Masa Doa Paling Mustajab



BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab

1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.”

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”

7. Ata bin Abi Rabah berkata: “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”

8.Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: “Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.”

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: “Pada hari Jumaat itu ada suatu saat bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”

Sumber: myMetro


12 comments

  1. ada juga terdengar kata2 yang mengatakan bila ayam berkokok, maknanya ayam tu tgh nampak malaikat. owh, rupanya betul...

    ReplyDelete
  2. boleh la bangun berdoa malam2..tp laang2 qiamulalil la terus

    ReplyDelete
  3. nurul.. jom ke link ni : http://dayangdeno.blogspot.com/2012/07/kad-raya-lagi.html

    ReplyDelete
  4. salam singgah dipagi ramadhan :)

    ReplyDelete
  5. suka baca entri mcm ni.. tq for sharing.. jgn putus utk berdoa lagi2 bulan ramadhan ni kan.. ;)

    ReplyDelete
  6. entry y sgt bgus...smoga amlan N doa kite d trima olehnya...Amiin =)

    ReplyDelete
  7. info yg menarik dan sangat bagus. semoga dapat diamalkan. amin. insyaALLAH

    ReplyDelete
  8. betapa Allah Maha Mendengar dan Maha Pemurah. berdoala selalu :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan