Salam semua , okeyh hari ini
aku nak sambung lagi catatan untuk Hari Kejohanan.. :)
28 / 03 / 2012 - RABU
Sesi 3
Okeyh , hari ini merupakan hari ke-2 dimana kejohanan Balapan dan Padang berlangsung.. Untuk hari pertama , sebanyak 9 emas berjaya dikumpulkan oleh atelit SMK Bandar Mas , 1 permulaan yang cukup baik ! :D
Event aku untuk hari ini ialah Lompat Jauh yang dilaksanakan pada pukul 8 pagi... Bagi acara lompat jauh , aku hanya mendapat tempat ke-4 memandangkan aku memang tiada langsung latihan bagi menjauhkan jarak lompatan... Aku agak kecewa kerana tidak dapat menyumbangkan pingat kepada team SMKBM ..
Sesi 4
Petang aku tak ada event , jadi aku selaku ketua untuk mengawasi perempuan 15 dan 13 .. Actually , tahun 2012 *tahun akhir aku* P under 13 banyak sangat songehhh dan sangat mengedik aje lebihh ! aku memang hangin betul hari ini.. cikgu dah pesan jangan beli makanan yang dijual , eehhh kali pertama aku biarkan .. kali kedua naik lemak pulak kau ekh ! Memang kena lah kan.. Sengal ! Tak disiplin langsung !
Pada hari kedua , sekelip mata saja SMK Adela mendahului pingat sebanyak 14 emas ! Hari ke-2 hanya penambahan pingat emas sebanyak dua sahaja !
29 / 03 / 2012 - KHAMIS
Sesi 5
yeahhh ! " Walaupun terjatuh buat kal ke-7 , bangkitlah buat kali ke-8 ! " jadi aku bertekad untuk membalas balik apa yang telah terjadi semalam dengan acara lompat jauh aku ! Lompat Kijang merupakan acara favourite aku ! Hari ini penentunya.... Tapi sayang , * ankle *kaki aku dalam keadaan injured dan aku hanya mendapatkan tempat ke-2 *agak hampa tapi aku tahu Allah Maha Mengetahui apa yang tebaik untuk aku*
Buat kali pertamanya , aku berenang di dalam pasir sebanyak dua kali...Memang terbaik ! apa boleh buat , dah ada teknik dan latihan.. memang salah step lah....Yang aku lagi geram bila seorang cikgu dari SMK------- ,jatuhkan semangat aku ! eeiishhh ! aku gagahkan lagi diri aku untukmelompat walaupun dalam keadaan cedera.. :/
30 / 03 / 2012 - JUMAAT
Sesi 7
Hari ini bertambah sikit bilangan atelit Bandar Mas , kerana hari ini acara relay 4x100m berlangsung...
Untuk acara relay 4x100m P18 terdiri daripada aku , tieot , Azura dan Ummi .. Alhamdulillah semasa saringan tiada halangan dan pembatalan botton yang dilakukan.. dan kami layak ke final...
Sesi 8
Acara 4x100m Final hanya mendapat tempat naib johan .. aku agak sedih kerana sekrang kedudukan pingat Adela masih lagi mendahului ...
*dalam hati berkata :" tak mungkin sekolah aku dapat kekalkan kejuaraan yang kami kecapi tahun lepas 2011 , " :(
31 / 03 / 2012 - SABTU
Sesi 9
Hari terakhir untuk kejohanan dah sampai penghujungnya ! aragghhh ! terasa begitu pantas masa berlalu... Acara last untuk aku sumbangkan emas hari ini ialah 4x400m ! yang berlari untuk acara ini adalah aku , Faezah , Ummi dan Priya.... *actually aku nak pecahkan rekod 4x400m ini tapi tidak kesampaian kerana tieot tidak dapat berlari kerana kakinya yang sakit : / * Kami semua memang berdoa sangat-sangat supaya acara ini tidak memerlukan acara saringan dan terus ke final..*
Sesi 10Kalau ada saringan , naik penat dan kerassssjuga nak lari 4x2 pagi dan petang... hahahaada siapa-siapa yang sanggup * tapi kalau terpaksa , redah juga ! *
Alhamdulillah , doa kami termakbul , acara 4x400m terus dibawa ke final , debaran telah bermula ! Susunan pelari telah diaturkan dan alhamdulillah kami menerima pingat emas untuk acara ini.. Apa yang pasti sepanjang acara ini berlangsung aku hanya memohon dan memanjatkan doa ..
Aku pelari pertama dan tugas aku adalah menjarakkan sejauh mungkin dengan pelari yang berlari bersama aku... Aku meninggalkan sejauh 100m dan disambung lagi oleh Faezah dengan menambahkan jarak sebanyak 50m ... Kini , pass botton kepada Ummi... Ummi tidak pernah bermain untuk 400m , aku amat takut tapi aku yakin yang Ummi boleh maintain lariannya.. Seterusnya Priya berjaya menamatan larian dengan baik , kami menang ! ,
*aku menangis di tengah-tengah padang kerana bersyukurkerana aku dapat menyumbangkan pingat emas untuk yang terakhir kalinya ,SMK Bandar Mas dalam ingatan *
acara penutupan Kejohanan -,-
aku dinobatkan sebagai Peserta Terbaik P18 2012
dengan kutipan pingat
2 emas 2 perak dan 1 rekod baru kejohanan
Aku pasti akan merindui suasana ini ,
aku sayang dengan semua kenangan ini...
dan Terima kasih kepada semua yang support aku ,Terutama jurulatih-jurulatih yang tidak jemu melatih aku..Cikgu Azwan , Terima Kasih Cikgu ! :D