Ujian JPJ Kereta

Hari ini penuh dengan seribu satu debaran.. Pagi-pagi sesampai aja di Driving School Profilik Bandar Penawar terus beratur untuk dapatkan nombor angka giliran yang keberapa.. Kenalan melalui Agent Rahman Agency yang test sama-sama pada hari ini Thaqifah , Kak Farah , Kak Mala , Kak Ana , Intan , Cik Pah , Kak Ayu dan 3 lelaki bujang lagi kacak.*tak taw nama diowg*. Tak lupa juga rakan yang selalu buat onar sama-sama masa belajar di situ , Aida.. Huhuhu , Alhamdulillah , daripada 55 lebih yang test kereta hari ini aku dapat no.31..Sambil tunggu dalam bilik menunggu , muka nampak sangat lah tenang , dalam hati rasa nak tercabut jantung..
 Baris demi baris dipanggil.. Hati memang tawakal ajee.. Macam tak percaya aku tengah Test JPJ kereta yang menentu sama ada lulus atau kandas.. Masa panggil untuk buat ujian bahagian II dalam litar , Jantung sangat berdebar sebab ada kawan-kawan aku yang terkandas di bukit , parking petak atau parking 3 penjuru. Bila dah dipanggil untuk masuk dalam kereta aku sempat baca selawat dan ayat kursi untuk tenangkan hati.. Hanya itu aje yang boleh tenangkan dan kuatkan hati aku..  * Berdebar test kereta ini adakah sama seperti nak ambil resut SPM 20 March 2013 nie ? ? Err , * Alhamdulillah dapat buat lulus dengan jayanya.. Masa ini dalam hati cakap , Terima Kasih sangat-sangat kepada Cik Misnun dan Cik Din yang ajar parking !! ^_^ Dalam Litar guna Kancil JKA 995 dan jalan raya Viva JNM 6501.. 
Lepas turun kereta , jumpa abang JPJ dekat parking 3 penjuru untuk ambil borang ujian.. Sempat buat senyum kambing dekat situh... Haha , saja sedapkan hati lah katakan... Ehh , kenapa panggil abang , Tak panggil Encik. ? ? ?. Haha , Sebab abang yang sama juga telah bantu aku untuk lulus ujian bahagian III , Syukur sangat-sangat dapat Abang JPJ yang sangat sporting , banyak bagi kata semangat , banyak berbual *hilang siket servess aku , memang paham betul lah Encik JPJ niehh..aku memang perlu berbual untuk kurangkan semua rasa tuh* Terima kasih berjuta-juta Encik JPJ... 
Alhamdulillah , terima kasih ya Allah sebab permudahkan segala urusan ku hari ini.. Tahniah juga kepada kawan-kawan aku yang lain., kepada Aida , Ipah dan Kak Farah , jangan putus asa mungkin bukan rezeki korunk hari ini , Good Luck untuk retest yang akan datang.. Buat Habis Baik.. Aku doakan korunk lulus dengan cemerlang.. :) Amin..
MM , debaran aku masih ada lagi.. JPJ motor belum lagi.. Harap-harap lulus dengan cemerlang juga.. Ouhh titi , please be nice with me .. Esok 27/03/2013 QTI motor plak.. Harap semua berjalan lancar.. Amin.. JPJ motor 12/03/2013.. Brr , 


7 comments

  1. owhh tidak .takut nyaa . saya baru nk test comp. esok .wish me luck yaa :)

    ReplyDelete
  2. good luck! deno belum pun ada lesen... huhu

    ReplyDelete
  3. @pqahhh. Semoga awk lulus ujian komputer 50/50 :D

    ReplyDelete
  4. salam ziarah...

    terima kasih atas kunjugan anda..^_^

    ReplyDelete
  5. kereta boleh. moto mesti boleh :)

    ReplyDelete
  6. @hana hadi Errr , kereta jalan raya lebar.. motor titi chumeil aje ala2 divider.. harap tak gopoh n mngigil lah.. =.=

    ReplyDelete
  7. @Nurrulhmm tenangkan diri n banyakkan bace wahaiyiklana min amrina roshada.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan