Penjagaan Kanta Sentuh yang Betul



Kanta sentuh pada masa sekarang boleh dikatakan menjadi trend atau paling mudah berfungsi sebagai pengganti pemakaian cermin mata... Aku juga mengakui bahawa aku pemakai kepada kanta sentuh sebab aku tidak sangat serasi dengan namanya cermin mata.. hehe.. Tapi perlu diingat , penjagaan yang betul amat penting bagi memastikan sesuatu yang berbahaya berlaku pada mata kita..

Penjagaan kanta sentuh ini meliputi prosedur utnuk harian dan juga mingguan. Penjagaan ini pula bergantung kepada jenis kanta sentuh yang diguanakan. Prosedur ini dapat diringkaskan seperti di dalam gambar di bawah.
Setiap kategori di dalam ini akan diterangkan di bawah mengikut kategori.

Prosedur harian (untuk kanta sentuh lembut jenis pakai buang)
1. Cuci kanta sentuh dengan mengguankan cecair MPS (multipurpose solution) seperti yang disarankan oleh optometris anda. Gosok kedua-dua permukaan kanta sentuh dnegan jari telunjuk.
2. Bilas kanta sentuh dengan MPS yang sama ataupun dengan larutan saline.
3. Rendam kanta sentuh di dalam MPS semalaman ataupun 4 jam sebelum dipakai semula. Pastikan aras MPS mencukupi di dalam bekas rendaman untuk merendam kanta sentuh.
4. Sekiranya anda tidak memakai kanta sentuh untuk beberapa hari, MPS di dalam bekas rendaman perlu ditukar setiap malam.

Prosedur harian (untuk kanta sentuh lembut dan separa keras jenis tetap) 
1. Cuci kanta sentuh dengan menggunakan larutan pencuci (cleaner) yang disarankan oleh optometris anda. Gosok kedua-dua permukaan kanta sentuh dengan jari telunjuk agar kanta sentuh bersih.
2. Bilas kanta sentuh dnegan MPS ataupun larutan saline.
3. Rendam kanta sentuh di dalam MPS ataupun conditioning solution semalaman ataupun 4 jam sekurang-kurangnya sebelum dipakai semula. Pastikan aras MPS atau conditioning solution mencukupi di dlam bekas rendaman.
4. Sekiranya anda tidak memakai kanta sentuh untuk beberapa hari, MPS di dalam bekas rendaman perlu ditukar setiap malam.

Prosedur mingguan (untuk menanggalkan protein untuk kanta sentuh lembut atau separa keras jenis tetap)
1. Cuci kanta sentuh dengan menggunakan larutan pencuci (cleaner) yang disarankan oleh optometris anda. Gosok kedua-dua permukaan kanta sentuh dengan jari telunjuk agar kanta sentuh bersih.
2. Bilas kanta sentuh dnegan MPS ataupun larutan saline.
3. Rendamkan kanta sentuh jenis lembut dengan protein removal tablet dalam larutan MPS selama beberapa jam. Manakala bagi kanta sentuh separa keras, kanta direndam di dalam protein removal tablet di dalam larutan saline untuk beberapa jam.
p/s: sila rujuk label setiap produk yang diguankan; ini kerana setiap produk mempunyai cara yang berbeza.
4. Selepas langkah (2) di atas, bersihkan kanta sentuh dengan cleaner sekali lagi dan rendamkan kanta sentuh lembut di dalam larutan MPS atupun bagi kanta sentuh separa keras di dalam larutan cinditioning solution sekurang-kurangnya selama 2 jam sebelum digunakan.

Prosedur mingguan (bagi bekas penyimpanan kanta sentuh dan aksesori kanta sentuh yang lain)
Antara aksesori kanta sentuh termasuklah berus, penyepit, bekas rendaman dan sebagainya.

1. Bersihkan bekas kanta sentuh, penyepit dan aksesori penjagaan yang lain dengan berus yang khas.
Bersihkan bekas kanta sentuh dengan berus khas.

2. Rendamkan semua aksesori tersebut di dalam air panas selama 10 minit.
Air didih diguanakn utnuk merendamkan semua latan aksesori kanta sentuh.

3. Keringkan semua aksesori yang telah direndam dengan tisu dan didedahkan kepada udara.
Semua aksesori yang telah direndam kemuadiannya dikeringkan dengan udara.
Info : Anis
Selamat mencuba =)) tapi-tapi kepada yang rabun macam aku nie.. Kita masih boleh usahakan untuk mengurangkan tahap rabun mata .. EH , iyeker ? Boleh ehh , Hmm , nak tahu lebih lanjut bagaimana cara mnegurangkan rabun ? ? Klik sini :") Baca jangan tak baca.

NOTA : Bagi pemakai kanta lekap kali pertama, anda dinasihatkan memakai kanta sentuh selama 4 jam pada hari pertama. Selepas itu tempoh pemakaian di tambah selama 2 jam untuk setiap harii yang berikut iaitu 6 jam, 8 jam dan 10 jam. Tempoh pemakaian maksimum adalah 10 jam sehari.

Mata Adalah anugerah yang sangat bernilai.. Jadi jagalah mata anda ! :)


10 comments

  1. yang penting jgn pakai yg murah. akak dah pakai dari fom 2 ,jaga elok2, insya Allah selamat :)

    ReplyDelete
  2. @CikMai Yang ini pun Adik setuju ! bahaya beli yg murah ! ^^

    ReplyDelete
  3. pakai yg ori je ;) hana pun pakai jugak. kaler2 lgi. tpi yg terbaik beli freshkon. selesa hana pakai ;)

    ReplyDelete
  4. kanta pakai buang tu. lepas pakai buang terus ka? ada ka cm2..

    ReplyDelete
  5. haihh mcm rumit jee. nasib baik kite tak reti pakai lens. hihi

    ReplyDelete
  6. susah jugak ek...member ada jgk yg pakai tp diorang xpenah crita bab nak jaga ni..susah rupanya

    ReplyDelete
  7. laa.kena rendam ke? baru tau... tengs bagi info.. wee..

    ReplyDelete
  8. agak rumit kot sbnrnye penjagaan
    lens nih kan Nurul.. tp kalo yg
    mmg kena pakai lens sbb faktor
    tertentu tu xpela.. yg jns nk
    melawa je rasenye ish xtahulah =P
    mcm cik ana ni mmg takkan pakai
    la kot sbb takot plak nak korek2
    lens tu kuarkan dari mata.hehe





    slm syawal.
    cik ana

    ReplyDelete
  9. ramai yang amik remeh pasal penjagaan kanta mata ni sedangkan penjagaan kebersihan kanta mata ni sangat2 penting.. kalau amik remeh, bertambah rosak mata

    ReplyDelete
  10. oh thanks atas info berguna ini. mya kadang2 pakai lens tp kalau musim malas, pakai spek aje. hee. yg penting penjagaan kena betul :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan