Terima Kasih Cikgu

" Selamat Hari Cikgu , 
 Selamat Hari Cikgu , 
 Selamat Hari Cikgu " 
 *sila nyanyi mengikut nyanyian versi lagu Happy Birthday to you yang diubahsuai oleh Danish.. hehe *
Sempena dengan Hari Guru 16 May 2013 , Selamat Hari Cikgu dan Terima Kasih Cikgu !!!  Buat tahun pertamanya aku tak sambut Hari Guru seperti tahun-tahun lepas , hukhuk dah terkeluar dari list pelajar sekolah kan.. sob3.. Apa-apa pun , jasa cikgu tak akan pernah ku lupa... sampai bila-bila pun , mereka bukan sahaja mendidik , malah membentukkan disiplin dalam diri kita.. :)

Sememangnya tanpa guru-guru , kita dalam kegelapan... Terima kasih cikgu... 

Terima ksih cikgu kepada : Cikgu yang mengajar aku belajar ABC & 123 di sekolah Tadika Kemas Bandar Mas, Cikgu yang mengajar +-X= etc yang payah nak lulus di SK Bandar Mas , dengan pencapaian UPSR 3A2B , cikgu di SMK Bandar Mas yang meminatkan aku matematik sehingga memperoleh 5A3B semasa peperiksaan PMR.. dan cikgu yang sentiasa sabar dan tabah dengan kerenah pelajar yang manjang tak ada dalam kelas sebab sukannya .. dan akhirnya membuahkan hasil dengan pencapaian yang baik untuk aku , sebab aku credit semua subjek dalam SPM .. :) dan tak lupa juga buat mak(smk b.penawar) abah(pencen sudah) yang juga cikgu di rumah untuk anak-anaknya yang terletak di Bandar Mas dan mengajar anak muridnya di sekolah mereka..
Hukhuk , perasan tak semua tempat yang aku duduk statik aja... mesti ada perkataan Bandar Mas dibelakangnya.. okeyh.. itu waktu dibangku sekolah... sebab tuh lepas nie nak sambung belajar keluar dari kawasan Bandar Mas , kalau boleh keluar dari negeri Johor.. *cehh angan-angan , nak makan penampar werkk :P * Tak salah kan ? ?
Selamat Hari Guru !! :D


6 comments

  1. selamat hari guru. bersar nya pengorbanan guru ini . cita2 nak jadi cikgu tak kesampaian :D

    hye nama saya amer jaya. empunya blog amercorner.com.
    Saya ingin menjemput tuan blog untuk join giveaway pertama saya untuk tahun ini.

    Harap sudi ya. selamat berblogging. :D
    http://www.amercorner.com/2013/05/may-giveaway-by-amer-corner.html
    giveaway tamat . 8.6.2013

    ReplyDelete
  2. selamat hari cikgu.. mak deno pun cikgu^^

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Guru untuk semua guru terbaik di Malaysia! :D you're the best!

    ReplyDelete
  4. selamat hari guru. jasa & pengorbanan cikgu mendidik kita mmg tak akan dapat dibalas selain dgn kejayaan :')

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan