat beli barang.. HAHA .. //
Nak tanya korunk , korunk ada tabung tak ? For most , mesti ada yer dak... Even
korunk dah tahu faedahnya , aku mahu kongsikan lagi.. mana-mana lah tahu karangan SPM 2012
keluar tajuk Amalan Menabung nie kan :) hehe.. kita perolehi kebaikan bersama.. :D Tak gtuh ?
Kemaslahatan / Faedah / Kepentingan Menabung :
Menyemai tabiat berjimat cermat
★Menggambarkan betapa bijaknya kita dalam mengawal urusan kewangan
★Tidak boros dalam perbelanjaan seharian
★separuh daripada wang perbelanjaan yang tidak dibelanjakan boleh ditabung
★bekas tabung atau disimpan di bank
★Nilai sabar dibentuk , sikit-sikit lama-lama jadi bukit
★Menabung sedikit dahulu sebelum berbelanja agar kita sentiasa menyimpan walaupun sedikit
Mengatasi masalah kecemasan
★Sediakan payung sebelum hujan
★membatu orang yang mendapat kemalangan atau ditimpa bencana
★Mustahil wang diperoleh dengan segera jjika tiada wang tabungan
★Contoh, syarikat Insuran menawarkan skim tabungan yang pelbagai untuk kecemasan, iaitu kad perubatan.
Menabung pada hari tua
★Sikap rajin menabung semasa masih muda, bertenaga, dan sihat akan menyenangkan pada hari tua
★Sepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian
★Bagi umat Islam wang yang ditabung boleh digunakan untuk menunaikan haji dan umrah pada masa hadapan.
Memudahkan pembiayaan keperluan semasa dan akan datang
★Kini, kebanyakan harga barang dan perkhidmatan mahal
★Dengan tabungan kita mampu membeli sesuatu
★Membiayai pendidikan anak-anak di menara gading tanpa bergantung kepada pihak kerajaan atau berhutang
★Menggunaan kad kredit dapat dikurangkan
Act , menabung ini bukan setakat melahirkan insan yang berjimat , malah amalan murni lain juga
insya'Allah akan banyak terikut.. :) Sekarang memang susah sangat nak tabung.. tapi itu bukan
alasan untuk kita tidak melakukannya.. :D Hendak seribu daya , tak nak banyak alasan !
Haa , ini duit cashout Nurrul bagi tabung setengah tahun 2012.. haha ..Agak-agak berapa ? Yup memang tak banyak . At least , kita amalkan sikap ini walaupun satu hari 10sen aje yang masuk..Mungkin kegunaannya banyak insya'Allah bila aku ke IPTA tahun depan :D
JOM MENABUNG 10sen Sehari ! ! ! :D