Ujian Pesonaliti Selangkah Ke UiTM

Lepasan SPM / STPM / MATRIKULASI mesti pening untuk memilih jurusan apa 
yang sebenarnya amat layak dan bersesuaian buat diri kita , Aku juga mengalami 
hal yang sama... 1 atau 2 bidang masih berlegar di fikiran apa yang kita nak , 
tapi bila perlu memilih 8 pilihan jurusan tak ke terkedu , terrdiam , dan tertutup
  borang permohonan IPTA... haha tuju diri sendiri.. :P Tok sah pening lagi , 
Jom kita Uji Personaliti Diri dan Program / Jurusan apa yang bersesuaian :
"
"
"
" yyyayaaayaa aku pun dah buat.. "
Lets check it out ! Sama ke tidak yer :O

SOSIAL : Bekomunikasi, mesra, orientasi manusia

  • Anda merupakan seorang individu yang suka berkomunikasi dengan orang lain daripada bekerja dengan objek, mesin ataupun data. Anda menghargai kepada aktiviti yang melibatkan perhubungan komunikasi sesama manusia, perkhidmatan menolong dan kebajikan masyarakat. Anda seorang yang mudah mesra dan mempunyai jiwa yang penyayang, lemah lembut, baik hati dan sensitif dengan keperluan seseorang. Anda suka bekerja dalam situasi yang mempromosi pembelajaran, pembangunan kendiri dan berorientasikan manusia. Kebiasaannya, anda mempunyai kemahiran komunikasi dan sosial yang tinggi untuk membantu orang yang memerlukan. Anda kurang berminat untuk melakukan kerja yang melibatkan struktur kerja yang rutin atau yang melibatkan pemikiran saintifik dan penggunaan mesin.


ENTERPRISING (KEUSAHAWANAN) : Dayasaing, keyakinan diri, pengaruhi orang lain

  • Anda merupakan seorang individu yang mempunyai tahap dayasaing dan cita-cita yang tinggi. Anda suka melakukan sesuatu tugas atau kerja yang mendatangkan keuntungan dari segi diri sendiri atau ekonomi. Anda lebih suka bekerja dengan idea daripada bekerja dengan benda. Kebiasaannya, anda mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi serta keupayaan komunikasi yang baik untuk mempengaruhi orang lain. Anda sering memberi keutamaan kepada prestij, keuntungan, status diri atau kecemerlangan organisasi. Anda suka untuk memulakan sesuatu projek yang kebiasaannya mempunyai kaitan dengan bidang perniagaan. Anda seorang yang berorientasikan hasil dan suka untuk memimpin orang lain. Anda tidak mudah berputus asa dan akan mencuba sesuatu kerja itu dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya.


KONVENSIONAL : Berstruktur, berhati-hati, teliti

  • Anda merupakan seorang individu yang suka bekerja dengan data, angka dan mempamirkan ketelitian dalam sesuatu kerja. Anda selesa bekerja dalam suasana kerja yang berstruktur dan jelas dari segi arahan, peraturan, skop tugas dan autoriti. Anda sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu tugas dan mempamirkan komitmen dan tahap kesabaran yang tinggi. Anda selalunya suka kepada ketelitian dan kekemasan samada dalam kehidupan peribadi atau urusan di tempat kerja. Anda memberi nilai yang tinggi kepada prestij dan status diri.

Okey , kebanyakan nya adalah sama dengan diri aku...Cuma tulah yang aku pelik... Bila tengok list jurusan-jurusan yang layak untuk diri aku tak ada pulak satu terselit Jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak Langsung tak ada dalam list ini ? ? Tak cukup err pesonaliti aku tuk ke arah itu ? ? Ohmyfish ! !
Apa Pesonaliti Korunk Ekk ? ?


6 comments

  1. mya dulu pilih ikut minat! hee

    ReplyDelete
  2. saya pun dah buat ujian nui.. hihi

    kat sini http://amaninajailani.blogspot.com/2013/01/uji-minat-kerjaya-selangkah-ke-uitm.html

    ReplyDelete
  3. ni diri sys "ENTERPRISING (KEUSAHAWANAN) : Dayasaing, keyakinan diri, pengaruhi orang lain " sangat sama..sbb tu sys fanatik ekonomi kut n suka bercakap depn khalayak ramai..hehe :)

    ReplyDelete
  4. @Sya Chot .. Hehe , kita sama lah nie... Ekonomi ? tapi Nurrul minat budak3.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan