Ketahui 5 Jenis Ciri Roomates Anda

Hidup di alam universiti sama ada swasta mahupun awam, anda pasti akan mempunyai roommate atau housemate. Lain cerita kalau anda anak orang kaya seperti cerita samarinda TV3, belajar Universiti swasta ulang alik dari rumah... Jadi disini ada  5 jenis  roommate/housemate yang anda bakal temui dan telah aku temui di alam universiti
1.Robot
Seorang yang baik dan berprinsip. Sangat prihatin dan baik hati. Tapi hati-hati, jangan sesekali melanggar sebarang hukum hakam dan peraturan sudah ditetapkannya. Break the law on your own risk. Dia tidak akan bertoleransi dengan sebarang cacat cela dan kekurangan. Jangan sesekali cuba mencabar kredibilitinya dengan melakukan perkara seperti tidur tak tutup lampu, biar bilik bersepah, biar baju tak basuh berbulan. Maut mungkin menunggu. *aku boleh dikategorikan dalam senarai ini , jadi awas siapa yang sebilik / serumah dengan aku !! *

2.Ghost
Sangat sukar untuk anda membuktikan kewujudannya. Anda dapat merasakan kehadirannya dalam persekitaran di bilik anda. Tapi anda jarang bertemu dengannya. Mungkin kah dia lepak di bilik membernya yang lain? Mungkin kah dia keluar? Tapi kenapa dia tak pernah tidur di bilik bersama anda? Persoalan yang akan terus bermain di minda anda sehingga lah sem break..
3.Vampire
Misteri. Setiap malam dia akan keluar dan kemudian bila dekat nak subuh dia akan pulang. Apa yang dia buat? Main futsal? hisap shisha? lepak bukit bintang? Anda sentiasa tertanya. Siang sememangnya bukan waktu dia keluar. Dia seakan akan anti akan cahaya matahari. Mana taknya, bangun tidur dah dekat pukul 4 petang. Anda jugak tak pernah nampak dia makan apa apa bila dia ada di nilik bersama anda. Bila anda offer janjan, dia akan menolak. Dia juga punya satu ciri ciri yang anda sangat cemburui. Charm yang sangat hebat. Saling berganti awek/pakwe setiap minggu. Sapa tak geram..
4.Alien
Ganjil. Sangat ganjil. Perwatakannya amat lain dari yang anda pernah temui. Pada waktu malam kadangkala anda terdengar suara yang aneh darinya seperti bercakap dalam bahasa asing. Bahasa Uganda, mungkin? Dia juga seorang yang sentiasa excited dalam apa jua keadaan. Seakan akan semua yang berlaku adalah first time baginya. Dia juga mempunyai perwatakan yang suka bertanyakan soalan-soalan yang aneh terhadap anda. Seperti ingin mendapat sesuatu dari anda. Seolah olah anda ialah bahan spesimen makmal

5.Zombie
Ciri-ciri utama nya ialah bau yang busuk. Anda tak pasti. Sama ada dia malas pakai deodarant atau pun tak reti basuh baju sebab dari kecik sampai ke besar panjang mak dia yang tukang basuh baju..lulz..agak offensive..Tapi itu lah hakikatnya..dia tidak ambil kisah terhadap persekitarannya. Katil berterabur. Meja study selerak. Baju bertempiaran...Anda jenuh menegurnya kerana anda sudah tidak mampu bertahan dengan keadaan bilik yang berbau busuk. Namun tiada respon.
Hah ! mana satu kategori roommate anda ??? Yang pasti aku pernah mempunyai semua jenis roommate yang tersenarai di atas.. :') Tahan sabar , tahan maki , segalanya tahan aja lah......
Bergaul dengan mereka ? Pilih mana yang elok  :)


Sem 2

Selepas event Balapan dan padang UiTM 2013 semalam , kami budak olahraga balik dari Shah Alam pada esok harinya, kami sampai di kampus UiTM Segamat pada pukul 2.30 petang. Sampai saja di situh alu terus buat perdaftaran kolej. Dengan harapan dapat lah tukar bilik dari tingkat 3 tuh. Sangkaan aku salah, aku still duduk di tingkat atas dengan bilik yang sama dan seorang roommates yang sama.

Dengan keadaan yang masih penat , aku gagahkan diri aku unuk angkut semua barang-barang aku yang banyak satu per satu sampai ke tingkat 3... Ya Allah masa tuh hanya tuhan yang tahu betapa penatnya dan aku hanya berkata " tidak mengapa Hazieqah , ini semua adalah pengorbanan untuk kau belajar.. Belajar dan berjaya perlukan pengorbanan" Hanya kata-kata itu aku detikkan di hati tatkala diriku mahu berputus asa. Dengan kata-kata perangsang itu badanku , tangaku dan langkahku kembali bersemangat :) Alhamdulillah Allah permudahkan urusanku..

Sampai saja dalam bilik di kolej Baiduri B 333 , yeah , ada kelainan.. No more perabut kayu , katil kayu dan dapat meja belajar yang baru serta 2 orang roommates baru. :( . Pada awalnya aku tidak boleh menerima kehadiran semua ini yang serba baru..
Perabut warna terang biru dan merah ini buat bilik nampak kecik.
Meja belajar yang sebelum ini lagi besar dan mempunyai laci yang banyak , meja belajar baru tak ada laci :'(
Katil besi yang bila panjat ke atas , goyang-goyang naik seram aku, dulu kayu tak ada  bunyi apa-apa pun...
Lagi aku tersiksa batin aku , bila 2 roommates baru aku tuh merupakan komander yang tersesat. Kenapa aku cakap " Tersesat di wing B " sebab komander semua diletakkan di Wing C tingkat 2 dan 3. Ini semua sebab bilik yang mereka huni sebelum ini ada masalah.. Tapi kenapa bilik yang penghuninya aku ??

Bila Duduk dengan komander benda yang aku tak suka tentang mereka :

  • First  , aku kena terlibat sama dalam peraturan komander sedangkan aku bukan komander. 
  • Kedua, suka hati kau saja nak pakai kasut komander dalam bilik dan berjalan ke hulur hilir dalam bilik !!! Woyy , bilik tuh orang lain nak buat solat , kau fikir kasut kau dah cukup suci dari najis-najis ??? !!! 
  • Ketiga, bila diowng nak buat perjumpaan dalam bilik tuh lebih dari pukul 11.30 ke atas. Tak respect langsung dekat roommates yang lain. 
  • Keempat, suka hati mak bapak diowg aja nak buat hal apa dalam bilik tuh, mentang-mentang kau komander.

So aku nak cakap dekat sini, bila pelajar tak ada apa-apa duduk sebilik dengan komander NO PRIVACY !! Nak tak nak aku kena terima benda baru dan komander yang ada dalam bilik aku. Memang aku kena simpan saja lah sakit hati aku nie, tapi kadang-kadang aku akan cakap juga.. untuk kebaikan bersama. Sekarang apa yang penting,janji aku dapat belajar dengan nawaitu belajar kerana Allah.


Balapan dan Padang UiTM 2013


Benda ini semua adalah benda yang tak dijangka aku akan sertainya.. Ini semua terjadi bila kak Atul mengajak aku untuk join acara yang dipertandingkan di balapan dan badang UiTM 2013 bertempat di Track UiTM Shah Alam pada 22-24 hb 11 2013 yang lalu.. Memandangkan aku duduk selepas habis KARISMA untuk menghabiskan cuti sem di rumah dengan hanya goyang kaki dan kebosanan melanda. Aku pun join.. :')
Terima kasih yang tak terhingga kepada Cikgu Azwan kerana sudi mengajar dan melatih aku selama seminggu, even aku bukan lagi atlit sekolah dia masih sudi untuk melatih aku.. Terima kasih sangat-sangat.. Latihan yang diberikan aku sama cuma bezanya adalah tempat latihan , aku buat drill atas bukit yang curam , 3 set setiap drills. :D  Pada mulanya ianya sangat memenatkan bagi aku , hari kedua aja aku dah muntah banyak... HAHA . Selepas itu badan aku terus jadi ringan.

Acara yang aku join macam biasalah 400m , 200m 4x100m . Tapi hanya 400m sahaja yang mendapat pingat gangsa , 2 acara lagi tuh sampai ke final cuma dapat nombor lebih  dari 3 ke atas.. 
semasa menunggu untuk dikalungkan pingat :')
Pround to be myself sebab dapat tempat ke3 dalam keadaan demam :') dan dapat bersama-sama dengan splinter yang memang tiap-tiap tahun Johan 
After semuanya berakhir , my brother Hazazie yang kerja dekat KL datang ke Shah Alam. Paling bertuah buat diri aku ketika itu adalah abang Aca baru lepas dapat gaji, jadi macam-macam lah dia belanja aku sepanjang satu hari selepas aku menghabiskan acara larian terakhir aku. Masa itu Abang Aca kenalkan aku dengan gf dia namanya Kak Hanisah yang bekerja sebumbung dengan dia. 

Kami pergi makan tengah hari, main bowling dan main kayak di Tasik Shah Alam. Masa nak berkayak tuh, Kami hanya bertiga sahaja . Aku kena ada lagi seorang untuk main kayak. Jadi aku ajak kawan aku yang memang tengah belajar dekat situh as kami dah lama tak jumpa, kawan lama dari sekolah rendah, Syahmi. Budak ini memang suka sangat kalau diajak berjalan lagi-lagi dengan perkataan "belanja" . Laju terus setuju.. :P Hehe
Inilah kali pertama aku berkayak , sangat banyak pengalaman yang aku dapat. Masa awal-awal naik tuh aku tak pandai langsung nak padel , tapi Syahmi ajar. Truly , kami berdua sebenarnya baru kali pertama. So bedal aja lah janji kayak yer bergerak.. HAHAHA.. sangat kelakar masa tuh. Tapi dalam beberapa minit saja, kami berjaya mengawalnya dengan baik. Siap kami berlumba dengan abg Aca dan Kak Nisa lagi. Kami berdua pulak tuh yang menang :) hahaha.
Fuhh, serius , kayak ini sungguh memenatkan.. bukan kaki tapi tangan. Sebab nak lawan arah dengan air. tapi sangat menyeronokkan. Terima kasih Abg Aca yang sanggup belanja kami berdua tanpa keluarkan satu sen pun wang kami, hehee .. Terima kasih juga kepada Kak Nisa dan Syahmi sebab sudi sama-sama dengan aku menghabiskan masa seharian.. :D
Bila dapat berkayak lagi ??


Tips Bau Minyak Wangi Tahan Lama

Hampir kebanyakan wanita sangat suka memakai minyak wangi. Pemakaian minyak wangi merupakan salah satu ciri-ciri daya tarikan feminin yang boleh meningkatkan keyakinan diri serta menampilkan diri kita lebih menarik. Tetapi, bagaimanakah caranya untuk membuat bau minyak wangi bertahan lebih lama? Terdapat pelbagai petua dan cara yang boleh mengekalkan aroma indah tersebut seperti berikut: 

Guna minyak wangi sebelum siap berpakaian
Terdapat beberapa sebab mengapa tips ini merupakan yang terbaik. Pertama sekali, minyak wangi boleh mengotorkan pakaian. Kedua, jika anda menggunakan minyak wangi anda secara terus pada badan, ia akan diaktifkan oleh haba semulajadi badan anda. Oleh sebab itu, bauan wangi anda kekal lebih lama berbanding sebelumnya.

Semburkan minyak wangi anda, bukannya menggosok 
Ianya sangat tidak digalakkan untuk menggosok minyak wangi anda kerana perbuatan mengosok boleh menghancurkan molekul wangian anda, lantas menyebabkan bau menjadi berbeza. Sebaliknya, hanya semburkan minyak wangi anda, kira-kira 15-25 cm daripada kulit anda. Semburan ringan akan menyebarkan bau yang sama rata pada badan anda dan membantu untuk bauan wangian lebih tahan lama.
Di mana saya perlu menyembur minyak wangi saya? 
Tempat yang terbaik untuk menggunakan minyak wangi anda adalah pada titik nadi badan. Ini kerana titik nadi adalah bahagian yang mana anda boleh rasakan kadar degupan jantung melalui saluran darah yang terletak berhampiran dengan kulit. Oleh itu, anda disarankan untuk menyembur minyak wangi pada bahagian belakang telinga, pangkal tekak, pergelangan tangan, siku dan belakang lutut. Dengan cara ini, bauan minyak wangi anda akan bertahan lebih lama.

Lembapkan kulit anda sebelum menggunakan minyak wangi
Tahukan anda bahawa bau minyak wangi kekal lebih lama pada kulit berminyak, berbanding kulit kering? Ya, ini merupakan satu fakta yang telah terbukti secara saintifik. Ramai orang melihat kulit berminyak sebagai satu masalah, tetapi sebenarnya ia mempunyai kelebihan di mana boleh mengekalkan bau minyak wangi lebih lama. Minyak wangi lebih tahan lama. Oleh itu, jika anda mempunyai kulit kering, lembapkan dahulu dengan menggunakan pelembap yang tidak mempunyai bau sebelum menyembur minyak wangi, ia akan membantu bau wangian tahan lama.

Semburkan sedikit minyak wangi pada sikat rambut 
Jika anda mahukan bau minyak wangi anda bertahan lebih lama, semburkan sedikit pada sikat rambut anda dan gunakannya dengan menyikat rambut anda secara lembut. Dengan cara ini, setiap kali anda bergerak atau berjalan melepasi seseorang, bauan yang indah dna wangi turut disebarkan.

Simpan wangian anda di tempat yang betul
Lindungi minyak wangi anda daripada musuh seperti kelembapan, haba dan cahaya. Tempat yang seeloknya ialah kawasan yang sejuk dan kering dan jauh daripada cahaya matahari secara langsung. Selain itu, anda digalakkan untuk membeli minyak wangi dalam botol semburan kerana ia akan membantu untuk mengelakkan penyejatan aroma dan tindak balas kimia dengan udara.

Haa, sekarang dah tahu kan bagaimana untuk kekalkan bau minyak wangi ? ? Hmm , Apa pilihan minyak wangi korunk ?? Kalau aku , aku suka Apple Blossom Body Shop.. tapi product tuh dah tak dikeluarkan lagi.. Sobsob , sedih.. :'(



Karisma 2013 di Dungun

Bila masuk ke dunia yang yang baru iaini alam kampus , aku ingat lagi aku pernah bertanya pada diri.. " Agaknya lah kan bila aku dekat kampus nanti adakah aku akan aktif di arena sukan seperti waktu dulu semasa aku di bangku sekolah ? ... " Yeah , hari ini aku tahu, semestinya boleh.. cuma kena pandai bahagi kan masa.. :') Sem ini aku berkesempatan untuk join team handball ke Karisma XX di Dungun pada 25-31 Oct yang lalu...
Inilah team handball Karisma 2013 UiTM Segamat Johor.. dengan motonya " JOHOR LUASKAN KUASAMU ! " *ini semua semangat bola pasukan JDT ini :)
Semasa hari pertama di Dungun pada 25hb.. Tak ada game untuk sehari ini , jadi kami semua ke pantai tambak untuk bersiar-siar.. Siap bawa bola baling untuk kononnya main bola sepak pantai// HAHA , serius penat sangat main pada permukaan pasir.. bukan sepak bola.. sepak pasir aja semua.. heehe.. :P
Hari yang penuh dengan debaran.. Hari pertama untuk perlawanan handball.. Masing-masing muka Cuak! terutama aku kerana ini merupakan pengalaman pertama aku mengikuti Karisma.. *Tunggu budak lelaki lambat lah diowg bersiap.. huhu >_< *
Pada malam perasmian pembukaan , masih berkesempatan untuk aku jumpa seorang kawan yang dulu sama-sama dalam arena sukan ini.. Nina.. tapi dia  wakil UiTM Perak dan aku pula wakil UiTM Johor... itu yang beza sekarang ini... hehe..  jauh kau tercampak naa...
Dan pada hari-hari terakhir kami di dungun... Macam-macam kak Ekin buat aktiviti semasa briefing petang hari.. Antara aktiviti itu ialah :
1.  Paling femes main silence killer.. 
- aku tak pandai main mula-mula lama tuh okey siket lah.. 
2.  Nyanyian berduet lain jantina
- aku kena berduet dengan si Taro yang budak lelaki yang ketika masa itu aku geram sangat-sangat sampai aku kata aku tak nak bercakap atau balas apa-apa percakapan dia.. tak pasal-pasal berduet dgn dia.. memang terima aja lah.. bawa lagu Alhamdulillah pulak tuh.. haha Semputt aku.. :P, 
3. Sketsa Tiru gaya ahli team.
Ini kira acara kemuncak.. haha Kami dikecilkan lagi dalam kumpulan-kumpulan kecil dan diberikan tugas untuk meniru gaya atau peristiwa-peristiwa apa-apa saja yang pernah berlaku sepanjang kami bersama .. Sangat lucu !! Aku tak kan lupakan semua kenangan ini..
[ Kak Atul , kak Dija , Kak Naz , Kak Lin , Keciq , Kak Syeiq , Kak Nisa , Nora , Anis , Nik , Syia , Zira , aku ..... Char , celcom , Taro , Amar , Black , Amzi , Aliff , Yadey , Badang , Zafran , Tiarap , Midi , Wak , Farees dan Maxis ] Aku pasti akan merindui detik-detik bersama korang team.. :'(
" Kita 1 Family bukan hanya 1 team" . Itulah ayat yang selalu coach aka Kak Ekin pesan dekat kami semua... Yups , thats true.. even aku baru masuk dalam team handball ini tapi memang brotherhood dan sisterhood ada.. 
Walaupun aku senyap dan jarang berbual sesama mereka tapi terasa kehilangan untuk senior-senior yang sporting dan sempoi itu .. terutama yang dah graduate Char selaku presiden club handball.. Sempat lagi kami nyanyikan untuk Char lagu Kenangan Terindah.. Masa ini aku nangis.. Aku rasa sedih sama sebab aku baru masuk dalam family ini tapi ada senior yang tak kan ada lagi untuk Karisma berikutnya...
Tahniah Char!! Harap char akan sambung degree di UiTM Segamat.. dan kata-kata terakhirnya pada malam terakhir bersama kami masih terngiang-ngiang di telingaku " Jangan biarkan court handball kosong petang-petang " . For the first time buat aku lepak ramai-ramai sampai pukul 3pagi.. heee .Macam-macam game kiteowang buat untuk kenangan bersama.. :') 
Terima kasih kepada senior-senior yang banyak dan sudi berikan aku beberapa teknik dalam bola baling yang sebelum ini aku sendiri tak tahu sedangkan teknik basic.. :'( Terima kasih Sangat-sangat !!


Reunite

Lepas dari balik dari Karisma hari tu... Aku dan kawan-kawan masa kecik-kecik , tak adalah kecik sangat macam umur 12 tahun gtuh.. buat reunion .... disebabkan kami bertiga terpisah dengan sekolah menengah yang lain-lain. Aku , Hani dan Fitriyah... dan ajak Najwa sekali untuk join.. Dalam masa yang sama aku rindu dengan spagethi goreng buatan Fitriyah.. Jadi mengambil dengan kesempatan itu... Aku request lah dekat dia....
Seronok dapat berkelah ala-ala tengah buat family gathering gtuh... Kami bahagikan tugas-tugas supaya senang dan jimat belanja sikit.. hehe >_<  Hani bawa tikar dan minuman. Fitriyah bawa makanan.. Najwa bawa sudu , pinggang dan cawan dan aku cuma bawa diri aja... heheheeee tak lah mana boleh , aku bawa diri aku  dan diri mereka-mereka .... :')
 Lokasi kami tuju , macam biasa yang paling dekat dengan rumah kami adalah Tg.Balau Bandar Penawar.. Kami bertolak dalam pukul 10.30 pagi gtuh... Sampai-sampai saja jejak dekat pasir , kami pun tebar tikar dan duduk makan masakan Fiotriyah.. YUMMMYYY !!! bertambah-tambah  aku makan.. haha

Selepas makan dan berborak panjang lebar mengenai pelajaran dan tempat baru yang kami belajar , aku mengajak mereka untuk turun jejak kan kaki dengan air laut... Pada awalnya kami semua tak mahu manid sebabnya kami ini takut. Mak Bapa kami pun pesan jangan cecah air laut di sini.. Maklumlah.. bahaya Tg. Balau nie.. tiap tahun telan manusia...
Pada masa yang sama , kami memikirkan satu cara bagaimana untuk simpan harta karun kami yang berharga kerana semua mahu basahkan badan.. Dengan kebijaksaan yang ada ketika itu.. Kami pun.... Jeng Jeng Jeng...
see ? beza tak beza tangan aku dengan tangan mereka ?? Da lah kurang cerah bertambah gelap masa Karisma hari itu.
Mengorek pasir pantai yang berdekatan... HAHA ini semua idea Hani dengan Fitriyah !
Bertungkus lumus mengorek , hehee Aku , Fitiryah dan Najwa.
Kemudian kami timbuskan semula pasir tuh... Haha
 Dengan lafaz " Bismilahi tawakaltu aalaw Allah " Kami pun mandi... Haha.. Agak-agak semua dah basah dah bosan dengan air tuh kami naik ...Biasalah bila dah main air , mesti lapar.. Lepas siap-siap salin pakaian kami ke MarryBrown Bandar Penawar dan mencekik !! Lepas mencekik mata semua dah penat dan kami pun pulang ke rumah... 
Thanks korunk sebab dah hilangkan bosan aku untuk hari ini dan kita berjumpa balik setelah sekian lamanya.. Next times kita pergi lagi yer.. tapi tempat lain lah... Seronok sangat-sangat... Banyak benda lagi yang kita belum bualkan... Jumpa lagi.. :)
Best Friends Forever till Jannah


Hakikat Bahagia


Perkongsian dari Page Dato' Fazilah Kamsah.
Shbt tersyg. Beribu yg minta tip utk dpt HIDUP BAHAGIA.

Di antara perkara yg dpt kita lakukan utk bahagia:
1.Rapatkan hub dgn Allah dgn patuh segala perintah Allah,

2.Doa & zikrullah utk tenang & bahagia,

3.Cuci hati agar dpt tarik bahagia & perkara +ve,

4.Elak dendam dgn kemaafan setiap hari sebelum tidur,

5.Layan org lain dgn sopan & kasih syg agar org lain layan kita dgn baik,

6.Lihat setiap masalah sbg cabaran, peluang & didikan drp Allah,

7.Redha dgn qada' & qadar Allah sbb apa yg Allah tentukan adalah yg terbaik utk kita,

8.Bentuk impian yg hebat, sbb org yg ada harapan sentiasa memandang ke depan dgn positif,

9.Remehkan yg remeh & besarkan yg benar2 penting, sbb ramai org yg stres sbb membesarkan perkara yg
remeh!

10.Hebahkan kebaikan & tutup kelemahan org lain,

11. Org berjaya tunjuk hasil, org gagal beri alasan-- so elak beri alasan,

12.Fokus kpd apa yg boleh di lakukan sekarang & lupakan yg lalu, 13.Elak bandingkan diri dgn org lain sbb semua org ada kelebihan masing2,

14.Pilih kwn2 +ve yg Allah suka,

15.Jgn risau apa org lain kata, tapi risaulah apa yg Allah kata,
16. Kurangkan cakap & lebihkan mendengar,

17.Luaskan jaringan sahabat,

18.Menyendiri sekali sekala utk rawat & muhasabah diri,

19.Jaga diet-- makanan yg halal, baik & seimbang,

20. Exercise dgn istiqamah,

21.Bentuk sifat Qanaah,

22. Sentiasa jujur-- sekali bohong, kena tutup dgn pembohongan berterusan,

23.Kawal diri & elakkan org lain yg kawal diri kita,

24.Ubah apa yg termampu, yg lain serah kpd Allah,

25.Hakis sifat takut & risau & yakin ketentuan Allah yg terbaik, 26.Fokus pd 1 masalah pd 1 masa,


27. Elak bawa masalah hingga ke tidur,

28. Selalu bahagiakan org lain utk gamit bahagia,

29.Bentuk rutin harian yg positif & mengikut syariat, 30.Programkan minda utk bahagia,

31.Temui cinta sejati,

32.Hidupkan seberapa byk sunnah harian,

33.Seimbangkan hidup agar harmoni.


Moga Allah rahmati kita semua. Amalkan yg termampu & sebarkan. wassalam.

Final Sem 1

Keputusan Final Exam UiTM dah keluar pada 1 November. Dekat email awal-awal lagi aku dah check memandangkan ada senior cakap pukul 1 pagi dah masuk email.. Yups memang ada.. Awal lagi dari student UiTM Portal.. hee dan keputusan untuk final aku sem 1.. Alhamdulillah... :")
Tahniah kepada semua siswa yang mendapat keputsan cemerlang.. Ini adalah permulaan.. In sha Allah aku akan lebih gigih untuk subjek yang lebih mencabar seterusnya.. >_< . By the way , siapa yang tahu bila tarikh boleh kita check layak atau tidak kita untuk duduki kolej ?? Sebab 24hb 11 dah kena daftar masuk...
Kejapnya cuti.. baru sampai rumah semalam dari Karisma di dungun.. Ireng banget nieh !!!!


Tutorial : Cara Setting Taip Jawi 2

Lepas dah click OK.  Buka Microsoft Word untuk mula menaip.
1. Perhatikan tanda yang dikotakkan merah dalam gambar di bawah. Ada jumpa tak ?  Nama dia : Right to Left text Direction.
2. Pergi dekat deskop laptop/komputer , Click pada tulisan EN yang ada dekat area jam , bateri laptop korunk tuh..
3. Ada dua option , pilih AR Arabic (Saudi Arabia)...

Okeyh , dah boleh menaip dengan perasaan gembira... :")

Alamak !! Macam mana nak tahu huruf-huruf / abjad Alif Ba Ta dalam keyboard nie ?

Penyelesaiannya : 
Pergi dekat Start Menu --> Taip saja dekat search tuh : On Screen Keyboard.. 
Terpapar lah Alif Ba Ta.. Kalau tak terpapar.. Korunk setting balik Step 2.. Okeyh ? :)

*Kalau macam aku , susah nak guna on screen keyboard nie.. Aku conteng keyboard dengan abjad-abjad jawi nie.. ikut selesa korunk lah.. *

Membariskan Tulisan Jawi :
Oh, terlupa pula, tulisan jawi mempunyai tambahan beberapa huruf antaranya pa (ڤ), nga ( ڠ), cha (چ) gha (ݢ), va (ۏ) dan nya (ڽ).  Yang ini tak pasti lagi dimana kedudukan nya di dalam keyboard. buat sementara waktu ini, korunk Copy and paste dulu aja lag tulisan yang ini,, Okey. Maaf my mistake.. 
Okeyh , aku rasa cukup sudah info-info di atas untuk menulis jawi di dalam komputer/laptop.. Lepas ini tak ada masalah lah kan.. Boleh menaip jawi dengan ria tanpa ada tekanan.. :)


Tutorial : Sub Item/topic Box Designed

Nak share something yang kiutt , ada siapa-siapa nak tengok tak ?? Hee.. Tutorial ini khas untuk siapa-siapa yang nak Sub Item/topic Box Designed :

Tak nak belit panjang-panjang , nanti pening.. Ikut tuto ini :
1. New Post / Page --> Find area box of  Compose | HTML. Click on HTML.
2. Copy this code :
<style>
.letter {
background:url(URL IMAGE);
color:#AAAAAA;
-webkit-transition: 1.0s;
-moz-transition: 1.0s;letter-spacing:5px;
margin-bottom:5px;
margin:15px;
font-family:Short Stack;
font-size:16px;
line-height:16px;
text-align:center;
padding-right:0px;border-bottom:2px solid #E5DFE6;
}
</style>
<br />
<div class="letter">
Note #1</div>
3.Paste this code on HTML.
4. If you wish to add extra Sub item/Topic, just add this code :
<br />
<div class="letter">
Note #2</div>
5. Please only edit all the stuff/things/words that you want at HTML.
6. If you done everything, please preview first.
7. Then after satisfy, click button Save. :)

Harap tuto ini sangat berguna >_< Kalau jadi bagitahu saya, kalau tak jadi pun sila bagitahu... 
At least, I will help you.. :) Thank you...



Tutorial : Cara Setting Computer Untuk Taip Jawi 1


Info ini hanya untuk berkongsi.. yelah, baru belajar kan , tak salah kita nak kongsi kepada yang ingin belajar juga.. Disebabkan baru beberapa hari lepas aku sudah siapkan Assignment bahasa Arab jadi ada lah kelapangan masa untuk menaip entry ini.. Info ini sangat berguna kepada mahasiswa / siapa-siapa sahaja yang hendak menulis jawi di dalam komputer/laptop. Tak moh cerita panjang.. Jom kita mulakan ! :)
Setting Computer
1. Klik pada Start yang ada dalam laptop / komputer .

2. Cari dan klik pada Control panel .

3. Pilih Region and Language .

4. Pop up windows akan keluar , pilih pada keyboards and language. Tekan pada kotak Change Language. *rujuk gambar untuk lebih jelas. *

Sekali lagi pop up windows akan keluar yang bertajuk Add Input Language.
5. Scroll ke bawah sampai jumpa Arabic (SaudiArabia) , tekan simbol tambah dan tick pada Arabic 101.
6. Tekan Okey.. 

Pening tak ? hahaa , disebabkan takut korunk yang mencuba pening.. Jadi tuto kita setakan ini dulu.. Nanti kita sambung tuto seterusnya.. :)


Final Project From Arabic Student Sem 1

Mata macam panda sudah ! Tak tidur seharian dan stay up malam siapkan / mengedit video + letak subtitle untuk Assigment video Arab. Esok hari kuliah pastu ada quiz ELC dan MAT k. pagi pula tuh.. Ouh , pusing ini kepala !  Lepas ini geng nak buat kerja macam ini, tolong  jangan last minute okey ? Kasihan lah dekat aku nie yang nak edit nie.. O_O
Tapi apa-apa pun , terima kasih atas kerjasama geng even still ada yang tak tepati masa kita berjumpa.. Next time please manage semua tuh.. jangan orang tunggu kita.. Respect orang lain juga.. :) Alhamdulillah.. Akhirnya project last Arabic Language Communicative telah selamat di submitted ! Harap-harap Uztaz terima dan bagi markah terbaik buat geng ! ^_^ 



Dalam banyak assignment dari course lain..inilah yang paling banyak makan banyak uji kesabaran , masa bla bla bla... Aku sebagai Ummi / Ibu dalam cerita Usrati Saidah ini.. Video kami dalam 14 minit.. Nak upload dekat sini macam malas sangat.. Sebab kami punya filem private !! HAHA .. hanya bisa ditayangkan kepada lecture.. *ceh ayat poyo giler*
Oh , cepat dan pantasnya masa berlalu tak rasa dan nak sem 2.. berakhir sudah  kuliah Sem 1 , minggu depan dah start dengan Final Test Sem 1 .. Wish me luck and pray for me.. :)


Nuffnang | CPUV ke-4 Julai Ogos

Terima kasih nuffnang !! :") even tak aktifsangat tapi dapat.. alhamdulillah.. :)

Freebies : Background Tiny Love


 photo loveb_zps2250c7f2.gif
http://i1130.photobucket.com/albums/m530/nhazieqah/Backgroundblog/th_loveb_zps2250c7f2.gif
 photo loveg_zpsd86dd875.gif
http://i1130.photobucket.com/albums/m530/nhazieqah/Backgroundblog/th_loveg_zpsd86dd875.gif
 photo lovepurple_zps683216d9.gif
http://i1130.photobucket.com/albums/m530/nhazieqah/Backgroundblog/th_lovepurple_zps683216d9.gif
 photo lovepink_zps181bd175.png
http://i1130.photobucket.com/albums/m530/nhazieqah/Backgroundblog/th_lovepink_zps181bd175.png
 photo lovepic_zpsf503f5c6.gif
http://i1130.photobucket.com/albums/m530/nhazieqah/Backgroundblog/th_lovepic_zpsf503f5c6.gif
 photo lovegrey_zps677b2abd.gif
http://i1130.photobucket.com/albums/m530/nhazieqah/Backgroundblog/th_lovegrey_zps677b2abd.gif
Take and leave a comment.. Thank you..


Freebies : Background Pattern Jeans


Jblue photo jblue_zps0b70eae0.gif
http://i1130.photobucket.com/albums/m530/nhazieqah/Backgroundblog/jblue_zps0b70eae0.gif
JGreen photo jgreen_zpsaa3d07ae.gif
http://i1130.photobucket.com/albums/m530/nhazieqah/Backgroundblog/jgreen_zpsaa3d07ae.gif
JGrey photo jgrey_zps64f483e4.gif
http://i1130.photobucket.com/albums/m530/nhazieqah/Backgroundblog/jgrey_zps64f483e4.gif
JPurple photo jlp_zpscbb5a5ba.gif
http://i1130.photobucket.com/albums/m530/nhazieqah/Backgroundblog/th_jlp_zpscbb5a5ba.gif
JLpink photo jlpink_zps83ba1ac8.gif
http://i1130.photobucket.com/albums/m530/nhazieqah/Backgroundblog/th_jlpink_zps83ba1ac8.gif
JOren photo joren_zpsc8b5be98.gif
http://i1130.photobucket.com/albums/m530/nhazieqah/Backgroundblog/th_joren_zpsc8b5be98.gif
Jpblue photo jpblue_zps8f9649c3.gif
http://i1130.photobucket.com/albums/m530/nhazieqah/Backgroundblog/th_jpblue_zps8f9649c3.gif
Jpink photo jpink_zps0ccfc858.gif
http://i1130.photobucket.com/albums/m530/nhazieqah/Backgroundblog/th_jpink_zps0ccfc858.gif
Jpurple photo jpurple_zps43e5a769.gif
http://i1130.photobucket.com/albums/m530/nhazieqah/Backgroundblog/th_jpurple_zps43e5a769.gif
Ambillah.. letak dekat blog korunk.. :) Terima kasih !