Medical Check Up

Fuhh !! Sehari yang memenatkan... Disebabkan hujung minggu nie nak berjalan..Aku kena gerakkan diri untuk ke Klinik Kerajaan yang ada dekat Bandar Mas untuk buat  Medical Check Up untuk mengisi borang kesihatan yang diperlukan semasa pendaftaran UiTM nanti...  Aku  pergi dengan Syafika , datang dah laaa  lewat... haha.. lepas tuh masing-masing terpinga-pinga  sendiri.. Maklumlah... aku tak pernah buat medical check up nie semua...
Jadi ini merupakan pengalaman Medical Check Up buat kali pertama... kui3... Mula-mula langkah yang aku tahu pergi kaunter pendaftaran ajee lah.. hehe , bebel bla bla bla.. kena bayar duit..  Duit pulak tak ada untuk bayar X-tray ,  nasib tak mahal dalam RM20  ajee... Test  Urin , X-ray badan , cek mata , cek segala bagai lah yang berkaitan dengan kesihatan..
Jadi, apa yang perlu anda bawa waktu medical check up ini ??
Ada 4 perkara aje yang anda perlu bawa semasa medical check up:

1. Kad Pengenalan
Ini penting, siapa bukan warganegara Malaysia nak buat medical check up nanti jadi lain harganya. Kad pengenalan ini untuk memudahkan pihak hospital/klinik dapatkan data peribadi anda. Sebab tu juga, jangan mudah2 bagi nombor kad pengenalan anda kepada sesiapa tanpa sebab yang dikenal pasti. :)

2. Borang Medical Check Up Dari IPTA/IPTS masing-masing
Selalunya kalau anda nak masuk asrama ke, kolej ke atau universiti sekalipun, pihak yang dinyatakan tadi memang akan sediakan borang medical check up di atas talian. Apa yang korunk kena buat, download segala dokumen tersebut, isi borang medical check up dan bawa semasa pemeriksaan. Sebab mostly pihak hospital/klinik akan minta borang itu. Borang itu juga akan diisi oleh pihak hospital/ klinik untuk diserahkan kepada pihak asrama/kolej/universiti semasa pendaftaran anda.

3. Duit 
Bajet itu bergantung pada ongkoss yang awak bawa lah. :) Kalau kerajaan masa Nurrul pergi waktu diploma dulu dulu bayar RM20 untuk medical check up, lepastu saja nak try guna perkhidmatan hospital swasta Hospital Penawar Pasir Gudang sebab nak masuk alam degree plak. tak adalah banyak mana pun kena bayar dalam RM75 aje :P (Nyesal kejap, tapi positif ajelah sebab fikir buat pemeriksaan ini pun sebab nak tengok kita ni sihat dak, ke ada apa2 penyakit baru ke. kita tak tahu kan.)

4. Diri Sendiri
Seriously, ini paling penting!! tak boleh kirim-kirim ehh nak buat pemeriksaan. Wallaupun sesekali anda takut dengan itu namanya jarum. kena redah jugak. Alahh relax lah, kalau setakat medical check up tak ada cucuk2 pun, paling2 test urine, mata, tekanan darah, berat badan ,X-tray badan. tuh aje. :P Jadi jangan takut okey.

Mesti bengang aje kan baca point yang last, relax lah janga serious sangat, Nurrul nak bergurau sikit joo pun :P Senyum sikit.. hokk alohh comelnya ^_^

Selamat Membuat Pemeriksaan Diri :)


6 comments

  1. Bambil pon tak pernah buat medical check up lagi. Dengar cite dari kengkawan je pasal medical check up ni.

    ReplyDelete
  2. slmt msk bljr ya dear,..uitm d atiku..hihihi

    ReplyDelete
  3. ingat klinik kerajaan free. hehe sehari je ek result medical checkup ni?

    ReplyDelete
  4. @hana hadi ehh , mesti bayar jugak.. karang dokto nurse2 tuh nak dapat gaji dari mana.. heheh:P

    A'ah cepat pulak 1 haridah siap.. sebab klinik bandar mas dah ada bnyk kemudahan..

    ReplyDelete
  5. akak tak pernah lagi buat medical check up sbb masa nak buat foundation kat KMKN dulu, tak perlu.. tunggu degree nanti :)

    ReplyDelete
  6. betul dah point yang last tu.. setuju sangat.. 😂😂😂

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan