Kisah Sepasang Kekasih



‎-Mesej seorang kekasih kepada kekasihnya-

Perempuan : Awak.. Kenape awak tak penah ajak saya tengok wayang 
atau keluar jalan-jalan macam pasangan lain?

Lelaki : Saje..
...
Perempuan : Saje ke atau awak malu nk keluar ngan sy?

Lelaki : Mana ada..

Perempuan : Kenape kita tak penah gayut malam-malam macam pasangan lain?

Lelaki : Sebab saya nak jimat kredit..

Perempuan : Sampai hati awak kan? Kenapa ye kawan saya panggil kekasihnya ''sayang'' 
tapi awak tak pernah pun panggil saya ''sayang''?

Lelaki : Geli la perkataan tu.. Nak termuntah.. -,-

--> Perempuan tersebut terus merajuk selepas membaca ayat-ayat kekasihnya.. 
Beberapa minit kemudian dia menerima satu mesej..

Lelaki :

  • Saya tak penah ajak awk kuar tengok wayang dengan jalan-jalan sebab nanti bila kita dah kahwin, awak takkan rasa boring nak keluar dengan saya dan saya nak saat tuh nanti menjadi kenangan kita yang paling romantik dalam hidup saya.. 
Lagipun, bukan ke tak elok kalau keluar berdua duaan? Macam-macam boleh terjadi kan? 
  • Saya tak nak gayut dengan awk malam-malam bukan sebab saya nak save kredit ke ape tapi saya tak nak diri saya hanyut dengar suara merdu awak.. Biarlah saya mendengarnya pada malam pertama kita nanti supaya saya akan lebih menghargainya.. 
  • Saya tak panggil awak sayang bukan saya geli nak panggil tapi biarlah saya panggil awk ''sayang'' bila kita jadi suami isteri nanti kerana awak takkan rasa bosan mendengarnya dan dapat menjaga hati saya dari tergoda dengan hasutan syaitan.
Saya sangat mencintai awk dan saya janji suatu hari nanti awk akan merasai ape yang orang lain rasa sekarang setelah kita sah menjadi suami isteri. 

Perempuan : Sambil menangis terharu berkata " terima kasih bakal suamiku.. 
Aku amat menyintaimu.. Ya Allah, satukan lah kami dalam ikatan yg sah"

Kepada yang berpasangan :
- " Ya Allah berikanlah rahmatMu kepada kaum Adam dan Hawa ,
semoga sentiasa dibawah Redha Illahi dan
 mencapai cita-cita , hidup bahagia bersama pasangan masing-masing :)
Jauhkanlah diri kami daripada hawa nafsu dan jadikanlah kami daripada
orang-rang yang beriman dan beramal soleh/solehah ... "-
AMIN....

Nota terbang : Bercinta dan berkasihlah kerana Allah , 
kerana sesungguhnya tiada cinta yang hakiki selain cinta Illahi.. ^_^


3 comments

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan