Salam semua ,
aku just nak bangkitkan semula kes bahaya nie ! sebahaya mana , korunk tentukan ehh.. :P
Mungkin perkara ini sudah lapuk tertelan dek sosioekonomi yang tinggi sehingga kadang-kadang
duit itu keluar macam air saja... // kalau duit tuh macam air liur best juga.. tak payah kerja..
kompem semua dok kumpul air liur jek buat beli barang.. HAHA .. //
Nak tanya korunk , korunk ada tabung tak ? For most , mesti ada yer dak... Even
korunk dah tahu faedahnya , aku mahu kongsikan lagi.. mana-mana lah tahu karangan SPM 2012
keluar tajuk Amalan Menabung nie kan :) hehe.. kita perolehi kebaikan bersama.. :D Tak gtuh ?
Kemaslahatan / Faedah / Kepentingan Menabung :
Menyemai tabiat berjimat cermat
★Menggambarkan betapa bijaknya kita dalam mengawal urusan kewangan
★Tidak boros dalam perbelanjaan seharian
★separuh daripada wang perbelanjaan yang tidak dibelanjakan boleh ditabung
★bekas tabung atau disimpan di bank
★Nilai sabar dibentuk , sikit-sikit lama-lama jadi bukit
★Menabung sedikit dahulu sebelum berbelanja agar kita sentiasa menyimpan walaupun sedikit
Mengatasi masalah kecemasan
★Sediakan payung sebelum hujan
★membatu orang yang mendapat kemalangan atau ditimpa bencana
★Mustahil wang diperoleh dengan segera jjika tiada wang tabungan
★Contoh, syarikat Insuran menawarkan skim tabungan yang pelbagai untuk kecemasan, iaitu kad perubatan.
Menabung pada hari tua
★Sikap rajin menabung semasa masih muda, bertenaga, dan sihat akan menyenangkan pada hari tua
★Sepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian
★Bagi umat Islam wang yang ditabung boleh digunakan untuk menunaikan haji dan umrah pada masa hadapan.
Memudahkan pembiayaan keperluan semasa dan akan datang
★Kini, kebanyakan harga barang dan perkhidmatan mahal
★Dengan tabungan kita mampu membeli sesuatu
★Membiayai pendidikan anak-anak di menara gading tanpa bergantung kepada pihak kerajaan atau berhutang
★Menggunaan kad kredit dapat dikurangkan
Act , menabung ini bukan setakat melahirkan insan yang berjimat , malah amalan murni lain juga
insya'Allah akan banyak terikut.. :) Sekarang memang susah sangat nak tabung.. tapi itu bukan
alasan untuk kita tidak melakukannya.. :D Hendak seribu daya , tak nak banyak alasan !
Haa , ini duit cashout Nurrul bagi tabung setengah tahun 2012.. haha ..Agak-agak berapa ? Yup memang tak banyak . At least , kita amalkan sikap ini walaupun satu hari 10sen aje yang masuk..Mungkin kegunaannya banyak insya'Allah bila aku ke IPTA tahun depan :D
JOM MENABUNG 10sen Sehari ! ! ! :D
setiap sem L simpn sibu..=)
ReplyDeletep/s al-quran jangan tinggal. kne ada surah amln... kalu L L amal tiap2 hr baca yassin...=) Allah akn sentiasa jaga kita..=)gudluck spm ek thun ni..
yesss ! sgt betol.mari mebaung demi ms depan ! yihaaa~ hehe
ReplyDeleteLuv,
cik ana
saya ada satu masalah.. bila ada tabung, sentiasa nak korek tabung tu.. jadi, memang tak penuh2 la tabung saya tu jawabnya..hahaha
ReplyDelete@L seribu satu sem ? wahh , banyak yer.. nak kena ikut jejak nie ! :D
ReplyDelete*THANKS abg L for the tips ! insya'Allah Nurrul akan istiqomah membuatnya :)
@anamizu kaito yups ! betul tuh :) banyak kegunaan :)
ReplyDelete@Boni JLL3 Thats why kita kena disiplinkan diri.. :)
ReplyDelete*tuh yg banyak nilai murni yg kita boleh terapkan bila menabung :)
Anak CiM menabung tiap hari. Since bank in duit raya last year + tabungan hari2 mereka, dh 3 tabung mereka penuh. Tunggu duit raya nnti baru antar bankin lg
ReplyDeletebagus2..memang kena belajar menabung dari muda..untuk masa tua..haha
ReplyDeletekekadang bila gaji sikit sgt nak menabung pun tak cukup...
ReplyDeletewaa.. thnx untuk tips berjimat cermat nih..
ReplyDeletememang betul, simpanan atau tabungan tu penting kalau ada kes2 kecemasan.
menabong sikit2
ReplyDeletelama2 jadi bukit
tabung masa kcik2 ada..bila dah dewasa ni, nak beli tabung pun tak berminat apentah menabung hehe
ReplyDeleteaku org yg tak reti berjimat.huhu tatau la ape nak jd..bru elaun masuk ...tp semlm sahaja aku dh hbiskan 1600
ReplyDelete