Perkataan "JANGAN" dalam Islam


JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki
Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

 JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan
DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

 JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk
membuatkebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

JANGAN pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

 JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti
hati kita gelap diselaputi dosa.

JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibubapa dan sesama manusia
kalau memang Kita bersalah.

JANGAN mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

JANGAN lupa bergantung kepada
ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong
apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu 
memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

JANGAN biasakan berbohong, kerana ia
adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

JANGAN suka menganiaya manusia
atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih
lama dan kekal selamanya.

JANGAN mempertikaikan kenapa
ISLAM itu berkata ANGAN. 
Sebab semuanya
untuk keselamatan Kita. ALLAH lebih tahu.
Wallahualam...




No comments

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan