Tips agar tidak angkuh dan sombong




mudah mudahan membantu kita menjalani kehidupan kita dengan lebih baik.
INSYAALLAH.

ini semua panduan yang disampaikan oleh Imam Ghazali agar manusia tidak cepat sombong :



✔Jika kita berjumpa dengan KANAK-KANAK, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka Belum Banyak Melakukan Dosa daripada kita

✔ Apabila bertemu dengan ORANG TUA, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka Sudah Lama Beribadat

✔Jika kita berjumpa dengan ORANG BERILMU(Berilmu), anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana Banyak Ilmu yang Mereka Pelajari dan Ketahui

✔ Apabila bertemu dengan ORANG JAHIL, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka Melakukan Dosa dalam keadaan Jahil(Tidak Mengetahui)

✔Jika kita berjumpa dengan ORANG JAHAT, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin satu hari nanti mereka akan Insaf dan Bertaubat daripada Melakukan Dosa

✔ Apabila bertemu dengan ORANG KAFIR, katakan di dalam Hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi Hidayah oleh Allah untuk Memeluk Agama Islam, maka segala Dosa mereka akan Diampunkan oleh Allah.



No comments

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan